Saturday, June 30, 2007

JANGAN DAN JANGAN

1.Jgn mencari kemurkaan Allah. Akibatnya membawa padah rosak binasa dan seksaan
yg amat dahsyat.
2.Jgn sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
3.Jgn masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki.Takut kalau2 terbawa keluar najis
dan mengotori seluruh kediaman kita.
4.Jgn mkn & minum dlm bekas yg pecah atau sumbing.Hukumnya makruh dan Rasulullah
tidak menyukai kerana membahayakan.
5.Jgn biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi
kepapaan.
6.Jgn tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana dipagi hari itu pintu
berkat sdg terbuka dan malaikat rahmat sdg menaburkan rezeki kpd manusia. Siapa yg
lambat bangun mereka hanya dpt sisa2 rezeki yg telah direbut oleh makhluk yg lain.
7.Jgn makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa mkn. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Syaitan pula akn meninggalkan sisa2 mrk yg kotor dan najis mrk di atas makanan
tersebut. Jadilah makanan itu mknn yg kotor pd batinnya dan terhindar pula dpd
keberkatan serta rahmat yg ada dlm makanan tersbt.Jadi mohonlah keberkatan ke atas
rezeki itu kpd-NYA.
8.Jgn keluar rumah tanpa niat utk membuat kebaikan. Takut2 mati dlm perjalanan dan
perjalanan yg kita lakukan itu menjadi sia2 tanpa mendpt keredhaan-NYA. Maka akan
terhalang dpd mendpt pahala.
9.Jgn pakai sepatu atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
10.Jgn biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
11.Jgn menangguhkan taubat bila berbuat dosa krn mati boleh dtg bila2 masa.
12.Jgn sombong (ego) utk meminta maaf pd ibu bapa dan sesame manusia kalau mmg kita
bersalah.
13.Jgn mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahgia.
14.Jgn lupa BERGANTUNG KEPADA ALLAH dlm setiap kerja kita. Ia mengelak kita dpd
sombong apabila berjaya kalau gagal, menjadi kecewa pula. Lagipun segala-gala yg
berlaku adalah di ats kudhrat dan iradhat-NYA. Tambahan pula ia ada kaitan dgn
Qada’ dan Qadar. Mudah2an kita terhindar dpd tercebur dlm golongn manusia
qadariah dan jabariah.
15.Jgn bakhil utk bersedekah. Sedekah itu memanjangkn umur kita dan rezeki itu
dtgnya dpd Allah. Allah lah yg menentukan kadar rezeki. Allah s.w.t juga berjanji
1X kita bersedekah 10X ganda Dia akan membalasnya. Jadi apa yg hendak ditakutkan
utk bersedekah?
16.Jgn banyak ketawa nanti mati jiwa dan hati menjadi gelap. Kalau senyum tidak
mengapa, ia merupakan sedekah dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
17.Jgn biasakan berbohong, krn ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih org
kpd kita. Sekali kita berbohong, maka akan timbul pula 100 pembohongan selepas
itu, utk menutup satu pembohongan tadi.
18.Jgn suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yg teraniaya cepat
dimakbulkan Allah s.w.t.
19.Jgn terlalu susah hati dgn urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di
sana lbh lama dan kekal selamanya.
20.Jgn mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.Allah s.w.t lebih tahu apa yg terbaik utk hamba ciptaan-NYA.
21.dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, nanti dilaknat Allah s.w.t.

* masalahnye skrg umat kita sndiri yg merasa kebebasan mereka tersekat dek kerana byk nye perkataan JANGAN digunapakai dlm agama kita. Tak kiralah agama apa seseorg itu. Jadi mulai dr sekarang jgn le byk songeh yer sbb rezeki kite ni dtg nye dpd Allah s.w.t. hanya DIA yg lebih tau apa yang terbaik buat kita.

“ Wahai orang2 yg beriman, jika kamu bertakwa kpd Allah nescaya Allah akan mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan semua kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yg besar”. ~ surah al-anfal:29 ~

0 comments: