Wednesday, November 5, 2008

CiNTa MaDiNaH & JuLia ?!!!

hhaaaa sape pernah tengok cerita ni?!!! angkat mouse …aku minat sesangat tengok cerita ni. kedua-duanya dilakonkan oleh wardina. hehehe..
lain daripada yang lain. terutamanya cerita cinta madinah. best sesangat. tapi jarang ada siaran di tv time hari biasa. waktu puasa atau dekat² nak puasa adalah keluar cerita tu. Negara kita ni bukan tak mampu nak hasilkan cerita yang macam tu. Cuma jalan cerita agak slow bagi dorang jadi sebab tu mereka lebih focus kepada cerita-cerita yang sangat mudah dan kadang-kadang entah apa-apa entah. kesian penonton selalu dijamu dengan hiburan yang lebih menjuruskan ke arah yang sia-sia dan langsung lalai dengan tanggungjawab mereka sendiri.
sebab itulah masalah social berlaku dalam Negara kita bagaikan sudah tidak dapat dibendung lagi dah. semua pihak bagaikan buntu. bukan apa santapan untuk hati dan makanan untuk jiwa itu sudah semakin berkurangan. tak percaya boleh cek sendiri. semuanya bagaikan sudah berkiblatkan ke arah lain. korang faham-fahamlah maksud aku ek. macam lah korang tak pernah tengok tv pulak. hahhaa…
bila timbul masalah atau remaja buat hal ke ah sudah! masing-masing nak tuding jari pada pihak-pihak lain. memanglah sepatutnya tanggungjawab sepenuhnya terletak kepada ibu bapa mereka. tapi diri sendiri pun tak kan tatau lagi tanggungjawab pada diri sendiri. itu satu hal. ermm sikit-sikit nak salahkan mak ayah…sikit-sikit nak salahkan mak ayah. manja bebenor remaja sekarang ni. kalau di sekolah pulak nak salahkan cikgu. adohai…kadang-kadang mak ayah pun satu selalu jadi penyokong anak membabi buta. apa kes lak tu? adohai korang ni. nak Tuhan kasi bala kat Negara kita ni ke baru nak ingat Allah dan tanggungjawab masing-masing ke?!!!
kita beruntung daripada Negara-negara lain. tapi ada pernah ke korang terpikir sekiranya kita duduk dalam Negara yang tengah porak-peranda sekarang ni? pernah ke korang letakkan diri korang dalam situasi seperti itu? mesti tak pernahkan? yang korang tau merdeka! merdeka! merdeka tapi tak sedar yang diri sendiri sebenarnya masih lagi dalam jajahan. bukan jajahan mana-mana pihak tapi dijajah oleh hawa nafsu sendiri. bebaskan diri korang semua dulu dari jajahan hawa nafsu sendiri baru layak nak laung merdeka! merdeka! merdeka! ingatlah! ape² pun kita tetap hamba Allah. kita tetap seorang hamba! <<jangan sesuka-suki je nak salahkan pihak lain. salahkan diri sendiri dulu. baru betul! Nak santapan jiwa atau kerohanian aku promote kat korang siaran oasis channel 106. astro….(korang agak-agak bilalah astro nak ambil aku bekerja dengan dorang ek…asyik promote astro je hhaahaa…)

0 comments: