Wednesday, November 5, 2008

TiPCiNTa – 30 cara tambat hati lelaki-

Huahuahua….tip cinta lah pulak... alah sekali-sekala ape salahnya kan hahha…
Ini pun dibawah kelolaan aida rofiza mohd yunus…30 cara tambat hati lelaki…

1-tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2-Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan kamu!
3-Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4-Jujur dan sentiasa merendah diri.
5-Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6-Mempunyai bentuk badan yang menarik.( terpulang pada individu)
7-Mempunayi tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8-Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang kamu minati.
9-Jangan terlalu mengongkong.
10-Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa menggunakan bahasa tubuh yang kamu ketahui seperti mata dan tangan.
11-Jaga cara pemakaian kamu, mesti memenuhi cita rasa lelaki yang kamu minati. Tetapi janganlah sampai mendedahkan aurat dan melanggar apa yang telah digariskan dalam ajaran agama islam.
12-Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘pelan’ pertama memikat dirinya.
13-Lelaki sukakan wanita yang mahu berterus-terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14-Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati, tetapi bukan bererti kamu adalah perempuan murahan dan mudah diperdaya.
15-Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16-Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17-Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan daripada orang lain.
18-Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19-Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20-Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21-Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang sering membangkang pendapat mereka.
22-Yang paling penting lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata yang romantic.
23-Bunyi derapan kasut ketika berjalan mampu menarik perhatian lelaki.
24-Lelaki tidak suka jika kamu memakai makeup yang terlalu tebal.
25-Mengetahui bila hari lahirnya.
26-Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman rapatnya.
27-Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap kebudak-budakan.
28-Agresif!
29-Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan yang pertama.
30-Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna…
Habis hehhe…semoga berjaya…

1 comments:

ejaalyahya said...

Thankz.... actually sy xtau cre nk bwk diri ble ngan lelaki...hmmm.. tk0t ad jer yg slh kn... c0z bg sy.. lelaki nie ssh nk phm.. d0rg ad cre d0rg sendiri..