Malam gelap gelita tanpa cahaya rembulan. angin berdesir-desir bagaikan satu petanda ribut akan berkunjung. selang beberapa jam kemudian kedengaran hujan turun mencurah-curah. disertai oleh suara angin mendengus bagaikan ingin menumbangkan segala-segala yang bisa menahan laluannya. dapat aku bayangkan betapa ganasnya liuk lentok pokok-pokok mauhupun yang sama spesisnya ketika dibelai angin sekencang itu.
ketika jariku ligat menekan punat-punat di laptop aku. tiba-tiba cahaya yang terang untuk seisi rumah kecil ini bertukar menjadi gelap gelita. aku tergamam untuk seketika. jari yang rancak menari sejak dari tadi juga turut sama-sama terhenti. aku memandang sekeliling ku... hati ku berdebar-debar.
jari-jemari ku kelihatan mengubah haluannya... akhirnya laptop yang berfungsi terpadam. keadaan bertambah gelap gelita. dalam gelap ... aku tercari-cari jalan untuk masuk ke kamar peraduan aku. di pertengahan jalan aku bertembung dengan Tuan Besar yang ingin memasang lilin bagi mendapatkan sumber cahaya mahupun cuma sedikit sahaja.
pintu kamar ku terbuka. aku melangkah masuk dengan hati-hati. tersilap langkah pasti mengundang kecederaan berlaku. sampai di tepi katil. aku lantas merebahkan badan aku di atas tilam yang suam-suam empuk...aku tetap mensyukurinya sekurang-kurangnya masih bisa menjamin waktu rehatku lagi selesa berbanding insan-insan lain yang di luar sana.
" alhamdulillah..."
ku baca doa tidur disusuli selawat serta ayat2 kursi dan surah-surah 4 qul...
aku terus hanyut dalam lena ku sehinggalah aku terbangun semula kerana kesejukan malam mula menyentuh sehingga ke tulang-temulang ku. rasa seju itu terus mencengkam sehingga memaksa aku untuk menarik selimut tebal kesayanganku...
kemudian aku tidur kembali. sementara itu, di luar rumah, hujan masih turun dengan lebatnya. tidak sampai seminit aku telah berada di alam lain.
aku pandang ke sisi kanan ku.. kelihatan sepupu aku sedang solat tahajjud. mata aku diserang rasa mengantuk yang hebat amat. lantas... aku berusaha untuk menyambung tidur ku kembali. tapi entah kenapa selang beberapa minit kemudian aku bagaikan terdengar orang mengetuk-ngetuk dinding bahagian kepalaku ...
aku terkejut. ketika aku mula bangun... tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar yang ingin memeluk aku. kemudian disusuli dengan gelak tawa seorang wanita. aku terkejut pluss pluss pluss rasa kecut...dek kerana peristiwa itu... aku mengigau-ngigau..
sambil mengucapkan salam...
"assalamu'alaikum ... "
sambil terjerit-jerit...
aku tersedar...alhamdulillah... orang lain tak dengar. selamat ... percayalah memang aku nangis lepas tu...aku bangun dan melangkah keuar dari bilik lalu mengambil wuduk.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment