Friday, March 12, 2010

Ke Mana Menghilang ?!!!

assalamu'alaikumwbt dan selamat sejahtera.(teringat kat nameless one).

ape? o sha dah lama tak masuk blog ye dan berblogging... bukan apa, skrin pc ni gelap je. tak nampak apa-apa dalamnya pun. huhuu. itu satu hal. erm... nak hal yang kedua ke? banyak pikir macam mana nak bagi budak-budak tu jadi genius hehee...tak payah banyak sangat le sikit-skikt pun jadilah kan ...

cerita pasal genius? erm...penat tak payah cakap le. dah tugas...jadi kene buat yang terbaik daripada yang terbaik. setakat ni alhamdulillah bila aku praktikkan skill yang aku jumpa tu. sedikit sebanyak mereka-mereka yang suci ni dapat terima sikit demi sikit. itu pun dah kira orait gak. jangan langsung tak paham sudah.

selain daripada itu. antara kerja-kerja lain yang aku buat. selongkar apa-apa rancangan dalam tv. terutamanya anjung bestari malam isnin tepat jam 9:30 malam di tv1. kalau petang tu pulak, layan munajah cinta tv9 jam 5 setengah hingga 6 setengah (isn-jum). bersambung pulak ke tv3 na o mei 6 setgh hingga 7 stgh (isn-khamis).ari minggu?!! hehhe sabtu kol 9 dah layan dalja's spring channel 303, lepas tu hari ahad pula bersambung kol 9 master of study channel 303 jugak heheee...masa-masa yang selebihnya buat kerja-kerja lain. sekarang busy belek kamus arab. nak faham itu .. nak faham ini. rasa payah sangat tak berguru huhuu. tapi tak apa ada kawan yang sudi bantu.

selain daripada itu. henpon aku memang tak ada busy sangat sekarang ni. tak percaya tanya nismo. hhaha ape pulak kaitan ngan dia tu. tapi sekali dah busy. kredit dia memang cepat habis. bukan apa. selalu mesej tu pergi outstation kat luar negara. mana tak nya. hehe...tak tau le mana hilang kawan-kawan senegara aku. tu pasal le aku malas nak active10 kan number-number orang ni. nanti aku nak delete je lah ... hhaha .... merajuk!!! selain daripada itu. aku selalu join chat@15 gak kalo ada topik-topik best. jadi kredit aku memang selalu habis macam tu je. lagipun aku topup yang maxis je sekarang ni. eh jajap. lupa plak nak reply mesej pakdin nanti ye pakdin. sha belum topup lagi number celcom. hehee...

kebelakangan ni ... famili aku pun banyak ditimpa masalah bermacam-macam...lepas satu. satu pulak yang datang. anak buah aku adik siti hari tu dah doktor dah tolak dari hospital doktor tak sanggup nak bedah lagi. dan sekarang, kitorang ikhtiar pengamal perubatan cara islam. kat mana lagi kalau bukan di bangi. syifa. adik kata lepas berubat hari tu alhamdulillah. da berkurang rasa sakit di bahagian dada dia. tup-tup pulak hari isnin ni tadi abang dia adik sahar pulak yang kene masuk ward. nak ambik sampel daging di kaki kalau tak silap aku. hari tu kene suspek ada ketumbuhan. adik siti pulak akan berangkat ke kl lagi 3hb mei ni. sebab 5hb mei ni dia ada appointment lagi dengan ustaz kat situ. dalam saat genting-genting macam ni tiba-tiba datang pula satu berita. abang aku yang nombor 6 zainudin dah dapat kerja dah. Alhamdulillah. dia dapat kerja di miri. hehee... lepas ni bolehlah main main di miri. (wah kemain cita-cita aku nak main-main di miri ek) hikhik...

yang terbaru?
baru je selesai sukan. hehee... bukan aku yang bersukan tapi budak-budak. kitorang ni hakim bahagian boling padang je. tapi hari tu aku, kak izan, kak siti dan atie chow dari bahagian tu bila jam dah pacak kat pukul 3. bukan apa, kitorang terlibat jugak dalam bahagian hadiah. jadi kene bahagi dua le. ieta dan ina (adik-beradik) dorang terus melekat jadi hakim kat situ. aku dan yang lain-lain masuk pusat sumber ( a'ah.. pusat sumber bukan pusat serenti) sebab nak tlolng our captain balut-balut hadiah pulak. kira macam superwomen le kitorang ni. buat 2 kerja dalam satu masa. hehee...

itu je lah yang mampu aku cerita setakat ni dulu. yang lain-lain tu... stori kat tempat lain pulak ek..hehehe...

Nota: hilang ke tak hilang ke. tak adanya orang nak cari kita. hhahaha sebab tu buat tak tau je ... ermmm bila lah dia tu nak balik malaysia. malam tu adik dia yang bagitau dia masih belum balik lagi. nasib baik adik dia tak panggil puan sha...ops!!! hhahhaaaa....

0 comments: