Saturday, February 14, 2009

cerita Valentine's day

kisah ini brelaku masa aku studi di kolej lagi...

disebabkan keterujaan untuk menengok suasana sambutan Valentine jadi aku ngan kawan-kawan gurlz aku merancang nak keluar bandar. lokasi yang jadi serbuan metilah Waterfront. kitorang keluar sengaja petang sikit hari tu selepas solat asar.

sampai di perhatian bas depan Parkson terkejut tengok ramai remaja-remaja dah berkumpul.suasana memang dah nampak meriah. tambahan pulak dah ada yang buka gerai jual belon² yang berbentuk hati. dekat-dekat maghrib semakin ramai remaja berkeliaran di sekitar tempat tersebut.

time maghrib semakin dekat kitorang menyusuri sepanjang waterfont...remaja semakin ramai...berduyun-duyun ada kat situ...banyak perkara yang kita tengok lah pendek katakan...pendek yang kata...cuba tanya kat panjang apa pulak dia kata....dia kata sakit mata aku nengok...

maghrib dah masuk lepas makan kitorang terus balik hostel. sampai di bilik terus solat maghrib dulu dan turun bawah jap nak pergi tepon seseorang. sekali dia ucap happy valentine's day! erk...aku jawab maaf kitorang sambut Valentine's day...awak sambut ke? tatau pulak.. dia pun jawab...oh! tak lah! aku sengaja je nak nguji awak...aku jawab lagi...pandai cover line yer...

eh nak pergi mana tuh? cerita tak abis lagi lah...tunggu lah jap...yang tak solat lagi pergilah solat dulu...yang tengah makan bawak makanan duduk depan skrin dan yang tengah buat kerja siapkan kerja dulu...

ini kisah tengahmalam pulak...ada satu couple ni baru balik dari sambut valentine's kemain lagi mesra couple ni tadi siap bagi kiss gudnite pulak ...Perhatian: masa tu kitorang duduk lepak tepi tingkap jadi secara tak langsung terskodeng insiden tersebut...ops maaf! tak sengaja...

tiba-tiba datang seorang lelaki dari bahagian hostel lelaki dan menyerang perempuan tersebut. lelaki yang bersama perempuan tu tadi cuba untuk meleraikan suasana tegang tersebut tapi tak berhasil. malah lelaki tu suruh dia pergi dan jangan masuk campur. akhirnya lelaki tersebut pun blah macam tu je...lelaki yang seorang ni tadi marah-marah sambil maki-maki perempuan tu dan cakap perempuan tu curang...adoi!!! kitorang memang tau dan sedar dua orang ni memang top 10 hot couple kat kolej...tapi entah macammana pula malam tu perempuan tu boleh keluar dengan orang lain pulak...sambil marah-marah...lelaki tu tampar 2 kali tau perempuan tu...kesian jugak tapi nak buat macamana kitorang tak nak masuk campur...
tak lama lepas tu kedengaran suara lelaki tu mengendur dan kelihatan dia cuba memujuk perempuan tersebut...dan perempuan tersebut menepis tangan lelaki tersebut berkali-kali. bila si lelaki tu cuba nak kiss maaf kat perempuan tu ... dia tolak lelaki tu lalu melangkah laju ke hostel...

untuk pengetahuan korang time kene skodeng tu si lelaki tersebut perasan kitorang tgh skodeng dorang. jadi kitorang tutup lampu yang terpasang pastu sambung balik skodeng. sebab tu kot lelaki tu cuba untuk bertolak-ansur dengan perempuan tersebut.

itu cerita bertahun-tahun yang lepas...

sekarang pula...hari ini tadi aku dapat message

" don't ever leave the 1 you love 4 the 1 you like, because the 1 you like will be leave u 4 the 1 they love.2nite ur true love will realize how much they love u. on Valentine Day the shock of ur life will occur. if you break this chain u will havebad luck 4 every valentine day. send 2 10 ppl in 15 mint."

hakikatnya aku dah break this chain dengan tak forward pun message ni...

0 comments: