Tuesday, August 28, 2012

Saat Per Saat @ Fesbuk !!!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera ....

Berbahagialah orang-orang yang beriman dengan apa yang telah diperbuatnya . Aku sendiri pun belum tentu termasuk dalam golongan ini. Di dunia akhir zaman ini, ramai yang konfiden diri dialah yang terbaik. 

bila nak buat carta hidup ini, 
aku tahu tahap aku di mana sudah sekarang. Aku dapat bayangkan. Selalunya aku yakin dengan apa yang aku buat, aku yakin dengan apa yang aku post. 

sejak dua menjak hari ini... bagai ada yang mengganggu corak pemikiran aku. Bukan setakat pemikiran. Malahan pandangan dari sudut hati mula berubah sedikit demi sedikit. 

meh aku bagi satu contoh dan situasi :

Bila seseorang bercakap tentang diri kamu. Bila kamu diam. dia akan naik geram. bila kamu menjawab macam-macam lagi perkataan dan mungkin juga boleh menyinggung perasaan kamu. 

Bila aku fikir balik ... diam itu lebih baik daripada menjawab. Bukan maksudnya kita mengabaikan apa yang diperkatakan. cuma sekadar memendekkan cerita. Jika didesak juga untuk menjawab. Jawapan yang paling baik aku pernah bagi 

1) Aku tak nak fikir. aku tak nak biarkan sesuatu hal yang bukan masalah aku untuk aku fikirkan dengan lebih lanjut. banyak lagi hal-hal lain yang perlu aku fikirkan dan bawa manfaat. 

2) tak apalah .... bla ... bla .. bla ... 

pernah juga berusaha untuk berdiam diri... tapi bila diasak-asak dan dipaksa untuk menjawab soalan tersebut. Rasa menggigil menahan rasa marah pun ada. Nak tak nak ... kena jawab juga. 

Dan bagi mengelak situasi ini berlaku sekali lagi ... jadi saya dah syorkan kepada diri sendiri. Bila saya tak nak menjawab sesuatu soalan. cara yang akan saya guna... lari dari kawasan panas. itu lebih baik daripada menjawab yang entah apa-apa entah. 

susah bila kita bersoal jawab dengan individu yang tak sama pendapat dengan kita. pendapat kita lain... pendapat dia lagi banyak cabang-cabang ... bila dah banyak sangat cabang ... dan saya tak tahu dah nak jawab apa...saya pasti akan matikan kata-kata dengan "soal kematian". Dah mati ... jadi tak kan ada persoalan dah. 

Nota: Aku tak kisah manusia sekitar nak pandang aku macam mana. Tapi aku sangat kisah bila Allah tak nak pandang aku ... aku sangat kisah... dan gelisah ... Sama jugalah seperti di fesbuk... hanya Allah yang faham niat masing - masing ... bagi yang berdakwah jangan guna kata-kata sinis. kerana bicara sinis itulah yang semakin menjauhkan orang yang jahil, atau yang telah tersesat mahupun tersalah mahupun sengaja memilih jalan yang tidak elok. 

Salam Perjuangan 

Saturday, August 25, 2012

sha83@kaizer VS batuk

Kami sekeluarga mengucapkan salam eid mubarak ...

opsss !!!

saya asyik terbatuk - batuk saja start malam raya ke-3.

pagi raya ke-4 jam 1 setengah diserang rasa lelah yang melebih-lebih. nak kata kerja berat tak jugak. kerja yang biasa-biasa saja.

bila ingat balik ... o.k saya ada minum twister oren tropicana :P . Tak hairanlah kena serangan batuk yang sangat hebat. Ngam sangat lettew kan?!!!

Pagi raya ke3 sakit perut. pagi raya ke 4 kena batuk.  malam raya ke 4 hampir nak demam. telan 2 biji panadol. kemudian bawak berjalan raya. lepas tu o.k je rasa badan. Langsung tak jadi demam. Yang semakin menjadinya batuk. OH Tidak !!!! Sangat parah saya rasalah ....


semoga Allah murahkan rezeki anda semua
bila dah kawen ni takda harapan nak pegang duit raya lagi agaknya
:D

Tuesday, August 14, 2012

Antara Ibu, Ayah dan Siti

Al-Fatihah buat ketiga-tiga insan ini ....
semoga Ibu, Ayah dan Siti turut serta bersama-sama Hamba-Hamba NYA yang beriman.

Syukur Alhamdulillah mungkin juga doa saya sampai kepada ibu ....

kenapa saya begitu yakin ?!!!
sebab Allah lebih Tahu apa yang kita tak tahu sebenarnya.
Allah tahu apa yang tersembunyi di dalam hati kita ...

sempena Ramadhan yang mulia ini...
jangan kita terlalu asyik memikirkan nak beraya... nak itu ... nak buat ini .... jangan pernah lupa pada yang telah pergi. dengar cerita doa masa berbuka puasa tu mustajab ... cubalah luangkan masa kejap berdoa untuk muslimin dan muslimah , mukminin dan mukminah yang sudah pergi ....

Yang pergi tetap akan pergi...
Kita yang hidup pasti akan menyusuli ...

aku harap semuanya akan selesai sebelum saya pergi !!! Semuanya akan selesai !!! Pasti akan selesai !!!

Thursday, August 2, 2012

Yang Lemah Dan Tak Berdaya T___T

Kadang-kadang aku rasa tersepit ditengah-tengah bermacam pihak ...
kadang-kadang aku rasa tersepit ditengah-tengah hiruk pikuk suasana sekeliling

dan hakikatnya rasa kadang-kadang ni buat aku rasa teruk yang teramat sangat ...
dah sampai tahap muntah hijau pun ada... ishk ishk ishk ...

dan sekarang aku tengah berfikir ni ...
macam mana aku nak hapuskan rasa kadang - kadang tu !!!

yang pasti aku sangat tak selesa dengan kehadiran rasa kadang-kadang ini ...

Ya Allah bersihkanlah hati semua umat Islam di dunia ini supaya mereka tidak bercakaran sesama sendiri, tidak bermusuhan antara sendiri, tidak mengkafirkan antara satu sama lain. Hamba Mu ini sungguh lemah dan tak terdaya dengan apa yang berlaku di sekelilingnya... sesungguhnya kami selalu dalam keadaan yang tidak sedar diri akan kekuasaan MU ya Allah ... Ampuni kami Ya Allah....  sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah satu pengajaran kepada kami yang mudah alpa dengan perintahMU ... tetapi entah kenapa ... masih juga kami bersikap saling salah menyalahkan sikap antara satu sama lain sesama kami. kami tidak pernah berusaha untuk memperbaiki diri kami sendiri. Ampunilah kami ya Allah. Pimpinlah kami selalu Ya Allah.
satu kanlah hati-hati kami semua Ya Allah ... Hanya kepada Mu lah hamba Mu ini mengadu, Hanya Engkaulah yang mampu melapangkan hati-hati kami ...




Ya Allah dampingilah kami selalu ....

Nota: Nak marah pun tak guna ... sendiri juga sakit hati.... Rasa rindu dengan  zaman-zaman kecil-kecil dulu... kita tak perlu nak berasa "kadang-kadang" ini.