masih dalam mood hari ibu...
hari itu...
panas matahari bagai membakar diri tubuh yang kecil dan berusaha menggalas beratnya beg di belakangnya. dalam hati sepanjang perjalanan itu bagai ada sesuatu yang mengusik jiwa si anak kecil itu. entah apalah yang sedang berlaku sehingga menyebabkan jiwanya bergolak sedemikian hebat.
sepanjang perjalanan itu, dia hanya mendiamkan diri. bukan kerana tiada kawan-kawan di sisinya. tapi...dia betul-betul rasa hari itu terlalu meletihkan hati dan perasaannya. ah! apalah yang si kecil yang baru nak masuk usia 11 tahun itu faham tentang hati dan perasaan.
setibanya di depan sebuah rumah yang selalu di laluinya setiap hari ketika melewati jalan tersebut. tiba-tiba hatinya berdebar kencang. kelajuan jantungnya bertambah laju mengepam darah yang mengalir di dalam tubuhnya. hatinya terasa hilang kawalan. memaksa dan terus memaksa supaya kakinya bergerak pantas. hatinya menangis dalam diam. namun, airmatanya tidak tumpah. ada apa yang berlaku? betulkah apa yang didengarnya sebentar tadi?
gadis itu terdengar perbualan seorang pakcik dan pakcik yang lainnya...
pakcik 1: awak ni dari man tadi tergesa-gesa?
pakcik 2: oh..saya dari rumah jirine...
pakcik 1: siapa yang sakit?
pakcik 2: isteri dia tibe-tibe pengsan masa tengah masak nasi di dapur.
pakcik 1: nabis tu macam mana?
pakcik 2: masih lagi di rumah...
pakcik tersebut terpadang si kecil itu...si kecil itu hanya memandang pakcik tersebut dengan penuh tanda tanya.
langkah kakinya dihayun smakin pantas. getaran di jiwanya sudah tidak dapat dibendung lagi...terasa semakin laju derap langkahnya. terasa semakin berat kakinya melangkah. akhirnya si kecil itu memaksa tubuh kecilnya yang menggalas beg berat itu untuk berlari ke rumahnya. dia hanya ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. kenapa dengan ibunya.
baru sahaja pagi tadi si ibu melayannya dengan biasa. dan yang pasti dia sempat lagi mengusik ibunya...
si kecil:ibu tak marah?
ibu: marah kenapa?
si kecil: pasal hal semalam lah...
si ibu: tak lah...tapi lain kali jangan buat macam tu lagi ye. penat ibu buat kerja.
si kecil: o.k saya janji tak buat lagi. sayang mak....mmuuaahhhhhhhh!
(satu ciuman singgah di pipi ibunya)
ibu: nakal betul...
si kecil: yeahhhh pecah puasa mak...
ibu: aik?!!!
si kecil tertawa riang...
si kecil: mak. nak gi sekolah ni..
ibu: yelah...nanti jalan elok-elok ye nak. belajar rajin-rajin...
(sambil mencium ubun² kepala anaknya)
entah kenapa hari itu terasa berat kaki melangkah. rasa nak ponteng sekolah. sehinggalah ke tengah hari itu semuanya bagai terjawab segala persoalan yang bermain dalam jiwanya.
sampai di depan rumah...semua mata-mata memandangnya. tubuh kecil yang agak keletihan itu terpaksa juga digagahkan untuk melangkah ke bilik. tempat beradunya ibu tercinta. di depan bilik ramai sudah yang memenuhi ruang dapur. kebetulan pintu bilik itu terus menghadap ke dapur. si kecil mengarah ke arah pintu...dan terlihat jasad yang terbaring lemah kaku dan tidak berdaya di atas tilam lama. kelihatan kakak iparnya berada di sebelahnya. si kecil itu terus duduk di sisi ibunya.
setitis pun airmata tidak keluar walaupun hatinya menangis semahu-mahunya. matanya terus menatap dan terus menatap.
kemudian kakak iparnya meminta dirinya menemankan dia untuk mencuci pakaian² ibu di sungai. dengan langkah yang berat dia gagahi jugak untuk menemani kakak iparnya. sesampai di tepi sungai belakang surau. si kakak pun bercerita.
kakak: mak tadi pengsan. masa tengah masak nasi. tergopoh-gapah akak berkemas bila terima telefon daripada abang suruh berkemas sebab mak jatuh pengsan. awak tak apa-apakan?
si kecil itu menggelengkan kepala. kemudian bertanya.
si kecil: kenapa jadi macam tu. pagi tadi elok je.
kakak: entahlah strok mungkin. mak ada makan ubat darah tinggi dia tak?
si kecil: pil darah tinggi? rasanya lama dah mak tak pergi cek.
kakak: mana tau?
si kecil: yelah...kan mak selalu bawak saya sekali. kalau ayah tanya mesti mak jawab dia tak ada apa-apa.
kakak: patutlah. rasanya mesti darah mak tinggi sangat ni. tu le sampai macam ni.
si kecil diam. dia hanya memandang arus sungai yang mengalir itu dengan pandangan kosong dan sepi. dia merintih supaya arus sungai itu cepat-cepat membawa pergi hatinya yang rasa teramat sakit dikala itu. dia tidak mampu menangis. selesai semua tugas-tugas itu mereka kembali lagi ke rumah.
si gadis masih kebingungan melihat ibunya. dia tidak berani menyentuh mana-mana bahagian tubuh ibunya meskipun hanya sekadar memegang tangannya. seorang makcik di situ meminta dia mengurut sebelah tangan ibunya. tetapi si kecil itu tidak berani untuk berbuat sedemikian. dia benar-benar takut. dia takut akan kehilangan orang itu. rasa takut itu telah membuat dirinya semakin bingung. dalam keadaan kebingungan itu dia melangkah keluar rumah. kakinya berlari pantas menuju ke suatu tempat. dia mencari kekuatannya yang hampir hilang. kakinya yang pada awalnya melangkah laju terus berlari-lari untuk mendapatkan semangatnya itu.
setiba di destinasinya. dia melangkah ke arah blog tingkatan abangnya. sepupunya terkejut melihat kelibatnya berkeliaran di sekolah menengah ketika itu. jadi sepupunya berlari ke arahnya.
sepupu: kenapa ni?
si kecil: mana abang zai. mak sakit...
sepupu: wa sakit? bila masa pulak?
si kecil: tadi mak pengsan. saya sampai di rumah orang dah ramai.
sepupu: mungkin zai di sekolah. tak apalah nanti saya tolong cari awak balik dulu tau mesti orang tengah cari awak sekarang ni. orang lain tau tak awak keluar rumah?
si kecil itu geleng kepala sambil berkata...
saya nak zai ( nama abang no.6 dia )
sepupu: o.k² tapi awak kene balik sekarang biar saya yang pergi cari dia. jangan pergi mana-mana lagi tau. terus balik rumah.
si kecil hanya mengangguk lemah. dengan langkah yang longlai dia melagkah terus pulang di rumah. benar seperti diduga orang-orang di rumah kecoh melihat kehilangannya. mereka takut sesuatu terjadi kepada si kceil itu. apabila melihat kelibat si kecil di muka pintu. seorang pakcik memarahinya. kerana kehilangannya tadi telah menyebabkan semua orang tercari-cari di mana dia. dia tidak menjawab. dan hanya memandang muka pakcik itu dengan pandangan yang kosong. di dalam hatinya masih lagi gusar dengan apa yang sudah menimpa dirinya.
dia bertanya: mana zai?
pakcik: tak balik lagi. tak apa nanti usu kau uruskan semuanya. mana kau pergi tadi.
dia: pergi sekolah zai.
pakcik: buat apa?
dia: cari dia bitau mak sakit mintak dia ikut pulang.
pakcik: lor...kan ada pak usu kau kat sana.
diam....
gadis itu meneruskan langkah kembali ke sisinya. semua orang bertanya ke mana dia pergi tadi. dia hanya menjawab dengan sekali gelengan kepala sahaja. dia duduk di sisi ibunya. sedikit demi sedikit...dia berusaha untuk mencapai tangan ibunya. dan akhirnya...berjaya juga tangan kecil itu mengenggam jari jemari ibunya. tidak ada tindak balas daripada ibunya. si kecil menjadi sedih. namun masih tetap menggagahi dirinya untuk terus menggenggam jemari orang yang dicintainya itu. hati dia merintih. hati dia merasakan sakit sungguh. hatinya menangis namun, airmatanya tidak pernah mahu keluar walau setitis pun.
si kecil bertanya kepada kakaknya. kenapa mak ni? macam tak ada tindak balas je.
kakak: itulah dia, bukan setakat tindak balas je takde. mak kan puasa dari tadi lagi tak masuk air dalam mulut dia. air yang di masuk kan meleleh keluar balik. mak tak dapat telan air. dan sebelah badan mak macam dah mati.
si kecil terkesima sebentar mendengar penjelasan kakak iparnya. sampai begitu sekali ya Allah...janganlah Kau seksakan mak sebegini. aku rela kalau Kau mahu ambil dia daripada ku tapi jangan biarkan mak terus-menerus merasa sakit. sekiranya mati itu lebih baik untu dia di sisiMU. ambil lah dia ya Allah. aku tidak sanggup melihat keadaan mak. hati aku rasa sakit sangat-sangat...mak...saya sayang mak. saya tak sanggup tengok mak macam ni. mak dengar tak mak ?!!! bicara hati si kecil berusia hampir sebelas tahun itu.
si kecil itu bertanya, kenapa tak bawak pergi klinik lagi?
nak bawak lah ni. tengah tunggu van. jawab kakaknya. dia terdiam sekali lagi...dan dalam hatinya tidak putus berdoa apa yang terbaik buat ibunya. dia tidak sanggup melihat ibunya begitu. sekiranya ibu selamat namun ditakdirkan ibu perlu hidup dengan lumpuh sebelah badannya. dia tidak sanggup. ibu pasti akan rasa lebih sakit dari apa yang dialaminya sekarang. dia tidak mahu itu yang terjadi. dia sayangkan ibunya. dia mula belajar pasrah untuk menerima apa yang Allah sudah dan akak tetapkan buat ibunya yang tercinta.
tidak lama kemudian jiran sebelah rumahnya datang. memberitahu van baru je sampai. bolehlah berangakt ketika itu. mereka mengangkat jasad yang lemah bagai tidak bernyawa itu dengan berhati-hati. si kecil hanya memandang dengan pandangan sayu tanpa airmata. si kecil tidak ikut sekali dengan van. kerana muatannya terhad. ruang pun tidak ada. jadi, si kecil meminta izin untuk pergi mengekori van itu dari belakang. tetapi kakak iparnya tidak mengizinkan. takut apa-apa terjadi kepada si kecil. dudukla si kecil itu di situ menunggu kakaknya yang tengah berkemas untuk ke klinik.sungguhpun masa yang diambil itu tidak sampai pun 5 minit, namun...menanti setiap saat jarum jam bergerak pun sudah membuat rasanya hampir separuh mati menunggu. dia tetap sabar dengan keadaan itu. kerana dia sedar itu adalah tanggungjawab kakaknya. sungguh muliakan hati seorang kakak ipar kepada si kecil itu.
akhirnya, mereka sampai juga di klinik. di klinik, dia melihat ibunya terlantar di atas di katil. dia naik ke atas katil...dia mengurut tangan dan kaki ibunya...
dalam hatinya memerhati keseluruhan isi bilik tersebut sambil bermonolog...
mak...sekarang kita dah di klinik. maafkan sakinah sebab terlambat. tadi tunggu akak kemas-kemas brang mak apa yang perlu. mak...dulu, sakinah kan selalu picit kepala mak, badan mak, kaki mak bila mak sakit...tapi masa tu lain...mak yang mintak...tapi..sekarang...saya tak tahu nak picit kat mana. sikit pun mak tak bagi arahan. janganlah diam macam ni. mak sakit sangat ke?jap lagi dorang nak bawak mak ke daro pulak. kalau darah mak tak turun.
dalam pukul 2 lebih...akhirnya keputusan dibuat untuk membawa ibunya ke daro. di situ dia akan menjalani pemeriksaan sekali lagi. sampai di daro rupa-rupanya mereka tidak berada lama di situ. bagi perawat mak. dia mengatakan supaya hendak tak hendak mereka perlu hantar segera mak ke sibu ataupun sarikei. tapi lagi bagus kalau sarikei lah sebab lebih dekat. ketika itu. jam hampir menunjukkan waktu untuk berbuka puasa.
mereka pun membawa jasad yang tak berdaya itu masuk ke dalam bot laju untuk dibawa ke sarikei. pada ketika itu. si kecil ini tadi masih setia menunggu telefon daripada abang dan ayahnya. si kecil tak dibenarkan untuk ikut sekali. kerana keesokan harinya si kecil tak dibenarkan oleh ayah untuk tinggalkan sekolah. jadi, si kecil tinggal di rumah ditemani oleh kakak ipar dan anak-anaknya serta abang zai...
selesai sahaja berbuka puasa, mereka menerima panggilan. hati si kecil berdebar-debar. jantung si kecil bagai hendak tercabut dari organ dalamannya. penantiannya akan berakhir setelah gagang telefon itu diletak oleh kakak. tiba-tiba kedengaran kakak mengucapkan sesuatu...
innalillahi wainnailaihiroji'un...
si kecil terdiam...setelah gagang diletak hanya satu soalan yang ditanya...bila?
si kakak menjawab: tepat 6:40 ketika orang berbuka puasa...
si kecil terdiam..jauh di sudut hatinya dia memanjatkan syukur pada Allah. doa yang tidak putus-putus tadi akhirnya sampai kepadaNya. dia tidak sanggup melihat jasad ibunya terus-menerus menahan sakit. dia tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya ibunya terselamat. dia takut sekiranya ibu akan menjadi lebih menderita. hati kecilnya mendendangkan munajat kepada yang Maha Esa... ya, Allah, Engkau lindungilah ibuku dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman. aku redha dengan kepergiannya. terima kasih ya Allah kerana telah memberikan apa yang terbaik buat ibuku. aku yakin, Engkau juga tidak mahu melihat ibu terus menderita. kuatkanlah aku ya Allah...
dengan saki baki tenaga yang ada...si kecil itu berlari ke rumah neneknya menyampaikan berita tersebut. apabila sampai di rumah neneknya, dia menyampaikan terus berita itu kepada neneknya...
menangislah si nenek sambil berkata...ya, allah, akhirnya anak aku pula yang pergi terlebih dahulu dari aku.
hati si kecil sayu mendengar tangisan nenek. namun, si kecil tidak mampu mengeluarkan airmataku. Ah! si kecil ini memang seorang yang egois...setitis pun airmatanya tidak turun ketika itu. namun di dalam hati dibanjiri rasa duka yang tidak terhingga...
tiada siapapun yang tahu apa yang bermain dijiwanya...
hatinya berbicara...
nenek..engkau kehilangan anak yag sangat berjasa buat dirimu dan adik-adiknya...tapi aku kehilangan seorang yang teman dengan aku bermain, pergi berjemaah saban waktu di surau, aku kehilangan seorang guruku, aku kehilangan teman tidurku, aku kehilangan bantal pelukku ketika tidur, yang paling penting aku khilangan orang yang amat penting dalam hidup aku...
setibanya di rumah dia membantu kakak dan abangnya untuk mengemas apa yang perlu. si kecil teramat letih dengan apa yang telah menimpa dirinya seharian itu. dia melarikan diri ke bilik tempat beradunya dia, ibu dan juga ayahnya. dalam hatinya berbicara lagi...
lepas ni, aku harus belajar untuk tidur seorang diri. dulu...mak pernah tinggalkan sakinah tertidur di rumah nenek. tapi sakinah lari dari rumah nenek dalam jam dua pagi. mak terkejutkan keesokan paginya sakinah tertidur di kerusi luar. keoh satu rumah mengatakan sakinah berjalan dalam tidur.namun, berkali-kali sakinah nafikan ianya bukan. amar (abang no.5) boleh jadi saksi sebab dia yang tolong bukak kan pintu ketika itu. sakinah marah mak. sakinah merajuk. sebab mak sanggup biarkan sakinah jauh daripada mak. mak diam...kemudian berkata yang sakinah dah besar. mana boleh tidur ngan mak dan ayah lagi. tapi sakinah tetap tak setuju dan berkeras dengan pendapat sakinah. akhirnya mak hanya mengangguk dan mengucup dahi aku.tapi, aku sedar sejak tahun lepas ayah sakit...Allah seolah-olah menjauhkan aku daripada mak. aku tak pernah buruk sangka tentang itu. aku tau mungkin Allah ingin mengajar aku untuk hidup tanpa mak di sisi. tapi..mak tau tak...setiap malam aku nangis. aku rindu kat mak. terasa lama rasanya menanti cuti sekolah tiba. aku rindu sangat-sangat. tapi, tak siapa pun yang sedar aku menangis kerana aku nak mak yang ada di sebelah aku. yang mereka tau aku menangis sebab aku cakap luka di kepala lutut aku sakita sangat. pakcik terkejut mendengar. lalu mengangkat kain aku hingga ke lutut. memang luka itu masih nampak belum kering, pakcik mengambil ubat yang warna biru dalam botol coklet lalu meletakkan ubat itu pada luka aku.. aku nangis sepuas hatinya. bukan sebab kerana sakit. tapi aku nak mak. aku tak sangka semalam adalah hari terakhir kita bersama. kita bersama berjemaah, hari terkahir mak menghantar aku sehingga depan anak tangga rumah ni sebelum aku pergi sekolah, hari terakhir aku cium mak dengn mengejut. aku kan suka kacau mak dan cium mak. hari terakhir mak usap dan peluk aku sebelum tidur. terima kasih mak...
tiba-tiba lamunannya dikejutkan bila dia dpersalahkan atas kehilangan ibunya. orang itu menyalahkannya. kerana dia degil, tak dengar cakap, sebab itulah mak jatuh sakit dan meninggal...
si kecil itu terkejut dan memandang orang yang bercakap itu dengan pandangan yang sungguh marah. dia tidak akan pernah lupa kata-kata itu, warna baju yang dia pakai, bagaimana reaksi wajahnya ketika bercakap....dia memang tidak akan lupa. dia tidak sangka dia akan dipersalahkan dalam hal ini. sepatutnya sebagai orang yang terdekat dia memeluk si kecil itu dan menenangkannya...namun lain hal yang terjadi. akhirnya si kecil itu hanya mendiamkan diri tanpa membalas sepatah pun kata-kata gadis itu. kemudian setelah puas dirinya dipersalahkan gadis itu melangkah keluar dari bilik itu...tinggallah si gadis itu bersendirian di situ mencari kekuatannya semula setelah dihenyak sedemikian rupa.
tiba-tiba namanya dipanggil. rupanya van telah pun tiba di rumah. setelah jenazah sampai di rumah, ayah bertanya...
ayah: dengar cerita tak makan lagi...nak makan dengan ayah tak?
si kecil: tak apalah, ayah makanlah dulu, saya dah minum jap tadi. saya nak baca yasin jap. nanti² bila lapar saya makanlah...
ayah: janganlah macam ni. nanti mak sdih...buah hati mak tak makan lagi ni...
si kecil: senyum...bapak pergilah makan dulu ye...nanti saya nyusul.
si ayah geleng kepala. dia faham sangat dengan puteri bongsunya ini. sebelum ayahnya berangkat pergi ke rumah nenek untuk makan. sempat si kecil itu bertanya...
ayah...mak pergi bukan sebab saya degil sangat dan nakal sangat kan?
ayah: sape cakap macam ni? tak lah sayang...awak ni lah puteri comel satu-satunya yang mak dan ayah ada. dalam hidup ini setiap kematian itu memang dah tercatat sebelum kita lahir lagi...jadi tak ada kene mengena dengan kenakalan awak. ingat tu!
hati si kecil sedikit berasa tenang bila mendengar penjelasan si ayah. pada awalnya memang agak gusar juga setelah dihenyak sedemikian rupa.
si kecil mengambil wuduk dan membuka bacaan surah yasin dengan surah al-fatihah...setelah habis bacaannya, dia mengambil bantal yang terdekat di situ kemudian berbaring di sisi jenazah ibunya. hatinya berkata...malam ini malam terakhir buat kita. dia menangis...dan menutup mukanya dengan selimut. kedengaran ayahnya bertanya kepada kakak iparnya sama ada si kecil itu sudah makan ke belum. kakak menjawab...selepas baca yasin tadi dia terus tergolek kat situ.
kedengaran jejak langkah ayah mendekati si kecil. ayah menggerak tubuh kecil itu perlahan-lahan. mengajaknya makan...dia menjawab...letih lah...janganlah buat saya macam ni tolonglah...saya nak tidur...
ayah diam lalu berangkat pergi dari situ. dia tau...kuasa memujuk itu hanya ada pada jasad tanpa ruh yang telah terbaring di sisi tubuh kecil itu. si kecil itu menahan esak tangisnya di dalam selimut....dan akhirnya tertidur. sepanjang malam itu entah berapa kali dia terjaga. dia berasa tidak selesa tanpa tangan ibunya yang memeluknya ketika tidur. setiap kali terbangun, setiap kali itu jugak dia mengambil wuduk dan membaca yasin di sebelah jasad itu. dalam hatinya sentiasa tidak putus doanya buat ibu tercinta dan buat dirinya. dia sedar dia akan berhadapan dengan dugaan yang paling besar selepas ini...
begitulah kisahnya sepanjang malam itu...
sebelum jenazah dimandikan si kceil itu tidak mahu melihat wajah ibunya. hatinya merasa sungguh sakit...dan sangat sakit....namun digagahi juga dirinya untuk menghadapi smua itu...dia lebih banyak mendiamkan diri. tohmahan yang dilemparkan kepadanya semalam masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. bagaikan siaran radio berkumandang.
setelah jnazah selesai dimandi, dikapan dan di sembahyangkan, tibalah ke upacara salam penghormatan buat kali terakhir, dan apabila tiba gilian gadis kecil itu kedengaran tangisan orang ramai yang hadir...dan ketika itulah...airmatanya keluar bagai air terjun yang tak akan pernah terhenti mengalir...
setelah itu...jenazah pun dibawa ke kubur, hujan turun bagaikan menangisi pemergian seorang insan yang bergelar ibu. hujan turun bagaikan sebuah gambaran kelukaan hati seorang anak kecil yang bakal berinjak ke sebelas tahun hanya dalam tempoh masa yang sebentar. di dalam hatinya tidak putus berdoa untuk ibunya...
sampai di depan liang lahad...sekali lagi airmata si kecil itu merembes keluar bersama-sama dengan hujan turun. terasa dirinya berseorangn ketika itu. tidak putus-putus hatinya berdoa supaya hatinya dikuatkan, ditabahkan... dia akui dia masih belum bersedia untuk menerima hakika dia pelu teruskan hidup tanpa ibu...
selesai jenazah dikuburkan...di talkinkan...semua orang bergegas pulang. si gadis, akhirnya melangkah kaki setelah ayah mengajaknya pulang bersama. ayah berpesan bila mandi nanti guna air yang disediakan di dalam tempayan dalam bilik tempat mandikan jenazah ibu. si kecil hanya mengangguk lemah.
sekali lagi ayah menyuruhnya makan. dia masih jugak dengan dirinya...
pada hari itu adalah hari pertama si kecil berperang dengan perasaannya sendiri. kerana pertembungan yang hebat ini telah memudaratkan diri sikecil tersebut. dia mula diserang demam panas.di pujuk makan tetap tak mahu, di pujuk makan ubat jauh sekali. dia hanya bergantung dengan air horlicks. jika makan pun...hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja...seisi rumah risau melihat keadaan itu...
malam raya 7 likor...si kecil...dalam keadaan demam...duduk di kerusi luar rumahnya. memandang kawa-kawan yang lain brgembira. dia hnya duduk berdiam diri. dulu dialah yang menjadi heroin di antara kawan-kawannya. tapi malam itu dia benar-benar tewas. tewas di medan perangnya. dipujuk beberapa kali oleh kakak ipar dan lain-lainnya. namun dia masih tidak berganjak dari kerusi itu...akhirnya dia menangis...dia menangis sambil hatinya memanggil manggil mak nya...dia bagaikan menunggu kepulangan seorang ibu yang telah lama pergi.
mereka tahu si kecil memang seorang yang degil. lalu membiarkan sahaja si kecil duduk di situ...
tiba hari esoknya...
si kecil tertidur ... ketika itu demamnya belum kebah lagi...dia terlena kerana semalaman tidak bisa melenakan tidurnya. tidurnya sering terganggu. kerana demam panas yang dihidapinya. suhu badannya tidak stabil. ayah telah membawanya ke klinik pada pagi itu tadi...
penangan ubat yang dimakan yang ayah bagi membuat dia tertidur dengan lena... dia bermimpi berada di sebuah taman, di taman itu dia ternampak satu gua...namun pintu gua itu kelihatan sangat cantik. sama seperti pintu gua yang dihiasi dengan bunga-bungaan serta tumbuhan-tumbuhan yang cantik....
dia mengajak sahabanya masuk ke dalam gua. namun, temannya itu tidak mahu. akhirnya dia seorang yang melangkah ke dalamnya. di situ dia berhadapan dengan pemndangan yang paling indah. rumputnya umpama karpet hijau yang lembut. terasa tenang berada di dalam tempat itu...sempat hatinya bertanya apakah ini syurga firdaus? timbul pertanyaan itu kerana di pintunya tadi tertulis perkataan firdaus.
dia meneruskan langkah menerokai alam mimpinya itu...dia berjumpa dengan taman yang lebih indah. dan dia percaya tidak ada taman seindah itu di dunia ini. ada kolamnya. ada anak sungainya. dan satu-satu yang membuatnya terpesona adalah perempuan-perempuan yang berada di dalam taman itu. subhanAllah...sungguh cantik sekali. tidak pernah dia melihat gadis-gadis cantik seperti mereka. dan dia percaya sekiranya dia bawa salah seorang itu keluar dari tempat itu pasti cahaya di wajahnya mampu menyilaukan pandangan setiap pandangan manusia yang tinggal di tempatnya. sungguh bercahaya wajah mereka. memberi gambaran bahawa mereka sungguh suci. di dalam perjalanannya itu...dia ternampak anak sungai. dia sedar dirinya dalam keadaan yang amat lapar dan dahaga sangat-sangat. lalu dia meminum air sungai air yang mengalir itu...terasa sungguh lazat dan nikmat. terasa badannya yang pada mulanya tadi masih turut terasa demamnya menjadi segar dan sihat. terasa demamnya hilang. senpat lagi dia melihat kejernihan air sungai yang tenang itu sehingga menampakkan ikan yang berenang-renang di dalamnya. percayalah ia lebih cantik daripada suasana laut yang anda pernah lihat. sungguhpun ia hanyalah sekadar anak sungai...
di dalam kolam itu kelihatan adanya air pancut...dan air itu sungguh menyegarkan. dia tidak pernah merasakan ada sesegar itu. kemudian dia dibawa ke sebuah mahligai yang dilihatnya dari jauh tadi...mahligai yang sungguh cantik. tersergam indah di depan matanya. dia tidak sangka wujudnya mahligai seindah itu...sekali lagi hatinya berkata...ya Allah...tempat apakah ini? apakah aku di bawa ke sini untuk berjumpa dengan ibu? dalam hatinya tidak putus berdoa semoga rindunya terlerai di situ...dia tidak tahan menanggung rindu itu...
sehinggalah dia berada di dalam mahligai yang luas itu...
dia terkejut melihat isi mahligai itu yang sungguh indah. tidak tergambar oleh mana-mana lukisan. tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata. sedang asyik memerhatikan persekitaran mahligai itu...tiba-tiba terdengar suara lembut yang amat dirinduinya...
dia menoleh ke belakang. dia bagaikan tidak percaya. apakah benar apa yang dia lihat ini? dia berharap pertemuan itu tidak akan berhenti di situ. hanya satu perkataan yang terucap dari mulutnya..."ibu"
ibu tersenyum memandangnya...
ibu menghulur sebiji epal merah. dia hairan, ibu tahu dia tidak suka makan epal, tapi kenapa bagi jugak buah epal tu pada dia? dia menolaknya dengan baik. ibu memegang tangannya dan meletakkan epal itu dalam tapak tangan dia. dia merenung epal itu...perutnya mula berkeroncong bagai mendesak-desak merayu-rayu supaya dia memakan epal itu. sudah berapa hari perut itu tidak dijaga makan minumnya. kemudian si kecil itu memandang tepat ke arah ibunya sambil tersenyum...
dalam hati ingin sekali dia bertanya: apa yang ibunya buat di situ? bukankah ibu telah meninggal dunia? namun, soalan itu tidak terkeluar kerana terlalu asyik memndang wajah ibunya. ibu nampak terlalu muda dari usianya. ibu nampak cantik sekali. wajah ibu memancarkan cahaya. sehingga mengunci mulutnya untuk berkata apa-apa. sesungguhnya dia benar-benar terpesona.
ibu berpesan...
bila dah balik nanti...jangan lupa selalu sedekahkan ayat-ayat al-quran ye sayang?
si kecil itu hanya mengangguk, dan menangis. ibu mengelap airmata yang mengalir di pipinya. ibunya berkata...berjanjilah pada mak, sakinah dengar cakap ye...jangan nakal-nakal, jangan suka meminta-minta, berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu, jaga makan minum ye sayang...mak akan tunggu sayang di sini. nanti sayang boleh tinggal dengan mak... kejap je lagi kay sayang...
si kecil itu hanya mengganggukkan kepalanya...airmatanya turun mencurah-curah...ibu tersenyum tenang melihat si kecil itu...mengelap airmata si kecil itu dan mengucup dahinya...
tiba-tiba...telinga si kecil menangkap suara orang yang memanggil-manggil namanya. tercari-cari di mana si kecil...si kecil terkejut sekelip mata pemandangan di situ berubah dan dia terlihat abang-abang dan ayahnya yang berusaha mencarinya di sekitar tempat rekreasi itu...
si kecil pun melangkah ke arah abang-abang dan ayahnya lalu menceritakan apa yang berlaku. namun, mereka memarahinya pula kerana kerap meghilangkan diri dari pandangan mata mereka. si kecil sedih...sedih dan sedih...sehinggalah dia terbangun dari lenanya...dilihat kucing kesayangannya sudah pun berada di sisinya ketika itu. dia tersenyum memandang ke arah kucingnya dan kucing itu datang lebih dekat lagi dan menjilat airmata yang berbaki di pipinya. si kecil ketawa. si kecil terkejut melihat lantai yang basah kesan airmatanya...
sehingga kini mimpi ini masih berada di dalam carta mimpi paling indah di dalam hati seorang gadis bernama sha83@kaizer...apakah benar mimpi itu?
NOTA: setelah petang itu...demam panas yang dialami oleh sha kebah secara mendadak. namun, sha masih diisytiharkan dalam tempoh kuarantin. cuma panas badan sha sahaja yang kebah. dan petang itulah perut sha sudah mula kenal rasa lapar. bangun-bangun sha ke dapur mintak makanan. sha betul-betul lapar ketika itu...wah kantoi tak puasa!!!
"ya Allah, ampunilah kedua orang ibu bapaku dan rahmatilah mereka berdua, sebagaimana mereka pernah mendidik aku di waktu aku masih kecil. amiin..."
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
2 comments:
kenapa panjang sangat entry nie sha..penat la mas ayu nak baca entry nie... hehehe
aduyai mas hahhaha
aku rs msti sumer org men skroll je entri neyh muekeekee...
Post a Comment