Wednesday, November 5, 2008

~ Angelina jolie versi Malaysia ~

erk?!!! semacam je topic kali ni. tapi tak ape aku harap sangat korang layan je ek…
cerita dia macam ni...

# hari selasa bertarikh 23hb September 2008

tengahari pukul jam dua belas setengah aku pergi sibu dengan sepupu aku si putry kyriena. adalah sahabat² sekerja aku kirim kain batik utk aku belikan. alah..untuk majlis penyampaian sijil dan hadiah hujung tahun ni. ( ni yang si achmal kata aku awal sangat beli kain ) kawan aku seorang lagi ni mintak tolong aku bawakan skali baju raya saudara dia. aku on je. aku gurau lah dengan dia. alah apa kata kau kasi aku mms gambar dia senang aku nak cam dia nanti. sumpah! aku memang tak kenal langsung saudara dia. apalagi si kawan aku ni tadi dia bitau bebetul ngan saudara dia. ah sudah …!terkejut aku dapat mms tghari tu. nasib baik depan kawan aku sendiri. hhahaaa…aku tanya ni ke saudara ko dia jawab ha’ah betul le tu…sebenarnye aku takde niat nak mintak dia mms betol2 tak sangka pulak bebenor dia antor…aku kan suka sakat orang hahhaa…

kisah dalam express pulak dlm express tu panas sangat sangat sangat tapi tak dapat celen api neraka lah…aku dengan si putry ni tadi bisinglah dah tau econ tak jalan nape tak bukak je pintu. lepas tu topic kitorang bualkan pasal tambang express naik ke rm20. ape daaaa harga minyak turun pun nak naik jugak ka. kalau express macam laris manis berbaloi jugak lah nak bayar doploh ni tak adohai…mesti cikgu² aku dari semenanjung terkejut bila baca pernyataan aku di sini. betul ni…tapi khabar angin je lah. sebab tambang ke sarikei dah naik rm18. sedangkan jarak antara dari daro ke sibu dan dari daro ke sarikei tu jauh bezanya. ke sibu lebih jauh dari ke sarikei. ke sibu lebih kurang 2 jam je sekarang kalau naik laris manis lah dan ke sarikei ambik masa sejam setengah..ape kes nak naik mendadak macam tu? tapi dengar cerita transport ke sarikei tu Cuma satu syarikat je yang pegang. ke sibu ada byk syarikat…tatau lah sejauh mana betul ke tidak cerita ni…bukan takat econ je kekdg ampeh tapi sekali ngan tempat duduk pun adohai kok ye pun cat le baru express tu. pahtu tukar le sarung kuesyen tu ya ampun…tak paham betol aku!

sampai di sibu wahhhh naik kereta baru. naik vios. si putry baru beli. malam tu abis je cerita kautsar malam tu aku dengan sepupu² aku pergi cucuk dinding.( amik duit lah ) kat farley! punyerlah ramai manusia yang berjemaah kat situ termasuk aku ngan sepupu² aku ni. time cucuk dinding terkejut aku bile duit cecah rm sejuta fuyoh! cemaner tu…aku dah jadi jutawan segera malam tu jugak…jadi aku tanpa pikir panjang aku ambik separuh daripada sejuta tu…kira separuh juta aku simpan dulu takut over budget. ( tapi memang over dah pon! ).

kedai pertama kitorang serbu kedai bollywood..amacam gempak tak?hhaha takdelah sampai rani mukherjee atau kajol atau aishu yang jaga kedai tu…hhaha tujuan aku takde lain aku nak cari tudung raya. adalah jumpe tiga helai tudung ni memang sesuai untuk baju raya aku..aku rembatlah harga pun dalam 15 ribu rupiah je ..ade ke patut kakak kat situ suruh aku beli tudung belit² ntah apa² entah tu…aku tau tudung tu mmg trend skrg lah. tapi aku tak berkenan takut mati tercekik wakkakaa….
yang aku tak paham macammana tudung datok k pun ada jugak? datok k pakai tudung ke? alahai meriah sgt berlian kat tudung tu tak sanggup aku wakkakaka…

abis duit kat kdai tudung kitorang naik itu farley aku beli kad rayo 2 keping je. sekeping yang besar dan bermusical utk kenalan pempuan aku dr blog abg kepek ( cuba teka sape yang bertuah tu! post kat komen kalo dapat aku kasi sampul surat kusun je nanti yang bersetem kan tiga posen) dan yang satu lagik cute memanjang untuk encek abang…( malam tu jugak aku tulis weyh! ) tak cukop masa dah hhaha… dan sepeket aku beli utk kekawan aku lah…

tapi yang pasti lepas kol doblas malam aku col si RUDZl dulu bitau dia aku nak col “seseorang” jap! ( aku agak² RUDZ masih dlm terkejut masa tu..tu pasal cakap tak berapa nak jelas hhaha ) lepas tu terus col “seseorang” sampai jam dua. lepas tu baru tidow ..wah! hari tu jugak dia sindir aku col macam byk kredit je..erkk memang pun baru lepas topup hahhaha…bangun dalam pukol 3.setengah lepas tu tolong sepupu aku sediakan juadah untuk bersahor abis je semua keje tu…aku kemas² sinki dan cuci segala-gala yang perlu di cuci dalam sinki tu. sedar tak sedar jam dah dekat 6 pagi. dalam pukul 6 lebih baru aku mandi. lepas mandi aku layan enpon. lepas tu aku ngan sepupu aku pergi pos opis utk uruskan borang entah ape2 entah berkaitan dengan minyak kot hhahha dan sekaligus nak pos dua kad raya ni…korang tekalah sapa kawan perempuan aku tu dari blog cekgu kerepek…sile kasi jawapan anda di post comment di bwh!

jgn lupe letak emel anda sekali untuk dihubungi…hhehe

dpd pukol 8 sampai pukol 9 duduk je dalam pos opis sampai aku kata pada sepupu aku .. erk aku rasa kesian kat orang jaga kaunter sana tu ape kata aku apply je keje sementara untuk hari ni je kat sini. dia sokong abis²an hhaha… dah tu pulak aku memang tak selesa kalau orang pandang dan senyum² bile tengok pada kami macam ada yang salah pada pakaian kitorang je. grrrr….geram nye… tau lah ada mata toksah lah pandang macam tu sangat! kita bukan artis nak kene tengok macam tu sangat adoyai…
abis daripada pos opis aku ngan sepupu aku berziarah pulak ke star daesim kedai kain nak carik kain batik tu. tapi sempat pulak singgah ke Watson huhuu sampai kat Watson carik lip gloss tapi ampeh tak jumpe kaler yang sama jadi aku ngan putry postpone dulu nak beli hhehe…

sampai kedai kain wahhhh jumpe alhamdulillah tapi terkejut tengok kain batik tu harga rm56..batik Malaysia new arrival huhuu..lepas tu kitorang lepak parkson banyak gak yang aku beli kat situ tapi aku rasa tak perlu lah aku senaraikan ye.. yang pasti semua tu untuk keperluan aku harian dan semasa untuk turun kerja. heheee.. jadi ianya yang perlu² sehaja hhahaa…sampai sweater pun aku tak jadi nak beli walau dah di seru si putry hhaha…tak apalah tak penting sangat! korang nak tau…kat situ jugak aku pergi public book dan mata aku masih terpaku pd buku zikir² cinta kalau tak silap aku. tapi aku tak senaraikan dalam bajet aku. jd aku postpone dulu.

abeh je agenda soping kat situ aku ngan sepupu aku tunggu abang taz ambik. time dah masuk dalam kereta aku rasa betul² badan aku jadi berat sesangat dan terasa ada butterfly dalam perut aku adohai…aku betull² rasa nak muntah..tetiba aku tanya kat sepupu aku kalau aku muntah sekarang batal ke puasa? dia jawab batal lah. jadi aku ambik minyak vicks tarok kat dada aku dan belakang aku lepas tu letak kat tisu wah .. dah jadi penghidap minyak vicks lak.alahai….baru lah rasa mual aku hilang…kitorang ambik kakak ipar aku dan terus ke rumah kawan dorang kot. abis urusan kat situ terus pergi rumah pakcik antar sepupu aku dan ambik barang² aku kat situ…
tetapi sesuatu sudah terjadi perut aku terasa semakin aktif butterfly masuk simpang depan rumah sepupu aku, aku bukak pintu tetapi masa tu abang aku tak berhentikan kereta lagi aku betul² dah tak tahan… aku nak terjun tapi kereta abang aku tak stop lagi tengah carik tempat parking yang terbaik. pintu masih terbuka… aku rasa time tu badan aku dah lemah sesangat dah…hanya Tuhan je yang tahu ape aku rasa masa tu…nak diikutkan memang dah tipis sangat dah time tu dan aku rasa puasa aku hampir² tak dapat diselamatkan. tapi gara-gara tak nak surrender macam tu je lah aku dok bukak pintu kereta.

perhatian: bukan tingkap kereta tapi pintu kereta….

nasib baik tak tershampak kluar daripada kereta. kalau tershampak…adoyaiiii bukan kata pecah puasa je aku dapat mungkin.. itulah aksi stunt pertama yang aku cube buat puasa kali ni….dulu time terkurung dalam toilet..puasa tahun lepas…harharhar…
sampai je kat dalam rumah pakcik dalam bilik aku sapu minyak vicks byk² lebihkan kepada kawasan paru² jantung hati dan tulang belakang aku…hhahaah satu rumah ketawa dengan aku. dah lah berjalan malam td pun hang jugak petang tu lagi terok rupanya…time tu aku tak pikir lain. ape aku nak cepat mengalah. sedangkan orang yang idup kat tempat yang kekurangan bekalan makanan lagi teruk kehidupan mereka … aku baru je kene uji sikit macam ni pun dah lembik…lepas tu baru aku lega…aku settlekan semua kerja aku dulu…masuk dalam kereta aku mintak abg aku bukak tingkap…aku memang tak pokus langsung kakak aku dgn abang aku bercerita pasal rahmat mega berbuka puasa di rumah mereka…xde masa aku nak layan sangat hahha…
sampai di rumah aku terus memengsankan diri aku..tak larat dah aku nak buat apa² aku betul² perlukan tidur yang secukupnya…dan rehat yang secukupnya…

korang nak tau ke ape cerita selepas itu…

aku tidur tak lama lebih kurang sejam lebih je hhahhaa…tak lama lah tu weyh..aku bangun pukol 5 aku rasa badan dan kepala aku dah ringan sedikit alhamdulillah…sah betul lah aku tak cukup rehat kan?!!! bukan masalah lapar…tapi darah aku tak stabil aku rasa…itu pun aku tidur selepas aku mandikan diri aku kejap…segar je sikit rasa badan aku lps bgn tidur…jadi selesai keje aku yang keseterusnya aku turun ke bawah dan sembang dengan ibu. tak lama lepas tu time aku tlg cuci pinggan tetibe je abang dgn kakak aku sampai. akak tanya keadaan aku…aku kata okay je ni. takde ape² bile dengar azan petang tu….ucapan pertama aku syukur alhamdulillah terselamat gak puasa aku…biarpun dah sampai tahap nyawa-nyawa ikan…sebab tu aksi dalam kereta tu lah yang buat RUDZ kata aku ni Angelina jolie versi islamic adohai..memacam tol dia tu…
mlm tu lepas isyak kitorang g posing² lagik di farley wahhhh sha belikan baju raya tau utk abg sha hhehe,… tapi abang taz yg tolong bayarkan .. abg taz tak kasi sha bayar nak wt cemaner…hhehe…

alahai kakak aku siap promote lagi aku ni single ngn kazen dia. ade satu lagi tau..aku dok layan si arif ( ank buah aku) main ikan yang dapat berjalan tu .. ibu dia dah bising dah mintak dia main kat tepi…jgn main kat tengah² jalan kan…tapi dia main jugak tu pasal aku kene layan dia. takut ikan dia terlepas lari jauh hehe…aku cakaplah dengan akak aku kalau macam ni tak jadi orang nak pikat aku ni sebab dorang tengok aku pun dua kali lima macam si arif ni gak hehee…akak pun gelak sama…
tak lama lepas tu kitorang pun kluar dari kawasan tersebut…
cerita esok hari nya pulak aku balik sempat lagi tau beli kambing hhehe…mesti nameless_one tergelak ni..leh p cek kat blog dia siapa budak nazlie ni hhaaa…nama blog dia nameless pada link kekawan aku….

perhatian; tak mampu aku nak angkot kambing betul jadi aku angkut daging dia je lah hhaha...

sampai di wharf masuk dlm express sebab panas sgt last2 aku naik ke wharf balik tapi yang aku tak paham kenapa hari ni aku jadi perhatian dorang…aku rasa macam ada yang tak padan je ngan aku tapi aku buat dek je…

dlm express sempat main ngan baby kat sebelah aku..hehe…time dh separuh perjalanan baby tu nangis sbb panas jd mak dia bw pindah ddepan tapi yang pasti ayah dia letak anak dia yg sorg lagi kat sebelah aku… tengah tidur..cute bile tengok dia gelak dalam tidur. ayah dia kata dia memang selalu ngigau hehehhe lupe nak tanya nama. tapi si kecik tadi nama dia dina. orang daro juga….time nak naik ke wharf tu aku terpaksa angkat sorang beg besar dan beg sederhana dan beg kecik aku serta bungkusan daging kembing tu…amacam….terror tak…malas aku nak kasi duit ngan bebudak yang angkat barang nanti.. dorang gune beli rokok tak nak lah subahat. lepas tu sampai kat atas kawan² aku dan aku berbagi harta kain batik tu tadi hehe.. jadi akhirnya abislah cerita percutian aku hehe sekarang aku nak balik kpg tian matu babai semua

0 comments: