Tuesday, September 25, 2012

Antara Single Dan Penamatan Status Single

Zaman sekarang ni kekerapan melarikan diri daripada famili semata-mata nak join dalam hidup seorang lelaki semakin menjadi-jadikan ?!!!

muda-muda lagi dah suka buat marathon :)...

Bila fikir secara mendalam topik entri ini berdebor je rasa ni. Tak tahu sempat ke tidak nak tamatkan status single ni.

sekarang jangan fikir diri saya ... mari kita fikir bersama-sama...

Manusia ni ... memang akan lebih tertarik dengan hal-hal yang baru. Tak kiralah apa bentuk pembaharuan yang mendatangi. yang pasti ... kita tetap manusia...

Jangan kata pula ...

ala .. hidayah tak sampai lagi lettew ...
tu pasallah haru biru ...

Tapi fikirlah ... apa yang kita dah buat untuk tarik perhatiannya ke arah yang lebih baik.

kalau umur yang sekitar macam saya ni yang buat hal mengikut lelaki saya faham ... mesti anda risau takut nanti takda siapa -siapa yang nak kan anda. Tambahan mungkin juga tekanan dari sekeliling anda. yang sibuk nak tahu bila penamatan status single anda.

Tapi yang aku musykil bila adik adik yang bawah umur yang buat.

kadang-kadang terfikir juga...best sangat ke berkahwin ni sampai ada yang sanggup lari dari rumah ketepikan restu keluarga segala...

mungkin juga dikalangan kita akan ada yang berkata ... awak bukan dalam situasi saya lagi sebab itu awak ikut sukahati awak je nak menaip. itu ... saya tanya sajalah ... bila tanya dengan yang dah kawin memanglah mereka ni menjawab seronok ... sebab saya pernah tanya. setakat ni tak adalah jawapan yang tak seronok...setakat ni lah ... tak tahulah beberapa tahun akan datang.

hakikatnya single tu memang best sebenarnya ... tapi ramai yang tak sedar sebab kita didedahkan dengan kehidupan bercouple. tapi dah bernikah lagi best... sebab di mana mana pun kita pergi mesti ada yang temankan. Rasa lebih selamat.

selalu sangat berdepan dengan pengalaman menakutkan bila berjalan seorang-seorang di tengah-tengah bandaraya.

Manusia ni bersifat buat dan menyesal. bila single nak bercouple. dah bercouple nak single. bila tengok orang kahwen rasa nak kahwen pulak. bila dah kahwen rasa nak single balik. kenapa jadi macam tu? itulah nafsu. selalunya yang baik-baik .. ia akan bawa anda ke suatu kehidupan yang lebih positif. kalau awal-awal dah bagi negatif ... fikir-fikirkanlah ... kalau anda pula yang berjaya bawak dia ke kehidupan yang lebih positif syukur Alhamdulillah. tapi kena ariflah ... arif tu penting ... supaya tak mudah terjebak. zaman sekarang teknologi sangat canggih. sebab tu kena hati-hati.

ada yang akan bangkang itu bukan nafsulah tapi fitrah... dalam fitrah tu memang terselitlah nafsu sekali.

Buat diri saya sendiri ...
single ni pun elok juga sebenarnya .... mudah nak perbaiki diri, lebih banyak masa dengan Allah, dengan famili sendiri dan dengan kawan-kawan ... tak perlu risau ada couple ke tidak...sekurang-kurangnya Allah dah lepaskan kita dari satu beban ataupun tanggungjawab. syukur Alhamdulillah. bukan senang tahu nak lepas free ... he he he

betul .... mata kita sentiasa tersantap dengan hal-hal yang indah. baik dari segi rupa, budi bahasa, tutur kata dan sebagainya. lepas free ni tadi maksudnya hal-hal yang indah itu tak mampu nak buat kamu jatuh cinta pada seseorang tu.

Nota: jangan biarkan hidup anda dikongkongi dengan alasan itu adalah fitrah. fitrah tetap fitrah ...nafsu tu lebih ke tidak ? Misterikan?!!! sebab kita tak boleh nak ukur mana satu tahap fitrah mana satu tahap nafsu... kalau kita dapat ukur ... tahap kosonglah kes-kes tak elok dalam dunia kita ni.

0 comments: