Saturday, May 9, 2009

secubit rasa dikongsi bersama



sha adalah insan yang paling rapat dengan seorang yang sha panggil mak...
sungguhpun begitu...
sha tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan demi kesilapan...

perkara yang paling sha ingat...
masa tu...sha main anak patung bawah katil sebenarnya...
sebab di bawah katil dalam bilik mak dan ayah ( sekaligus merangkap bilik sha jugak )terdapat pakaian untuk budak-budak kecik zaman² kecik sha...
jadi sebab tu sha suka dok lepak bawah katil...
kira banyak harta karun le...
entah macammana satu hari tu...
sha terleka sangat bermain di bawah katil sehingga sha tertidur...
apabila sha tetidur...maka sehinggalah ke petang sha tertidur dalam tempat yang sempit sedangkan emak memanggil nama sha berkali-kali di berandah luar rumah.namum kelibat sha tetap tidak kelihatan. sahutan emak tidak pula bersahut seperti biasa yang sha lakukan...

emak sudah mula menitis airmata...namun sha masih belum sedar dengan apa yang berlaku...mungkin kerana penangan panadol cortal kanak-kanak membuat sha tidur tanpa sha perasan yang sha berada di tempat yang sempit,berhabuk dan panas....

kemudian datanglah anak buah mama iaitu si putry untuk bertanyakan hal sha...sebab dia ada program khas untuk kitorang sepupu sepapat pada petang itu. setibanya si putry di rumah...

putry: wa...mana dia ni...tak nampak pun dari pagi tadi...

mak: entahlah...wa pun tengah cari ni...dari tadi panggil tak nampak jugak batang hidung ( sambil nangis ). cuba kau cari abang dia...

putry: mana ada...zai ada di rumah nenek sekarang.

mak semakin risau...airmata semakin turun laju mencurah-curah. namun, sha masih terpengsan di bawah katil...

mak: wa risau lah... dia main kat sungai...dia bukannya pandai berenang.

putry: ishk tak adalah...zai cakap dia memang tak keluar lagi dari pagi tadi...kitorang pun tak nampak dia pergi lepak kat wharf belakang surau sana...

mak: abis tu mana dia pergi ni...sakinah oh sakinah!!! mana kau nak?!!!

jam menunjukkan hampir pukul 4 petang. aku masih lagi pengsan di bawah katil...
namun..sayup sayup kedengaran nama aku dipanggil...aku masa tu agak mamai...jadi aku tak berani nak ambil sebarang tindakan mengejut...aku dapati badan aku berpeluh habis...aku duduk mendiamkan diri di bawah katil yang sempit itu dalam keadaan bingung...aku sudah mula berani-berani takut...aku takut mak akan bagi makan sepit ketam...aku terus diamkan diri...

tidak berapa lama kemudian aku dengar derap langkah kaki si putry berlari ke bilik markas tempat aku beroperasi, dan cuba mencari di bawah katil...kebetulan di bawah katil itu ada sebuah kotak yang besar aku menyorok di belakang kotak itu...

jadi si putry tidak nampak...mak semakin menangis...emak risau akan apa yang berlaku ke atas aku...dia tau aku terlalu lemah untuk melawan siapa².

bila dengar mak menangis aku pun turut menangis sama. hati aku rasa sakit sangat. aku tak tahan dengar dia menangis. sehinggalah sekali lagi si putry ke bilik dan aku tidak sempat menyembunyikan diri ku bila dia meninjau dari atas katil sebelah tepi...

si putry teriak....wa....ini dia...nyorok bawah katilllllllll !!!!!!!!!!

aku terkejut terus mendongak ke atas dengan saki baki airmata yang tersisa..
aku keluar dari bawah katil...aku cakap kat dia...
apalah kau ni habis habuk masuk dalam mata aku...lain kali janganlah naik atas katil...

kecik² dah pandai ikut skrip dalam tv...

mak pun datang sambil berlari-lari dari luar rumah... aku dah mula takut...aku ingat dia nak bagi aku makan sepit ketam..rupernya dia nak peluk aku...
dia cium pipi aku..

aku bagitau kat mak..tolong tiup mata aku..masuk habuk masa dia naik katil tadi...
orang tertidurlah bawah katil tadi...itu pun nak kecoh jugak...demam-demam mana boleh keluar rumah...


mak pun tiup mata sha...tanpa menjawab sepatah pun rungutan dari mulut sha yang sebenarnya tengah berani-berani takut dengan sepit ketam miliknya.

ah....sandiwara betol kan?

nota: kalau si putry baca blog ni dan emak masih ada sekarang, mesti dorang gelak sha balik...masa tu cakap mata masuk habuk walhal menangis rupanya...ishk ishk ishk...yang lagi kecoh bila abang dan cousin mazen sha turut terlibat dalam insiden pencarian sha pada hari itu...adeih...pecah le rahsia sha yang dah berpuluh-puluh tahun sah simpan ni...kejadian ini berlaku semasa aku tak bersekolah lagi. dan pada masa itu si putry kebetulan berada di kampung dan tinggal di rumah nenek.

P/S: al-fatihah buat bonda fatimah binti haji rosli, yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 mac 1994, tepat pukul 6.50 petang...selamat hari ibu bonda...

"ya Allah, ampunilah kedua orang ibu bapaku dan rahmatilah mreka berdua, sebagaimana mereka pernah mendidik aku di waktu aku masih kecil. amiin..."

2 comments:

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Salam'alaik salam ziarah

Nak menangis gak baca part-part last tu...

sha83@kaizer said...

wassalam...
erk...ye ke?
tapi tu memang kisah benar...
kisah masa kecik² dulu
malu lak rasa...