Saturday, March 27, 2010

Selamat mengklik di sini !!!!

assalamu'alaikum dan selamat sejahhabar? sha doakan semoga semuanya sehat walafiat. sha tak boleh lama ni. al-maklum lah pinjam laptop orang. kamus melanau di blog http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/ pun baru shaja diupdatekan. sekarang sha ada di sibu.

banyak hal yang berlaku sepanjang bulan 3 tahun 2010. insyaAllah sha akan kenang sampai bila-bila...orang kata...yang buruk berlaku jangan terus dibuang...ambil lah untuk dijadikan pembelajaran.supaya hidup kita lebih bermakna.

sha banyak belajar tentang sifat seorang manusia itu sendiri. barulah sha faham inilah yang dinamakan manusiawi. lumrah hidup. ia merupakan warna-warna seanjang kehidupan kita.

sepanjang usia hampir mencecah ke 27 tahun...banyak perkara yang aku lalui dan mengajar aku erti berkawan dan bersabar. kadang-kadang hubungan kawan itu akan tercalar hanya kerana satu hal yang bersifat manusiawi. dalam berkawan harus ada kepercayaan. tapi kadangkala kepercayaan itu terragut oleh anasir anasir yang kurang sihat timbul dari dalam diri kita sendiri. kita tidak sedar dan tidak akan pernah sedar akan hakikat itu. kerana asyik menudingka jari pada orang lain tanpa memandang diri sendiri di dalam cermin.

keikhlasan...
ramai yang berkata jika anda mengungkit tak ikhlas lah namanya...masalahnya di sini...ayat-ayat sebegini lah yang menjadikan seseorang itu ego. dia sendiri akan merasa lebih baik daripada orang itu. bagi aku...mengungkit bukan. tapi hanyalah sekadar mengingatkan tanggungjawab nya...ayat di atas selalu disalah guna bagi mempertahan kan diri sendiri.menegakkan benang yang basah. apa kah manfaat daripada semua itu? cuba ingat baik baik dan renungkan ke dalam diri anda adakah anda seorang yang benar-benar ikhlas? ikhlas di tahap mana tu?

hipokrit...
bermuka muka lah ek... berkawan dengan baik tapi hakikatnya mencari kesalahan orang. ini yang orang klasifikasikan aku di saat ini. entah berapa ramai lah mangsa-mangsa yang terjerat tu kan? aku punya konsep senang je.orang serius aku serius. orang berlawak aku berlawak. orang cakap kosong aku pun sama. tapi dengan satu syarat. u know i know. nasib badan kalau tak paham. tak ramai yang tau akan hal ni. selalunya aku yang terjerat. tertewas.tapi untuk kali ini aku tidak pasti siapa yang menzalimi siapa dari segi hati dan perasaan. bagi aku.... tak kisah sekiranya dilabel sebagai seorang yang hipokrit. andai itu jaminan aku untuk terus berada di sisi allah aku sanggup label itu terus melekat pada aku. siapalah aku untuk judge sesama hamba Allah kita sendiri. aku tak sanggup!!!

ego...
kadang-kadang ego aku menaik secara tiba-tiba bila aku rasa aku tak boleh duduk berdiam diri sambil mendengar dan memerhati sahaja. tanpa ego yang cukup tinggi aku tak mampu untuk tonjolkan yang diri aku ini lebih hipokrit dan lebih ego daripada mereka-mereka...keadaan yang terasa seperti kepala aku diinjak injak itu buat aku terpaksa menaikkan kadar ego aku ke tahap maksimum dan semaksimum yang mungkin supaya orang itu tau aku memang lemah.kurang bijak dalam sesuatu. tapi hati aku lebih keras dari pandangan mata kasar dia. aku cuma nak bagitau aku memang lebih jahat daripada kamu di dalam satu keadaan yang memaksa aku untuk bertindak seperti itu. kenapa? pasti ada sebabnya. sila cari sendiri...

setelah apa yang dibaca ini...pasti anda menilai bahawa aku adalah seorang yang tidak boleh dibuat kawan ataupun dibuat baik. tak ada siapa yang peduli mahupun diri aku sendiri. dipandang tak elok itu lebih baik daripada disanjung sanjung dipuja puja kerana satu pujaan satu fitnah bagi aku. semakin ramai yang memuja semakin banyak fitnah yang bertandang. biarlah hanya Allah yang tahu siapa diri aku yang sebenar-benarnya.

di kesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat

Allah sebab masih bagi aku bernafas lagi untuk perbetulkan hidup aku,
malaikat yang membisikkan bisikan yang mampu tenangkan jiwa aku...
ibu bapa dan famili aku yang didik aku kecik kecik dulu dengan penuh tabah dan sabar
cikgu-cikgu yang pernah ajar aku dulu bagaimana cara untuk hidup dengan baik baik atas muka bumi Allah ni...
buat dewa...sebab banyak kasi nasihat yang gempak gempak
teman-teman sekerja aku yang banyak prihatin ketika aku susah...
buat kawan-kawan aku yang masih mempercayai aku dan terima kekurangan aku seadanya...

Nota: aku berusaha mengenalimu tanpa syarat duhai teman. aku tidak kisah apa yang kau ingin hadiahkan untuk aku. andai madu itu boleh membuat aku terlupa pada mu ketika kita saling tidak berhubung lebih baik kau hadiahkan aku racun sekiranya itu bisa membuatkan diri ku akan mendoakan kesejahteraan mu di dunia mau pun di akhrat tak mengira masa sepanjang hayat aku.

0 comments: