aku ni dah terlebih remaja kot. hhahaa sebab tu ramai yang tanya bila nak kahwin? dah jumpa calon ke tak?
umi selalu ngate…hotline betul anak dara kitorang ni… entah bila nak kawin lagi. itu satu hal. tunggu punya tunggu tak gak ada orang masuk minang. bukankah dua perkara yang jadi isu kat situ hhaha pertamanya hotline keduanya orang masuk meminang….ape kes?
sebagai manusia biasa aku redha je. tak datang sekarang pun tak pe sebab masih banyak lagi yang perlu dibelajarkan?!!! jodoh tu memang ada untuk kita semua Cuma bersabarlah untuk tunggu masa itu. kerana Allah punya perancangan yang terbaik untuk setiap hambanya. tak kan Allah nak paksa kita pikul satu tanggungjawab yang kita sendiri rasa kita tak mampu nak pikul tanggungjawab tersebut….
kalau kita tengok masa sekarang ni ada gak kan keluar berita yang remaja kahwin lari sebab tak direstui keluarga. lepas tu bila susah baru nak ingat mak ayah. terus-terang aku bitau kat sini. aku tak sanggup nak buat macam tu hanya kerana seorang lelaki asing yang aku tak kenal lagi hati budinya. dapat ke tak jaga aku dengan baik sebagaimana keluarga aku jaga aku.
abang shrill kata aku ni tergolong dalam orang yang terlalu berhati-hati…aku terima kritikan itu, aku selalu ingat pesanan dia jangan terlalu berhati-hati nanti yang betul-betul terbaik untuk kita tu melepas…last-last kita tak dapat seperti yang sepatutnya kerana terlalu memilih ataupun tak dapat langsung dah.
cakap soal jodoh ni aku no komen lah tapi yang pasti aku tak nak berani mati kerana orang yang aku tak kenal. ada antara apa yang aku pernah baca. kerana cinta orang sanggup lakukan apa-apa. ishk…ishk..ishk janganlah aku sebegitu. aku lebih rela kehilangan daripada hidup tidak tenteram selepas itu.
penah jugak lah mama tanya pada aku ko tak risau ke? aku jawab dengan selamba…tak lah. mungkin aku tak mampu kot nak pikul dulu tanggungjawab sebagai isteri. bukan mudah untuk menjadi seorang isteri. aku tengok kakak ipar aku bertungkus lumus untuk bagi yang terbaik supaya abang-abang aku terselamat daripada godaan-godaan daripada perempuan-perempuan yang bukan halal untuk mereka.
jadi buat remaja² sekarang ni jangan asyik pikir nak kawin je tengok diri dulu lengkap ke tak nak jadi seorang isteri dan mampu ke tak nak Bantu suami supaya tak tergoda dengan anasir² yang tak baik dan terselamat daripada perkara yang menjurus ke arah kemungkaran Allah. o.k caucincau.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment