Saturday, June 23, 2012

Dua Benda Alah !!! T____T


Pemandangan yang tak berapa nak indah ini betul - betul buat aku rasa nak masuk acara lontar peluru ke ... lontar lembing ke... dan yang sewaktu dengannya ...

bukan apa ... 
aku ni tak berapa anak reti sangat menggunakan laptop tanpa mouse.
makanya, kadang-kadang benda yang aku klik tu tersasar jauh. ditambah pula dek contest-contest mahupun iklan berpadu di mana-mana laman ketika ini. 

secara tak langsung aku rasa susah sangat nak melewati dari satu page ke page page yang lain .... dalam pada masa yang sama juga ia meningkatkan kadar peratusan kerabunan mata aku ni. 

antara benda-benda yang aku tak suka ... korang boleh check kat bawah ini : 

1-
dua benda yang aku bulatkan ni ...
pernah sekali tu aku terklik benda entah apa-apa ni 
ia betul - betul buat aku rasa naik menggila sekejap!!!

sekejap je ...

sekarang tak lagi !!! 



seterusnya benda ini :

2-


sebenarnya ia ni adalah benda yang sama.

kadang-kadang ia masuk tepi...
kadang - kadang pulak muncul kat belah tengah-tengah page. hadoihhh ....

sangat memeningkan.

persolannya ... macam mana aku nak buang dua benda alahan ni eh !!!

NOTA: nasib baik ada gambar gentleboy kat atas sana tu ... tak jadilah menggila untuk hari ini ... sekian, terima kasih :D 

Friday, June 22, 2012

Laki Ke Perempuan ?!!!


Seperti yang anda ketahui aku ni memang ramai anak sedara.... dan di bawah ini adalah salah seorang daripadanya. So Cute and So Cantik LOL!!! 

Cuba Teka ... dia ni Lelaki ke Perempuan ?!!! 
K BYE ITU SAHAJA !!!
aku haraplah kakak dia ni tak bengang ngan aku hik hik hik

Tuesday, June 19, 2012

Tahniah Skuad Bola Jaring - Laksamana

 Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera
Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas kemenangan skuad Bola Jaring Rumah Laksamana . 


Terbaiklah sister-sister ni semua !!!
Bukan senang nak fighted dengan kumpulan-kumpulan yang dilatih oleh sememangnya jurulatih peringkat sekolah :D.

Tahniah buat semua !!!

Seingat aku ...
    hari itu aku tak punya banyak masa. lebih kurang tinggal 10 minit lagi jarum jam mencecah jam 5 petang. Jadi, hanya dalam beberapa minit sahaja akhirnya latihan bola jaring dapat dijalankan. Hari itu, aku minta mereka tetapkan kedudukan mereka masing-masing mengikut keselesaan masing-masing. 

Hari kedua, latihan diberi sedikit demi sedikit lebih kurang dalam masa 30 minit sahaja. itu saja yang sempat. untuk hari kedua ni teacher Mas yang turut serta melatih sister-sister dalam kumpulan Laksamana.  
fidah, Rafina, yussanina, sharmila, hetty,  Qayimah
Ashikin, Enty (sebenarnya tak tahu pun nama dia yang sebenar), shafiqawatie, Evelyn.
Nota: teringat lagi hari itu ...

abie: Lagak ateng mo nin masa dah majeh pun mo gik bak menak latihan !

aku: mei idak anik masa bak nebak, cuma bak dudeng posisi mak :)

adessss !!!

Thursday, June 14, 2012

Baby Saya Bila Nak Keluar? ^____^

dia sangat - sangat comel !!!!
ni baby abang amar ....
(abg no.5)
bertambahlah kawan Ayie
agaknya apalah respon Arif 

teringat dialog dengan si Arif

aku: Arif ...mana adek Arif ye ....?

dia: ada... masih dalam perut mak ni !!! (sambil tunjuk perut dia sendiri)

Nota: semoga menjadi anak yang soleh buat aizudin, arifudin dan hafizudin ... amiin .. insyaAllah ....

Friday, June 8, 2012

Kosong ... Kosong !!! Maaf Sekadar Entri Kosong !!

assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya
diakui saya ni tak lunch lagi. Hendak dijadikan cerita saya harus akui memang saya kena serangan gastrik lagi ini. hari tu beria - ia makan inilah padahnya.

kesimpulan makan banyak tak boleh... makan sikit sangat pun tak boleh.. tapi aku mesti selalu makan. selalu makan... diulangi sekali lagi dengan erti kata lain iaitu kerap makan... hik hik hik !!!

penatlah nak kunyah selalu sangat ... Ha Ha Ha ...

ada apalah dengan kosong ni ye ....

Onmode huyung hayang masa tu. Dalam kereta riuh rendah dengan suara-suara kanak-kanak riang. rasa macam dalam taman tema yang penuh dengan kanak-kanak riang he he he.... sound backgroundnya lagu najwa latiff - Kosong

tiba-tiba Izzah meminta ayahnya menaikkan sikit volume :D Peminat Najwa lah katakan ...

dan akhirnya ... Izzah pula yang bertindak sebagai penyanyi latar untuk si Najwa ni.


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

tengah syok syok Izzah menyanyi tetiba si Ibu bersuara 



"amboiii ...kemain hafal lagi lirik lagu kosong ...
 itulah bila dapat ujian nanti tak dapat nak jawab soalan cikgu ... 
bila selalu saja sebut kosong ...kosong ... nanti betul-betul dapat kertas ujian dengan markah kosong pula....
 bukan kah elok kalau hafal surah ke ... 
sifir ke... 
sayang otak tu bila kita tak guna dengan sebaik-baiknya ..."


sebelum ni aku tak bagi perhatian sangat pada lagu-lagu najwa ... gara-gara dialog hari itu tercetus rasa ingin tahu apa ada disebalik lagu adik najwa :D 


Pesanan dari langit untuk adik-adik : kalau tak nak dengar ibu ayah anda complain apa -apa tentang apa yang anda buat. DENGAR CAKAP !!! pastikan pelajaran dan kegiatan kegemaran anda ni seimbang . Bila pelajaran merosot mohon fkus lebih kepada pelajaran anda....barulah orang tua tak bising :D. Budak-budak memang cepat belajar dan mengingat ...nampaknya pengaruh najwa latiff ni semakin menularlah ... apa kata ... dia si najwa ni bawak bawak lagu hafal sifir pulak ... tak pun macam lagu ala-ala kisah nabi dan rasul, rukun iman, rukun islam ... dan sebagainya >>> elok jugak buat tabungan akhirat <<< 


semoga berjaya dalam karier anda Najwa  :) 







Monday, June 4, 2012

Sesi Pembelajaran Semasa Cuti


Cuti ini apa aku buat selain menghadiri jemputan kenduri - kendara.... 
saya belajar berphotoscape hik hik hik ... 
sangat menyeronokkan...
dan di bawah ini gambar asalnya


Nota: belajarlah selagi anda berminat 
macam tak betul saja bunyi ayat ni 
ha ha ha 

Sunday, June 3, 2012

Musim Bernikah Punya Pasal ^___^

Teringat satu ayat 'power ' "alangkah eloknya jika keberanian itu diletakkan pada tempat yang sebenarnya. Bukan di mukabuku." Sesungguhnya kalau aku tak posted status mengarut tak kan lah dia nak "upkan" ayat power macam ni kan?!!! nampak sangat aku mengarut ha ha ha. 


semoga anda dirahmati Allah, beroleh jodoh yang solehah, dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah wahai saudara F (bukan nama sebenar). 


Tegur sajalah wahai saudara seagamaku sekiranya aku ni melampaui batas dalam senda gurau seharian. Soal kecil hati tu abaikan sebentar. Lambat laun, pabila akal waras kembali, nafsu amarah dan kebencian pasti akan terpadam. 


Saat-saat cuti musim macam inilah paling best berkumpul. Meriah gitu he he he. Tapi ada satu hal yang aku sangat-sangat nak elak.


"awak bila lagi nak kawen"


Rasa nak saja jawab : nak kawen tu senang, Tapi bernikah tu yang tak mampu nak jawab. 


kalau tak fikir tentang usia yang si bertanya. memang saya main redah saja nak menjawabnya. memandangkan yang bertanya tu usianya sebaya dan hampir-hampir sebaya ngan mak dan ayah aku. Aku cuma mampu jawab...rileks dulu...insyaAllah dah sampai jodoh adalah tu nanti.


kadang-kadang boleh terbayang melalut pemikiran aku ni pada masa yang sama. boleh pula isihati terdetik :


agaknya jodoh aku ni tertinggal bas ke...motorsikal kene curi ke...atau kena tinggal kapal terbang ke...kene tinggal kapal ke... pasal tu tak sampai-sampai lagi. hik hik hik ....


Pelbagai versi jawapan yang aku beri mengikut kesesuaian usia si penanya. Namun, saban kali ada kenduri orang bernikah ni. aku masih juga berdepan soalan yang sama seperti selalu. Tak jemu-jemu juga aku bagi jawapan siaran langsung ulangan. Bukan mudah nak jawab dengan ikhlas.


Jangan risau ye semua. bila dah sampai jodoh tu pasti akan saya umumkan . Mana boleh nak simpan-simpan. Saya ni bukanlah artis. jika saya seorang artis pun saya tak perlu nak sembunyikan status sudah bernikah. 


Itu soalan bila berdepan dengan orang tua. 


Tapi zaman sekarang ni bila berdepan sesama rakan sebaya ataupun yang kurang atau terlebih sikit baya mesti ada yang tanya. ada pakwe ke? ada yang special ke? 
tak kiralah lelaki atau perempuan yang bertanya. 
saya tak kira lagi niat dalam hati si penanya tu. ha ha ha ...


setakat ini saya lebih selesa menjawab : suamiku adalah kekasihku . 


Akad nikah tu yang penting. Apalah yang ada pada seorang pakwe tanpa sebarang ikatan yang sah. kesian pula tengok kepada pakwe yang harus berjanji itu dan ini terhadap seorang makwe yang belum tentu akan menjadi isteri yang sah untuk dia di sisi Allah. 


Nak kata trauma tu tak lah juga. Kerana setiap yang berlaku sememangnya dibawah perancangan Allah. setiap kejadian....(apa pasallah aku terlebih kerap menggunakan perkataan "kejadian" ni dari sehari ke sehari) pasti ada hikmahnya. 


tak kurang juga yang bertanya. 


awak tak risau ke? tak kawen kawen lagi macam ni..... 


soalan macam ni pernah salah seorang daripada ahli keluarga aku sendiri yang bertanya.
Dengan tenang aku jawab...


aku tak risau kenapa aku tak kawen lagi. tapi yang paling aku risau aku tak tahu apa yang Allah rancang untuk aku. aku risau... aku ni tak mampu bersabar.... lepas tu aku salahkan takdir.... itu yang paling aku takut...mana tahu Allah tak bagi aku kawen dulu sebab ajal aku dah nak sampai ke...aku ni ada sakit kronik ke... tak ke kesian calon suami aku nanti... 


nak kata aku ikhlas... memang ikhlas aku rasa aku jawab macam tu. sekaligus niat tu mematikan soalan lanjutan untuk di kemudian hari. tak kiralah lanjutan ataupun ulangan. setakat ni berjaya jugalah usaha tersebut hik hik hik... soalan ulangan tak keluar, apalagi soalan lanjutan ... ha ha ha ... yang ada cuma ... cepatlah usu bernikah ... aku dengan lancarnya berkata-kata: 


cepatlah carikan calon untuk saya satu. tak nak banyak-banyak nanti tak tahu nak pilih mana satu. jangan lupa ... doa untuk saya juga ya :) 


secara tak langsung hidup aku sekarang ni boleh dikatakan lebih tenang dari dulu. sekurang-kurangnya bila berkumpul sesama keluarga aku. tak adalah aku dapat soalan bonus macam ni. Yang memerlukan aku berfikir tanpa henti malahan menimbulkan rasa gusar di hati. 


buat teman-teman yang masih berada di dalam situasi seperti aku. jangan risau. jodoh itu ketentuan Allah. Dari dulu sampai sekarang aku selalu doakan di mana jua jodoh aku berada ....semoga Allah peliharanya dari fitnah dunia, lindunginya selalu di dunia dan di akhirat. Bila fikir - fikir balik doa - doa aku yang lepas... aku tak pernah pula minta supaya jodoh aku dipermudahkan atau didekatkan dengan aku dan seerti dengannya. 


Pasal doa jodoh ni... 
aku terfikir sendiri di awal usia 15 tahun. Aku terfikir mesti ada doa - doa tertentu khas untuk calon suami. he he he . 15 tahun dah fikir soal jodoh?!!! aduhai !!! Adalah hal yang menakutkan aku sehingga aku boleh terfikir sampai tahap macam tu . Nanti aku stori ... dalam blog Born To Make You Happy


Kesimpulannya: saya nak pergi masak dulu. lepas tu nanti nak berkemas-kemas. baru saya boleh online balik. ha ha ha .... 


apa-apa pun ... sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk jodoh kita masing-masing :-) 




Nota: gara-gara komen-komen kat status saudara seagamaku yang bernama A (bukan nama nama sebenar), tiba-tiba ilham seperti ini tercetus tanpa rasa belas. Ke'power'an ayat nak ejas tu tak lah penting sangat. jangan ejas guna ayat power sangat. takut nanti tak tertunai pula. atau sama seperti cakap tak serupa bikin. boleh jadi mendatangkan musibah pula di kemudian hari. jadilah diri kamu sendiri. yang penting..perasaan tu harus jujur dan ikhlas seikhlas ikhlasnya. dalam erti kata lain ikhlas ni sama taraf dengan ... bersyukur dengan kelebihan yang ada pada si dia.. sabar, tabah dan menerima segala kekurangan dia tanpa banyak bicara. malahan membantu si dia memperbaiki segala kelemahan yang ada. sekian, terima kasih ... 









Friday, June 1, 2012

Bila sha83@kaizer Memenuhi Jemputan Teman-Teman

Cuti-cuti macam ni memang menjadi agenda untuk saya bagi memenuhi jemputan-jemputan ke majlis kawan-kawan . sehinggakan saya terpaksa menolak jemputan yang jauh untuk ke Kuching bersama-sama abang Taz sekeluarga. saya dah usaha nak upload gambar-gambar pengantin ke sini . tapi sepertinya ada yang kurang pada gambar tersebut. maka saya telah upload ke fesbuk dan anda boleh klik link di bawah ini



itupun kalau dapat la he he he sebab saya ejas untuk only me dulu :D 
selamat berkahwin semuanya 

saya nak masak lagi ni. petang nanti berusaha nak memenuhi jemputan yang lain pula