Thursday, September 13, 2012

Kalau Dah Rezeki Memang Tak Ke mana !!!

saya bukan nak bercerita tentang Rezeki yang lebih kepada jodoh. Tapi saya nak stori sikit pasal rezeki makan ni ...memang rezeki makan betul-betullah.

Beberapa tahun yang sudah ...
aku jenis liat sikit nak ganti puasa awal-awal. tak sah selagi tak masuk bulan sya'aban selagi tu tak ganti puasa.

bermula 2 tahun lepas. aku mula berjinak-jinak ganti puasa semasa dalam bulan syawal. selalu jugalah bersembang bercerita pasal qada' puasa dengan puasa sunat 6 ni. Macam-macam persoalanlah yang keluar.

Bila ditanya pada aku. aku senang je jawab ... kalau tak pasti kau jangan buat. melainkan kau betul-betul pasti benda tu dapat buat 2 in 1 ke tidak. tapi bagi akulah kan ... tak samalah nak puasa sunat ngan ganti ni. sama macam kita qada' solat fardhu ngan buat solat sunatlah. niat saja dah lain-lain ...

maka...malam itu aku pun menggoogle dan terserempak dengan satu artikel ni ...
ustaz tu habaq lain-lain ... takda campur-campur macam 2 in 1.

ada juga yang tanya ... yang mana nak buat dahulu..yang mana nak buat kemudian. sepatutnya memang kena buat qada' dulu kemudian baru yang sunat. tapi kalau macam kes perempuan ni... takut tak sempat nak buat yang sunat dulu ... buatlah yang sunat dahulu kemudian yang qada' ....

dan tahun ini sekali lagi isu itu timbul ...
kali ini perbualan diantara famili-famili pula. buat yang sunat dulu... kemudian  baru buat yang ganti. sayang juga juga pahala sunat jika tak direbut...sebab yang ganti .. bulan lain pun boleh. itu ustaz dalam tv habaq.


lepas tu ibu tanya saya :
su ... puasa dah habis belum?

aku jawab:
puasa ganti habis dah ... esok mula puasa sunat. saya punya target hari jumaat minggu depan nak beraya insyaAllah

ibu:
untunglah dapat ejas masa ....

aku jawab: untung memang untung ... tapi kali ni tak boleh delay dah flight... sehari delay ... tak cukup 6 la puasa :D

Ha Ha Ha

Seingat aku juga ... sepanjang aku berpuasa memang tak ada jemputan untuk menghadiri mana - mana majlis ramah tamah. bila aku berehat hari tu sebelum nak buat puasa sunat... baru ada jemputan untuk ramah tamah. tapi memang bukan rezeki aku lah nak makan ayam pansuh order dari sibu hari tu. sebab aku terpaksa gerak ke sibu sebelum majlis bermula. jadi aku cuma ambik gambar saja. kemudian hendak dijadikan cerita ... esok harinya pula aku mula berpuasa sunat dan tak sangka pula ibu masak ayam pansuh ... walaupun tak masak dalam buluh nikmat puasa tu yang buatnya rasa sedap macam masak dalam buluh.

kisah kedua:
semua kitaorang kawan-kawan sekerja diberitahu ada taklimat dan ramahtamah di dewan kemas hari isnin ni tadi. itu haripun aku puasa. sekali datang ke dewan kemas. tak ada makan-makan pun ... cuma taklimat untuk ramah-tamah hari jumaat ini ... tak sangka pula Hari Jumaat ini aku betul-betul beraya.

jadi secara tak langsung niat aku nak beraya dengan kawan-kawan sekerja aku tercapai. sebab aku dah niat dah hari tu ... ada rezeki ...aku ingat aku nak buat raya raya sikit hari jumaat ni ngan kawan-kawan sama kerja aku perempuan. pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya ni . syukur Alhamdulillah.

NOTA: Bila kau nak buat sesuatu yang baik. niat kau memang dah baik. cara pun tak menyalahi batas agama. kau jangan takut. kau buat saja... paling penting yakin Allah akan mempermudahkan semua urusan kamu. dan buat kerana Allah. bukan nak menunjuk-nunjuk. InsyaAllah dari situ kau akan dapat kekuatan. daripada kekuatan tu nanti sikit pun kau tak kan kesal dengan apa yang dah berlaku. sebab kau dah serahkan semua urusan pada Allah. itulah orang kata... kalau dah rezeki memang tak ke mana.

2 comments:

Anonymous said...

Thn nh mcm xsempat habiskn puasa enam. Mcm mna?

sha83@kaizer said...

mcm tak sempat ke memang tak sempat moi chan :)

ada orang kata ... niat tu yang penting ...
tapi lagi penting jika niat disertai usaha yang bersungguh - sungguh
pasti Allah bagi jalannya :)

tahun depan usaha lagi andai kesempatan beraya kita masih dapat rasai ...