Saturday, May 9, 2009

nilai persahabatan & syukur



kita selalu mengucapkan yang kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
tetapi tidak pernah menilai atau menghargai nilai syukur yang sebenar-benarnya...

dulu sha pun macam tu jugak...
bersyukur ada kerja...tapi itu hanya sekadar ucapan dibibir...

o.k...
berbalik pada tajuk hari ini...
syukur tu bukan sekadar jelas dengan perkataan yang diucap oleh lidah tetapi juga harus disertakan dengan perbuatan...

sebagai seorang manusia...
mestilah kita bersyukur sebab kita masih hidup sehat dan waras...
bagi yang sakit..dia akan bersyukur sebab masih ada ruang waktu untuk bertaubat...
bagi yang mati...pasti akan bersyukur sekiranya diberi peluang untuk hidup kali kedua...tapi itu adalah sesuatu yang mustahil...

sha ambil contoh paling dekat...
bersahabat...
adakah kita benar-benar bersyukur dengan sahabat yang kita ada sekarang?
adakah dia benar-benar kita hargai?
atau hanya sekadar ucapan sayang sebagai hiasan bicara...
jika anda benar-benar bersyukur...
pertahankanlah persahabatan itu...
sekiranya anda benar-benar bersyukur lindungilah sahabatmu dari rasa terluka...
menjauhkan diri itu bukan jawapan yang terbaik...
kerana tanpa diri kita siapalah yang bisa mampu membantu dia bangkit kembali...
kita menjatuhkan dia secara tidak langsung maka...dengan itu, kita juga yang perlu bertanggungjawab untuk buat dia bangkit kembali...
sungguh sedih bila membiarkan sahabat itu bangkit seorang diri...
namun menjadi satu kesalahan bila si sahabat yang jatuh tadi mula berfikiran yang bukan-bukan bila dibantu...
membantu itu hanya kerana sayangnya dia terhadapmu sebagai sahabat ...
kerana rasa tanggungjawabnya sebagai sahabat...
kerana rasa ingin melindungimu dari rasa sakit...
tapi hal ini selalu disalahertikan dan buat seseorang itu akan menjauhkan diri daripada kita...

cuba korang bagitau apa sebenarnya nilai sebuah persahabatan itu...
apakah ia terletak pada jarak?
kekerapannya menghubungi kalian?
rapatnya sehingga sanggup meluahkan perkara yang rahsia-rahsia...
berkongsi rasa suka duka...
jatuh bangun bersama...


aduhai temanku...
itu hanyalah elemen-elemem dalam sebuah persahabatan...
kepercayaan, kesetiaan, saling membantu itu semua hanyalah elemen-elemennya...

nilai sahabat sebenar itu tidak bisa diukur dengan apa-apa pun...
kerana nilai sahabat itu tak tercapai akalmu...
kadang-kadang kamu hanya berbicara sekerat dua dengan dia..
namun kata-katanya itu memberi kesan yang terbesar sekaligus merubah hidupmu...dari arah jahiliah ke arah bijaksana...
itu juga dikatakan sahabat....
dia yang berperanan penting dalam mencorak kehidupan kamu ...
meskipun dia tau...itu adalah diluar kuasanya...
namun kasih sayangnya terhadap kamu..
membuat hati kamu tersentuh setiap kali dia berbicara...
meskipun hal itu cumalah sekadar gurauan...
gurauannya adalah gurauan yang luar biasa...
yang mampu membuat anda berfikir...
sekiranya itu yang terjadi...
apa yang perlu anda buat...

akal mula memain peranan...
hati mula berfungsi secara lahiriah untuk menilai...
dihantar ke otak...
di tambah, di tolak, di darab, di bahagi...
akhirnya kita temui jawapannya...
meskipun jawapan itu adalah yang negatif...
engkau mesti kuat ... kuat dalam mengharungi cabaran yang penuh duri...
kerana jalan tak selalunya rata....
pasti ada yang berbukit bukau, bergunung ganang...
terpisah oleh anak-anak sungai...
kadang-kadang kau akan temui jeram...
jurang...
itu semua adalah sebahagian daripada kehidupan...

kerana kita semua adalah tidak sempurna...melainkan Allah swt...

p/s: siapa kamu untuk memilih siapa yang layak menjadi sahabatmu?
tanyalah hati kamu...apa gunanya Allah mencipta pertemuan sedangkan kamu tidak pernah berusaha untuk mencari atau menilai pendapat orang dari sudut yang positif....

yang ada dalam fikiran kamu...orang ini cuba untuk mengubah hidup aku..dia tak boleh buat begitu...hanya aku yang bisa menentukan apa yang aku nak dalam hidup aku...

tidak kurang yang mengatakan...kau tak payahlah berfikir untuk mengubah atau mengajak dorang tu...mereka cuma hanya mahu kau mendengar sahaja...itu sudah cukup kerana apa yang mereka rasakan adalah penderitaan yang lebih sakit daripada mati!

...ini aku petik daripada salah seorang sahabat aku semasa di kolej dulu...
dan tak sangka ayat ini masih jugak digunapakai dalam zaman IT sekarang...

aku tidak perlu mengubah atau mengajak sesiapa...
kerana aku sedar dan aku tau...
setiap manusia itu dibekalkan dengan akal fikiran yang waras.
akal yang sehat jiwa yang sehat.
hati yang bersih meskipun sudah ternoda oleh bintik-bintik hitam...
namun aku percaya..di sudut hati mereka yang terdalam...bukan itu yang mereka inginkan...tetapi keadaan yang terus-terusan itu mendorong mereka ke arah bahana yang mengancam...

beringatlah...sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa...sebab itu Allah berpesan-pesan supaya kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain...bukan niat untuk mengajar..tapi sekadar mengingati...sampaikan walau cuma satu ayat pun...

itu lah dia sifat dan nilai seorang sahabat...
tidak semesti dia adalah yang terdekat, terapat, terkerap kamu hubungi...dan berbagai-bagai "ter" lah...

sekian dulu dari ku...
sayang kamu semua...

sila lah kalau nak tambah-tambah ke. ruangan komen disediakan untuk anda semua...
segala kekurangan adalah dari diri aku sendiri...
minta maaf sekiranya ada yang tersinggung...
mungkin anda punya pendapat lain...
dialu-alukan untuk meletakkan di ruangan komen...

assalamu'alaikumwbt

0 comments: