Saturday, March 13, 2010

Persoalan Yang Sudah Terjawab !!!

ini jawapan yang aku dapat daripada ustaz aku dulu. Alhamdulillah, terima kasih ustaz.

perkahwinan mereka sah. tapi setelah wali meredainya.
tetapi mereka kena ingat. nabi melarang mengahwini keluaraga yang ada keturunan gila. genetik gila nanti akan hinggap kepada salah satu keturunan mereka nanti. itupun kalau mereka mahu ada keturunan. kalau tak mau takpa lah.

kesan pil, dadah amat juga terkesan pada anak keturunan. ia mata keras. kerana ia menyerap ke dalam saluran darah daging.

Kesan kerap mengambil ubat atau dadah

Rawatan paling mudah apabila menghadapi penyakit ialah dengan mengambil ubat disyorkan doktor. Pil mengandungi dadah ini memang melegakan tetapi ada kesan pada tubuh. Tanpa kita sedari ia menjejaskan sel, tisu dan anggota dalam badan.

Misalnya, badan yang sering terdedah kepada tindak balas metabolik, merosakkan bahan genetik dalaman sel, deoxyribonucleic acid (DNA), juga terhasil daripada tindak balas kimia dalam makanan, sebatian oksigen dalam lemak (oxidised fats), pencemaran udara, air dan tanah, dadah dan semburan pengesan bahan galian. Radiasi seperti sinar kosmik, sinar-x atau sinar ultralembayung daripada matahari juga meninggalkan kesan.

Bagi mengelakkan'gangguan' ini, tubuh mengorbankan vitamin antioskida diperolehi daripada makanan ataupun memantap homeostatis dengan mekanisme tepat bagi memperbaiki kerosakan tisu. Yang penting kerosakan DNA dapat diperbaiki.

Tegangan berpunca tindakan kimia dalam jangka wakfu singkat dan tidak menyeluruh, sel cepat pulih dan tidak meninggalkan kesan pada tubuh. Dalam kebanyakan kes, bahan kimia ini sudah terkumpul bertahun-tahun hingga melumpuhkan fungsi sel.

Keadaan sama terjadi apabila gen yang mengawal pembiakan sel berganda (cellular multiplication) terjejas, kanser mungkin terbentuk. Jika gen pembiakan terjejas, anak dilahir mungkin cacat.


Saluran koronari jantung

Kesan merokok, diet yang kaya lemak tepu, pil (hormon) melega tegangan dan makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan perlambakan plak
pada intima, lapisan dalam saluran darah. Saluran ateri menjadi sempit, mengurangkan bekalan darah ke myocardium, yakni otot jantung. Saluran yang terjejas ini menyebabkan pesakit berasa sakit dada apabila tubuh bekerja keras seperti menaiki tangga atau ketika berlari jarak dekat. Kekurangan bekalan darah dan oksigen boleh merosakkan myocardium.


Nota: renung-renungkanlah...

0 comments: