Thursday, July 22, 2010

aku, cita-cita dan impian aku !!!

Hohoho~~~
entah kenapa malam ni terimbas balik kenangan aku ke zaman silam aku. entah kenapa suasana bilik yang gelap gelita bertukar suasana menjadi sebuah kelas untuk budak-budak berusia 10 tahun.

ada seorang budak comot semasa sesi perkenalan entah macam mana boleh terpikir nak tukar dia punya cita-cita...

sesi monolog dalam hati pun bermula...

aku setiap tahun asal cikgu tanya mesti aku jawab nak jadi guru... ermmm bosanlah.. rasa macam nak tukar cita-cita pulak. tapi nak jadi apa ya? tak kan nak jawab Mighty Mopen Power Ranger adeh?!!!

sementara menunggu gilirannya ditanya budak comet itu masih berfikir berfikir dan terus berfikir. sambil itu dia menanti gilirannya sambil berdoa supaya giliran itu tidak sampai dahulu sebelum dia beroleh cita-cita baru.

apa agaknya yang difikir oleh budak comot itukan?
mesti korang tertanya-tanya....

angan-angan pertama...
baik aku jadi doktor... erk.. tapi .. aku tak berani bedah orang ni ....tak jadilah cancel...

angan-angan kedua...
haaaa.... apa kata aku jadi jururawat...ishk main ngan jarum pulak ... lagi tak nak...

habis tu aku nak jadi apa ya? aku tak tau lah... macam tak ada keje yang best je.

budak itu berfikir dan terus berfikir... akhirnya terlintaslah satu perkataan dalam kepala otak dia...

haaaa.. SURIRUMAH!!! macam best je bunyi kerja ( dia pikir bunyi kerja tu bukan kerjanya)

akhirnya dia telah bersiap sedia dengan jawapn tersebut...sehingga tiba kkepada gilirannya...

dia berdiri dan menjawab DENGAN KONFIDEN ...
"cita-cita saya ingin menjadi seorang SURIRUMAH."

cikgu terkejut.. lantas untuk memastikan sekali lagi cikgu itu pun mengulangi pertanyaannya. dan jawapan itu tetap sama. akhirnya cikgu itupun tersenyum sambil garu keningnya.

seramai 3 orang guru baru yang ditugaskan masuk ke dalam kelas tersebut pasti akan mendapat reaksi yang sama daripada budak comot itu berkaitan tentang cita-cita, ada yang angkat kening dan ada yang garu kepala ...begitulah antara reaksi-reaksi cikgu yang mendengar jawapan daripada gadis comot itu...

Nota: untuk pengetahuan anda semua. aku memang tak tau ape ke bendanya surirumah tu masa tu... aku dengar macam best je .. ingatkan ala-ala tuan puteri gitu ... rupa-rupanya terlebih pakej dari tuan puteri hehhee.... jadi bila dah tau tu aku tukar balik jadi cikgu ... hahhahaa...tahun ni adalah seorang budak yang aku jaga nak jadi surirumah...surirumah yang solehah gak nye ... okay ape tu?

2 comments:

Anonymous said...

sha....

sha83@kaizer said...

bunga... miss you... luv you...