Thursday, September 27, 2012

Ingat Ke Tak Ingat ?!!!



saya dah mintak izin tau .... terima kasih Lisa surihani .. opsss silap taip ... Lisa ...

Tengok gambar ni terus teringat pada si Ayu. Tapi tak berapa nak ingat sangat Ayu yang mana satu agaknya ... Idayu Sari ke ataupun Ayu Gojes...

Memang sebijik opsss... silap lagi ... memang sama seperti seekor ni la kura-kura si Ayu hari tu . Ada 2 ekor semuanya. Yang seekor rasanya milik kawan saya yang seorang lagi ..yang seekor lagi milik si  Ayu ni tadi. Entah macammanalah yang seekor tu ajal ia dah sampai ...

maka kami pun kuburkanlah disekitar bangunan blok asrama perempuan. tapi tak adalah siap dengan talkin sekali.

yang seekor pula yang tinggal kesian pula tengok ... dah tinggal seekor-sekor memang sadis yang ia rasakan. Yang pastinya Ia monyok sepanjang hari. tak nak makan, tak nak minum. Rasa kasihan buat kitaorang dah  rancang nak beli lagi seekor lagi kekura.

tapi.... tapi ... tapi....

beberapa hari kemudian Ia pun menyusul sekali. yang pastinya dua ekor kura-kura tu hayatnya tak sampai seminggu pun duduk dengan kami... ishk ishk ishk .... macam tak percaya sajakan?!!! Kemudian yang seekor tu pun kami kuburkan sebelah kubur kura-kura yang memula pergi tadi.

Baru je rancang nak bela yang lain ... tetiba ada suara mencelah :

" toksah lah bela apa-apa lagi dah...menganiaya haiwan betullah..."

untuk seketika keadaan sunyi sepi . Serius bagitau ni memang rasa berada di kawasan tanah perkuburan yang sebenar saja !!!

NOTA: terima kasih buat kawan saya tu ... kalau tak entah berapa ekor dan spesis apa pula yang menyusul kemudian jika diteruskan juga rancangan tu :D Yang ini aku ingat .... Moore yang berbahasa !!! kikiki !!! Thanks Moore !!! atau yang punya kura-kura itu hari ... Emi dan Noor ... aishhh serius ni saya tak ingat :'(

Tuesday, September 25, 2012

4 Kali Sehari ya ....Bahagianya Hidup !!!

Saya masih tercari - cari cincin yang seperti yang ini ...

Mana nak cari ya ... tak kiralah harganya seposen ke duoposen ke... tigaposen ke... tapi memang berbahagialah kalau ada cincin ni balik :D

Apalah sangat kan kan kan ~~~

Tak syoklah sekarang ni. Saya asyik rasa lapar saja ... pelik betullah ... musykil pun ada juga ni. Nampaknya perlu ke saya kena makan 4 kali sehari ni ...  haishhh !!!


Macammana ni Opet ?!!!  Mesti Opet tak lena tidur sekarang sebab tetiba saja aku teringat kat Opet huk ...huk ...huk !!!! Yang pasti sekarang ni saya harus selongkar dapur juga ...Lapar sangatlah T___T ...O.K !!! mulai esok 4 kali sehari ya ... bahagianya hidup !!!

Antara Single Dan Penamatan Status Single

Zaman sekarang ni kekerapan melarikan diri daripada famili semata-mata nak join dalam hidup seorang lelaki semakin menjadi-jadikan ?!!!

muda-muda lagi dah suka buat marathon :)...

Bila fikir secara mendalam topik entri ini berdebor je rasa ni. Tak tahu sempat ke tidak nak tamatkan status single ni.

sekarang jangan fikir diri saya ... mari kita fikir bersama-sama...

Manusia ni ... memang akan lebih tertarik dengan hal-hal yang baru. Tak kiralah apa bentuk pembaharuan yang mendatangi. yang pasti ... kita tetap manusia...

Jangan kata pula ...

ala .. hidayah tak sampai lagi lettew ...
tu pasallah haru biru ...

Tapi fikirlah ... apa yang kita dah buat untuk tarik perhatiannya ke arah yang lebih baik.

kalau umur yang sekitar macam saya ni yang buat hal mengikut lelaki saya faham ... mesti anda risau takut nanti takda siapa -siapa yang nak kan anda. Tambahan mungkin juga tekanan dari sekeliling anda. yang sibuk nak tahu bila penamatan status single anda.

Tapi yang aku musykil bila adik adik yang bawah umur yang buat.

kadang-kadang terfikir juga...best sangat ke berkahwin ni sampai ada yang sanggup lari dari rumah ketepikan restu keluarga segala...

mungkin juga dikalangan kita akan ada yang berkata ... awak bukan dalam situasi saya lagi sebab itu awak ikut sukahati awak je nak menaip. itu ... saya tanya sajalah ... bila tanya dengan yang dah kawin memanglah mereka ni menjawab seronok ... sebab saya pernah tanya. setakat ni tak adalah jawapan yang tak seronok...setakat ni lah ... tak tahulah beberapa tahun akan datang.

hakikatnya single tu memang best sebenarnya ... tapi ramai yang tak sedar sebab kita didedahkan dengan kehidupan bercouple. tapi dah bernikah lagi best... sebab di mana mana pun kita pergi mesti ada yang temankan. Rasa lebih selamat.

selalu sangat berdepan dengan pengalaman menakutkan bila berjalan seorang-seorang di tengah-tengah bandaraya.

Manusia ni bersifat buat dan menyesal. bila single nak bercouple. dah bercouple nak single. bila tengok orang kahwen rasa nak kahwen pulak. bila dah kahwen rasa nak single balik. kenapa jadi macam tu? itulah nafsu. selalunya yang baik-baik .. ia akan bawa anda ke suatu kehidupan yang lebih positif. kalau awal-awal dah bagi negatif ... fikir-fikirkanlah ... kalau anda pula yang berjaya bawak dia ke kehidupan yang lebih positif syukur Alhamdulillah. tapi kena ariflah ... arif tu penting ... supaya tak mudah terjebak. zaman sekarang teknologi sangat canggih. sebab tu kena hati-hati.

ada yang akan bangkang itu bukan nafsulah tapi fitrah... dalam fitrah tu memang terselitlah nafsu sekali.

Buat diri saya sendiri ...
single ni pun elok juga sebenarnya .... mudah nak perbaiki diri, lebih banyak masa dengan Allah, dengan famili sendiri dan dengan kawan-kawan ... tak perlu risau ada couple ke tidak...sekurang-kurangnya Allah dah lepaskan kita dari satu beban ataupun tanggungjawab. syukur Alhamdulillah. bukan senang tahu nak lepas free ... he he he

betul .... mata kita sentiasa tersantap dengan hal-hal yang indah. baik dari segi rupa, budi bahasa, tutur kata dan sebagainya. lepas free ni tadi maksudnya hal-hal yang indah itu tak mampu nak buat kamu jatuh cinta pada seseorang tu.

Nota: jangan biarkan hidup anda dikongkongi dengan alasan itu adalah fitrah. fitrah tetap fitrah ...nafsu tu lebih ke tidak ? Misterikan?!!! sebab kita tak boleh nak ukur mana satu tahap fitrah mana satu tahap nafsu... kalau kita dapat ukur ... tahap kosonglah kes-kes tak elok dalam dunia kita ni.

Sunday, September 23, 2012

Tuju Untuk Kekawan Saya :D


Saturday, September 22, 2012

Me vs Novel !!!

 



o.k entah berapakali saya dah habiskan masa dengan baca novel ni. Dulu aku tengok bersiri juga novel ni. Entah sejak bila pula dah tak ada dalam pasaran. Novel ini bukan milik saya. Dan ini juga merupakan kali kedua untuk saya meminjam novel ini.

Ini adalah sebahagian daripada koleksi anak buah saya ... adik siti Nurhidayah binti Zinal Abidine. Masa aku pinjam novel ni daripada dia ... seingat aku keadaan dia dah agak tenat ketika itu.  Yang pastinya sekarang dia dah pergi.

Secara tak langsung teman sepencarian novel aku pun hilang dah. Bila dia dah tak ada...aku mula kurang memerhati novel-novel dipasaran yang sedia ada sekarang.
Tetapi bila aku dah beli memang lebih kepada borong.
siap sedia je RM100 lebih untuk terbang.

Pertama kali aku baca novel. Entah macammana aku boleh terbayangkan watak satu persatu dalam novel ini dengan wajah beberapa pelakon yang tak adalah berapa nak glamor sangat. Tapi ..masih boleh pergi lagi agaknya ....

sekarang jam pun dah cecah 12:43 am. jadi aku rasa nak buat kerja lain dulu.
iaitu mencari wajah-wajah yang aku bayangkan secara tak langsung mengiringi perjalanan pembacaan novel GTO ni.

Friday, September 21, 2012

Kisah Sebelum Raya




















Nota: gambar ni diambil 2 malam sebelum raya kot ... Tak semua gambarnya ni dalam satu malam ... campur-campur ... perjalanan dari Matu Ke Sibu .... sehinggalah ke malam kedua dekat nak raya dah :P

Monday, September 17, 2012

Perlukah Aku Berubah ?!!!

O.K saya memang jarang join aktiviti macam ni. Bila "terjoin" pagi tadi rasa rindu pula dengan zaman kolej.

Sepanjang perjalanan tadi tertanya-tanya ...
apa perlu untuk saya berubah ?!!!

dan jawapannya adalah ya !!!

memanglah...tak akan ada sesiapa nak halang kita daripada berubah daripada yang tak berapa nak elok ke arah yang lebih elok dan molek ...

memang betullah iman tu kadang - kadang ada turun dan ada naiknya ... nampak payah saja nak panjat balik ..... tapi tak apa ... aku percaya akan ada jalannya InsyaAllah .... cuma sekarang samar-samar belaka!!!

Nota: dalam dunia ni satu hal saja yang aku paling takut. aku tak takut jika aku mati seorang diri. tapi aku lebih takut ... jika Allah palingkan hati aku daripada NYA dan mematikan aku dalam keadaan sedemikian... semoga Allah jauhkan kita semua dari segala hal yang boleh memalingkan iman kita ...

Thursday, September 13, 2012

Kalau Dah Rezeki Memang Tak Ke mana !!!

saya bukan nak bercerita tentang Rezeki yang lebih kepada jodoh. Tapi saya nak stori sikit pasal rezeki makan ni ...memang rezeki makan betul-betullah.

Beberapa tahun yang sudah ...
aku jenis liat sikit nak ganti puasa awal-awal. tak sah selagi tak masuk bulan sya'aban selagi tu tak ganti puasa.

bermula 2 tahun lepas. aku mula berjinak-jinak ganti puasa semasa dalam bulan syawal. selalu jugalah bersembang bercerita pasal qada' puasa dengan puasa sunat 6 ni. Macam-macam persoalanlah yang keluar.

Bila ditanya pada aku. aku senang je jawab ... kalau tak pasti kau jangan buat. melainkan kau betul-betul pasti benda tu dapat buat 2 in 1 ke tidak. tapi bagi akulah kan ... tak samalah nak puasa sunat ngan ganti ni. sama macam kita qada' solat fardhu ngan buat solat sunatlah. niat saja dah lain-lain ...

maka...malam itu aku pun menggoogle dan terserempak dengan satu artikel ni ...
ustaz tu habaq lain-lain ... takda campur-campur macam 2 in 1.

ada juga yang tanya ... yang mana nak buat dahulu..yang mana nak buat kemudian. sepatutnya memang kena buat qada' dulu kemudian baru yang sunat. tapi kalau macam kes perempuan ni... takut tak sempat nak buat yang sunat dulu ... buatlah yang sunat dahulu kemudian yang qada' ....

dan tahun ini sekali lagi isu itu timbul ...
kali ini perbualan diantara famili-famili pula. buat yang sunat dulu... kemudian  baru buat yang ganti. sayang juga juga pahala sunat jika tak direbut...sebab yang ganti .. bulan lain pun boleh. itu ustaz dalam tv habaq.


lepas tu ibu tanya saya :
su ... puasa dah habis belum?

aku jawab:
puasa ganti habis dah ... esok mula puasa sunat. saya punya target hari jumaat minggu depan nak beraya insyaAllah

ibu:
untunglah dapat ejas masa ....

aku jawab: untung memang untung ... tapi kali ni tak boleh delay dah flight... sehari delay ... tak cukup 6 la puasa :D

Ha Ha Ha

Seingat aku juga ... sepanjang aku berpuasa memang tak ada jemputan untuk menghadiri mana - mana majlis ramah tamah. bila aku berehat hari tu sebelum nak buat puasa sunat... baru ada jemputan untuk ramah tamah. tapi memang bukan rezeki aku lah nak makan ayam pansuh order dari sibu hari tu. sebab aku terpaksa gerak ke sibu sebelum majlis bermula. jadi aku cuma ambik gambar saja. kemudian hendak dijadikan cerita ... esok harinya pula aku mula berpuasa sunat dan tak sangka pula ibu masak ayam pansuh ... walaupun tak masak dalam buluh nikmat puasa tu yang buatnya rasa sedap macam masak dalam buluh.

kisah kedua:
semua kitaorang kawan-kawan sekerja diberitahu ada taklimat dan ramahtamah di dewan kemas hari isnin ni tadi. itu haripun aku puasa. sekali datang ke dewan kemas. tak ada makan-makan pun ... cuma taklimat untuk ramah-tamah hari jumaat ini ... tak sangka pula Hari Jumaat ini aku betul-betul beraya.

jadi secara tak langsung niat aku nak beraya dengan kawan-kawan sekerja aku tercapai. sebab aku dah niat dah hari tu ... ada rezeki ...aku ingat aku nak buat raya raya sikit hari jumaat ni ngan kawan-kawan sama kerja aku perempuan. pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya ni . syukur Alhamdulillah.

NOTA: Bila kau nak buat sesuatu yang baik. niat kau memang dah baik. cara pun tak menyalahi batas agama. kau jangan takut. kau buat saja... paling penting yakin Allah akan mempermudahkan semua urusan kamu. dan buat kerana Allah. bukan nak menunjuk-nunjuk. InsyaAllah dari situ kau akan dapat kekuatan. daripada kekuatan tu nanti sikit pun kau tak kan kesal dengan apa yang dah berlaku. sebab kau dah serahkan semua urusan pada Allah. itulah orang kata... kalau dah rezeki memang tak ke mana.

Friday, September 7, 2012

Rasanya Masih Belum Terlewat ni :D



Kami Ingin mengucapkan Salam 


Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan insyaAllah