Sunday, June 3, 2012

Musim Bernikah Punya Pasal ^___^

Teringat satu ayat 'power ' "alangkah eloknya jika keberanian itu diletakkan pada tempat yang sebenarnya. Bukan di mukabuku." Sesungguhnya kalau aku tak posted status mengarut tak kan lah dia nak "upkan" ayat power macam ni kan?!!! nampak sangat aku mengarut ha ha ha. 


semoga anda dirahmati Allah, beroleh jodoh yang solehah, dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah wahai saudara F (bukan nama sebenar). 


Tegur sajalah wahai saudara seagamaku sekiranya aku ni melampaui batas dalam senda gurau seharian. Soal kecil hati tu abaikan sebentar. Lambat laun, pabila akal waras kembali, nafsu amarah dan kebencian pasti akan terpadam. 


Saat-saat cuti musim macam inilah paling best berkumpul. Meriah gitu he he he. Tapi ada satu hal yang aku sangat-sangat nak elak.


"awak bila lagi nak kawen"


Rasa nak saja jawab : nak kawen tu senang, Tapi bernikah tu yang tak mampu nak jawab. 


kalau tak fikir tentang usia yang si bertanya. memang saya main redah saja nak menjawabnya. memandangkan yang bertanya tu usianya sebaya dan hampir-hampir sebaya ngan mak dan ayah aku. Aku cuma mampu jawab...rileks dulu...insyaAllah dah sampai jodoh adalah tu nanti.


kadang-kadang boleh terbayang melalut pemikiran aku ni pada masa yang sama. boleh pula isihati terdetik :


agaknya jodoh aku ni tertinggal bas ke...motorsikal kene curi ke...atau kena tinggal kapal terbang ke...kene tinggal kapal ke... pasal tu tak sampai-sampai lagi. hik hik hik ....


Pelbagai versi jawapan yang aku beri mengikut kesesuaian usia si penanya. Namun, saban kali ada kenduri orang bernikah ni. aku masih juga berdepan soalan yang sama seperti selalu. Tak jemu-jemu juga aku bagi jawapan siaran langsung ulangan. Bukan mudah nak jawab dengan ikhlas.


Jangan risau ye semua. bila dah sampai jodoh tu pasti akan saya umumkan . Mana boleh nak simpan-simpan. Saya ni bukanlah artis. jika saya seorang artis pun saya tak perlu nak sembunyikan status sudah bernikah. 


Itu soalan bila berdepan dengan orang tua. 


Tapi zaman sekarang ni bila berdepan sesama rakan sebaya ataupun yang kurang atau terlebih sikit baya mesti ada yang tanya. ada pakwe ke? ada yang special ke? 
tak kiralah lelaki atau perempuan yang bertanya. 
saya tak kira lagi niat dalam hati si penanya tu. ha ha ha ...


setakat ini saya lebih selesa menjawab : suamiku adalah kekasihku . 


Akad nikah tu yang penting. Apalah yang ada pada seorang pakwe tanpa sebarang ikatan yang sah. kesian pula tengok kepada pakwe yang harus berjanji itu dan ini terhadap seorang makwe yang belum tentu akan menjadi isteri yang sah untuk dia di sisi Allah. 


Nak kata trauma tu tak lah juga. Kerana setiap yang berlaku sememangnya dibawah perancangan Allah. setiap kejadian....(apa pasallah aku terlebih kerap menggunakan perkataan "kejadian" ni dari sehari ke sehari) pasti ada hikmahnya. 


tak kurang juga yang bertanya. 


awak tak risau ke? tak kawen kawen lagi macam ni..... 


soalan macam ni pernah salah seorang daripada ahli keluarga aku sendiri yang bertanya.
Dengan tenang aku jawab...


aku tak risau kenapa aku tak kawen lagi. tapi yang paling aku risau aku tak tahu apa yang Allah rancang untuk aku. aku risau... aku ni tak mampu bersabar.... lepas tu aku salahkan takdir.... itu yang paling aku takut...mana tahu Allah tak bagi aku kawen dulu sebab ajal aku dah nak sampai ke...aku ni ada sakit kronik ke... tak ke kesian calon suami aku nanti... 


nak kata aku ikhlas... memang ikhlas aku rasa aku jawab macam tu. sekaligus niat tu mematikan soalan lanjutan untuk di kemudian hari. tak kiralah lanjutan ataupun ulangan. setakat ni berjaya jugalah usaha tersebut hik hik hik... soalan ulangan tak keluar, apalagi soalan lanjutan ... ha ha ha ... yang ada cuma ... cepatlah usu bernikah ... aku dengan lancarnya berkata-kata: 


cepatlah carikan calon untuk saya satu. tak nak banyak-banyak nanti tak tahu nak pilih mana satu. jangan lupa ... doa untuk saya juga ya :) 


secara tak langsung hidup aku sekarang ni boleh dikatakan lebih tenang dari dulu. sekurang-kurangnya bila berkumpul sesama keluarga aku. tak adalah aku dapat soalan bonus macam ni. Yang memerlukan aku berfikir tanpa henti malahan menimbulkan rasa gusar di hati. 


buat teman-teman yang masih berada di dalam situasi seperti aku. jangan risau. jodoh itu ketentuan Allah. Dari dulu sampai sekarang aku selalu doakan di mana jua jodoh aku berada ....semoga Allah peliharanya dari fitnah dunia, lindunginya selalu di dunia dan di akhirat. Bila fikir - fikir balik doa - doa aku yang lepas... aku tak pernah pula minta supaya jodoh aku dipermudahkan atau didekatkan dengan aku dan seerti dengannya. 


Pasal doa jodoh ni... 
aku terfikir sendiri di awal usia 15 tahun. Aku terfikir mesti ada doa - doa tertentu khas untuk calon suami. he he he . 15 tahun dah fikir soal jodoh?!!! aduhai !!! Adalah hal yang menakutkan aku sehingga aku boleh terfikir sampai tahap macam tu . Nanti aku stori ... dalam blog Born To Make You Happy


Kesimpulannya: saya nak pergi masak dulu. lepas tu nanti nak berkemas-kemas. baru saya boleh online balik. ha ha ha .... 


apa-apa pun ... sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk jodoh kita masing-masing :-) 




Nota: gara-gara komen-komen kat status saudara seagamaku yang bernama A (bukan nama nama sebenar), tiba-tiba ilham seperti ini tercetus tanpa rasa belas. Ke'power'an ayat nak ejas tu tak lah penting sangat. jangan ejas guna ayat power sangat. takut nanti tak tertunai pula. atau sama seperti cakap tak serupa bikin. boleh jadi mendatangkan musibah pula di kemudian hari. jadilah diri kamu sendiri. yang penting..perasaan tu harus jujur dan ikhlas seikhlas ikhlasnya. dalam erti kata lain ikhlas ni sama taraf dengan ... bersyukur dengan kelebihan yang ada pada si dia.. sabar, tabah dan menerima segala kekurangan dia tanpa banyak bicara. malahan membantu si dia memperbaiki segala kelemahan yang ada. sekian, terima kasih ... 









1 comments:

~auntyfafa~ said...

Hai. tgh google pasal jodoh terjumpa post ni. Totally agree!! :D