TEMUDUGA
SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. ahli syurga dari awal
b. ahli neraka dari awal
c. ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga
4 GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A)
1. nikmat kubur
2. perlindungan di padang mahsyar
3. keselamatan meniti titian sirat
4. syurga kekal abadi
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara langsung, bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA
Di dalam kubur (alam barzakh)
KELAYAKAN
- anda tidak perlu membawa sijil-sijil
- anda todak perlu bawa pingat
- anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak
- anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi
~ sila bawa dokumen asal IMAN dan AMAL.
PANEL TEMUDUGA
Mungkar dan Nakir
6 SOALAN BOCOR:
1. siapa Tuhan anda
2. apa agama anda
3. siapa nabi anda
4. apa kitab anda
5. di mana kiblat anda
6. siapa saudara anda
CARA MEMOHON:
Anda Cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang tertentu dan akan bengis kepada orang tertentu.
Ia diberi nama IZRAIL.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya apabila jenazah itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnye ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat seorang itu muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya di sebelah kanannya, zakatnya di sebelah kirinya, amalan kebajikan dpd sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Dia akan didatangi malaikat dr aras kepala, maka solat itu berkata: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, puasa berkata : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri lalu zakat berkata: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat mendatangi dr arah kedua-dua kakinya lalu kakinya berkata: dibahagian ku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat pun berkata kepadanya:Duduklah kamu. Kpdnya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya: Apakah pandangn kamu ttg seorg laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap ttgnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka mayat itu pun menjawab:Tinggalkan aku sebentar, aku hendak solat. Maka berkata malaikat itu: sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jwb pertanyaan aku dahulu. Apakah pandangn kamu ttg seorg laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap ttgnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka mayat itu berkata: Laki-laki itu (Muhammad) s.a.w dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.
Maka berkata malaikat: Demikianlah kamu dihidupkan dan dimatikan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di hari akhirat. Insya’Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira ayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.”
Nampaknya pertahan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).
Wallahu~a’lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini………
* amacam suspen ker? ntah2 korang ingt ni td psl temuduga aku yer…ni aku dpt dr dlm diari islam 2007 … gempak beb….saje nk share ngn korang.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment