Thursday, November 10, 2011

Bicara Tanpa Koma (^__^) !!!!



assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya..
lepas travell dari daro ke sarikei ke nyabor ke sri aman dan ke kebun. Minggu yang seterusnya pula saya pergi sibu. di alkisahkan suatu ketika :


"jadi .. usu raya haji di sibu eh?!"

"Eh.. minggu depan raya haji ke?"

"minggu depanlah raya haji."


jadi secara tak langsungnya makanya saya bergelar musafir di Aidil Adha. hajat dihati memang nak menyanyi kat depan Sibu heritage tu... tak pun dataran depan wisma sanyan ke.... tapi memandangkan hari pertama di sibu tekak saya rasa sakit makan segala niat terpendam begitu sahaja.


Tiba hari Raya Aidil Adha pula...aku mula onmode selsema. dalam tak sehat tu. kek cheese yang saya buat cepat habis pulak. tak apa tahun depan kita buat 2 acuan pula insyaAllah lambat sikit habis. tak adalah abang Taz terliur tengok tetamu makan kek cheese keh keh keh ...


petang isnin.

saya dah gerak ke terminal express nak balik daro . alih-alih lain pula ceritanya.


"mak aiiii... penuh semacam je express. mesti tak ada tempat duduk lagi neh! kejap ye saya tanya dulu ada seat lagi ke tak!!!"


sampai je dekat-dekat kaunter tiket yang dibuka. saya tengok pelik semacam je. dan akhirnya terpandang Law gang masa sekolah dulu. (sebenarnya saya tak ingat nama betul dia.yang ingat pun nama keluarga je. tu pun tak ingat ejaan nya macam mana pulak).


" hoi.. ada seat lagi tak?!!!"


"seat?!!! habis sudah.!!!"


"adoiii.. tak balik lah hari ini...kene balik esok nampaknya..."


dia senyum je.


setakat saat itu dah 2 biji panadol aku telan. keesokan paginya mandi awal pula nak kene gerak balik daro. sempat lagi shopping di market sayur cari sayur-sayur yang dah potong nanti sampai rumah main campak je dalam kuali. siap berbeli... saya masuk express balik. sampai di daro duduk lepak kedai kopi kejap. lepas tu baru balik flat. berangkat dari sibu jam 7 setengah sampai daro 9:45 pagi. Memang non-stop!!!


buat itu.. buat ini... dan akhirnya jam 8 suku malam saya tergolek depan kerusi. hebat betul penangan panadol yang saya makan jam 7:45 malam. percayalah itu adalah panadol yang terakhir. yang satu tu saya dah telan masa hari tak jadi balik daro. tapi yang sadis. aku terpaksa bangun penangan batuk + kesesakan laluan pernafasan saat jam 10 ke atas hingga dekat dekat jam 4 pagi. entah jam berapa aku boleh tertidur.


tiba-tiba pintu bilik dikuak ..


"Su ... bukan awak ada aktiviti ka masjid hari ni ke?"


"Erkkkk?!!! jam berapa sekarang?!!!"


"6 setengah!!!"


tarik tuala terus dari tempat sidai. tak rehat walau sesaat !!! dan hantar sms bagitau keterlewatan bakal berlaku untuk aku pada kali ini !!! sebelum 7 suku baru nak keluar dari rumah. Terima kasih gang-gang kerja yang setia menunggu ... kamu orang semua tahu saya akan cuba sedaya menghadirkan diri sungguhpun rasa tengah "sakarat" ketika itu. terasa sangat aku betul-betul tak sehat. terima kasih buat sis Alizan menumpangkan insan ini untuk berehat sebentar di rumah.


selepas inside tu ... aku berjaga pula malam tadi...sahaja nak bereskan pakaian dalam bakul tu. alih-alih ... jam 3 pagi ... filem telegu pula yang tengok aku. aku tak pasti dah apa yang terjadi kat laxsmi selepas itu. Itu bukanlah disengajakan!!!


telinga aku menangkap bunyi ummie settlekan kerja-kerja aku pulak... (tugas sidai pakaian).nasib baik ummie ada. ummie memang penyelamat keadaan!!! terima kasih ummie!!! haha !!!


dan ketika menyua dadih ke mulut pandangan mata terpaku sebentar di TV ...


macam kenal. siapa mamat tu. selang seli pulak muncul muka awek... sekali kamera zoom ...


jeng ..jeng... jeng... secara tak langsung program makan tengahari saya ditemani oleh mereka-mereka yang di bawah ini :


jom... layan gambar !!!












untuk Teater JUTA - JUTA dan sesiapa yang terlibat semoga berjaya !!!!!!
Tempahan tiket : 019 - 3572093 (Hilal Azmi)


Nota: cerita yang kat tengah-tengah tu bukan le bingkisan dari teater juta-juta.... saya teringin nak tengok teater ni. tapi...apakan daya .. jauhnya ....

0 comments: