ia disambut pada 14hb februari setiap tahun. ramailah manusia yang berkasih-kasihan akan menyambut Hari Kekasih pada hari tersebut... nak tau lebih lanjut lagi tentang fakta-fakta yang menarik? jom kite meluncur blog ini...
1-dianggarkan 1a billion kad valentine dikiirim di seluruh dunia setiap tahun. ini menjadikan Hari Valentine perayaan kedua tertinggi bagi pengirim kad perayaan selepas krismas.
2- kira-kira 85% kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.dapat juga fakta yang mengatakan lelaki kerap membeli dua kad untuk kepentingan yang lain! Ehem ehem...
3-tarikh 14hb februari merupakan hari yang sangat penting bagi penjual bunga. dianggarkan lebih kurang 110 juta kuntum ros, kebanyakannya merah, dijual sempena hari tersebut. jualan ini meningkat 32% setiap tahun.
4-untunglah wanita satu kajian mendapati, 73% pembeli bunga sempena Valentine's day adalah lelaki.
5-dianggarkan 3% daripada individu yang memiliki haiwan peliharaan akan memberi haiwan kesayangan mereka itu sebagai hadiah Valentine's Day.
6-Alexander Graham Bell telah memfailkan paten pertama telefon beliau pada 14 februari.
7-warna tema Valentine's day ialah merah, merah jambu dan putih. merah jambu melambangkan kehalusan. merah pula simbol kepada kehangatan, perasaan dan hati (cinta). manakala putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan, iaitu dua hati yang saling mempercayai.
8-penicilin, ubat yang digunakan untuk penyakit sifilis telah diperkenalkan kepada dunia pada 14 februari 1929.
9- di Korea, hadiah coklat akan diberikan oleh golongan wanita kepada lelaki pilihan mereka pada 14 februari. hadiah balasan dari lelaki pula hanya akan diberikan sebulan selepas valentine's day. ia dikenali sebagai "white Day" atau "Hari Putih". iaitu pada 14 mac.
di samping itu, orang korea mempunyai "black Day" yang jatuh pada 14hb April. Black Day khas untuk individu yang tidak menerima apa-apa hadiah pada hari Valentine. pada hari itu, lelaki-lelaki malang ini akan diberi makan Jajangmyun, iaitu hidangan mi Cina bersama sos pekat berwarna hitam dan secawan kopi, dipercayai untuk membuang nasib buruk mereka itu.
10-Di Taiwan, Hari Kekasih disambut pada 7 Julai mengikut kalendar lunar. pada hari itu, si lelaki akan membeli sejambak bunga ros yang paling mahal berserta bunga-bungaan lain untuk kekasih mereka.
bilangan kuntum ros bagi setiap jambak diambil kira kerana mempunyai maksud tersirat. sekuntum ros bermaksud 'kau satu-satunya kekasihku', 11 kuntum bermaksud,' kau kesukaanku', 99 kuntum bermaksud 'cintakan awak untuk selama-lamanya', dan 108 kuntum ros bermaksud 'kahwini aku'.
11-selain manusia, Slovania juga percaya burung-burung akan berkasih-kasihan dan mengawan pada Hari Valentine. Mereka juga percaya pada 14 februari itu tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan akan mula tumbuh. bagaimanapun, tradisi Hari Kekasih di Slovania bukan pada 14 februari sebaliknya pada 12 Mac iaitu hari memperingati Saint Gregory.
12- Shiv Sena, parti politik kanan di India, mengadakan tunjuk perasaan pada awal Februari 2006 kerana membantah amalan menyambut hari Valentine, kerana ia adalah budaya barat yang bercanggah dengan tradisi masyarakat negara itu. pada hari tersebut, penyokong-penyokong Shiv Sena turun ke jalan raya dan membakar kad Hari Valentine.
menurut shiv sena, terdapat banyak lagi perayaan di dalam budaya dan agama mereka yang bersesuaian untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang, misalnya Diwali, Eid dan Lohri, bukannya mengikut cara yang dipopularkan oleh orang Barat.
13-dari mana munculnya Hari Valentina? satu pendapat mengatakan, perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iaitu Saint Valentine. beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordovo, Sepanyol pada 14 februari 270 masihi.
kejayaan itu begitu bermakna kapada Ratu Isabella, dan dengan itu 14 februari disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya sebagai Hari Valentine.
14-pendapat kedua:berasal daripada pesta sambutan Rom Kuno yang dipanggil 'Lupercalia', yang bermula pada abad ke-3 sebelum masihi. Lupercalia adalah upacara penyucian diri yang diadakan pada 14 februari. pada hari itu, mereka akan menyembah dewi cinta yang bernama Juno Februata.
pada malam pesta Lupercalia, nama-nama gadis Rom akan ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas. kemudian, setipa pemuda akan mencabut nama tersebut dari dalam bekas secara rawak. nama gadis tersebut akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun.
15-pendapat ketiga: dikaitkan dengan kematian St.Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II (268-270). dikatakan, St.Valentine enggan mematuhi arahan Raja Claidius agar membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana rom banyak terlibat di dalam peperangan dan memerlukan pemuda-pemuda sebagai tentera.
malah St.Valentine telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia menyebabkan Raja tersebut murka lalu dihukum bunuh.
dikatakan juga, ketika pemerintahan Claudius II ini, kerajaan Rom yang menyembah dewi-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa, termasuk St.Valentine.
semasa di dalam penjara St.Valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (daripada Valentinemu).
16-pendapat ke-4: diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada Zaman Pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu st.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
keinginan St.Valentine untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Proteston telah menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk Cordovo kerana St.Valentine adalh seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahhwin dengan pengamal Proteston. lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
tindakan St.Valentine itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya. Ratu Isabella menetapkan tarikh 14 Fenruari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
ada termaktub di dalam laman web 'catholic encyclopedia' mengatakan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah syahid.
petikan itu menyebut: "sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St.Valentine yang berbeza, kesemua mereka dianggap syahid, juga disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14hb Februari .
renung-renungkanlah firman Allah s.w.t: "Katakanlah (wahai Muhammad): hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. dan, aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat, dan kamu tidak pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." ~al-Kafirun ayat 1-6~
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment