Thursday, May 10, 2012

Pesta Karnival Matu 2012 ;-)

Itu Saya !!! 
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...
Anda semua apa khabar?

Agak penat baru-baru ini. sibuk dengan hobi dan kerja - kerja yang harus disiapkan. Sekarang pun masih dalam proses lagi untuk muatnaik gambar-gambar karnival di Matu. Berkampung jugalah 2 malam 2 hari di rumah abang sulung saya yang sulung. 


Memandangkan mama ikut serta dalam program yang dianjurkan. secara tak langsung saya mendapat jemputan untuk merakam sedikit sebanyak aksi warga Matu semampu yang mungkin. Al-maklumlah, kamera saya kecil dan comel saja. mana larat saya nak berlari dengan kamera yang berat dan sarat ha ha ha. 


Gambar-gambar tu semua dalam proses. Tak tahulah bila siap prosesnya. Lagipun di tempat tinggal saya sekarang ni ada keramaian yang disambut oleh warga- warga yang bertungkus lumus dalam bidang pendidikan . PSKPP punya program :-)


Sekali lagi dengan muka tak malu saya mengusungkan diri untuk menjadi jurugambar. ha ha ha 
layan aksi-aksi warga pendidikan yang penuh dedikasi baik dalam bekerja mahupun sukan. 


Rasanya cukuplah setakat ini dulu ya. Tunggu saja kemunculan entri baru untuk blog INI


akhirnya tercapa juga hajat adik syaraf nak memiliki belon ni