Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera ....
Berbahagialah orang-orang yang beriman dengan apa yang telah diperbuatnya . Aku sendiri pun belum tentu termasuk dalam golongan ini. Di dunia akhir zaman ini, ramai yang konfiden diri dialah yang terbaik.
bila nak buat carta hidup ini,
aku tahu tahap aku di mana sudah sekarang. Aku dapat bayangkan. Selalunya aku yakin dengan apa yang aku buat, aku yakin dengan apa yang aku post.
sejak dua menjak hari ini... bagai ada yang mengganggu corak pemikiran aku. Bukan setakat pemikiran. Malahan pandangan dari sudut hati mula berubah sedikit demi sedikit.
meh aku bagi satu contoh dan situasi :
Bila seseorang bercakap tentang diri kamu. Bila kamu diam. dia akan naik geram. bila kamu menjawab macam-macam lagi perkataan dan mungkin juga boleh menyinggung perasaan kamu.
Bila aku fikir balik ... diam itu lebih baik daripada menjawab. Bukan maksudnya kita mengabaikan apa yang diperkatakan. cuma sekadar memendekkan cerita. Jika didesak juga untuk menjawab. Jawapan yang paling baik aku pernah bagi
1) Aku tak nak fikir. aku tak nak biarkan sesuatu hal yang bukan masalah aku untuk aku fikirkan dengan lebih lanjut. banyak lagi hal-hal lain yang perlu aku fikirkan dan bawa manfaat.
2) tak apalah .... bla ... bla .. bla ...
pernah juga berusaha untuk berdiam diri... tapi bila diasak-asak dan dipaksa untuk menjawab soalan tersebut. Rasa menggigil menahan rasa marah pun ada. Nak tak nak ... kena jawab juga.
Dan bagi mengelak situasi ini berlaku sekali lagi ... jadi saya dah syorkan kepada diri sendiri. Bila saya tak nak menjawab sesuatu soalan. cara yang akan saya guna... lari dari kawasan panas. itu lebih baik daripada menjawab yang entah apa-apa entah.
susah bila kita bersoal jawab dengan individu yang tak sama pendapat dengan kita. pendapat kita lain... pendapat dia lagi banyak cabang-cabang ... bila dah banyak sangat cabang ... dan saya tak tahu dah nak jawab apa...saya pasti akan matikan kata-kata dengan "soal kematian". Dah mati ... jadi tak kan ada persoalan dah.
Nota: Aku tak kisah manusia sekitar nak pandang aku macam mana. Tapi aku sangat kisah bila Allah tak nak pandang aku ... aku sangat kisah... dan gelisah ... Sama jugalah seperti di fesbuk... hanya Allah yang faham niat masing - masing ... bagi yang berdakwah jangan guna kata-kata sinis. kerana bicara sinis itulah yang semakin menjauhkan orang yang jahil, atau yang telah tersesat mahupun tersalah mahupun sengaja memilih jalan yang tidak elok.
Salam Perjuangan
0 comments:
Post a Comment