Thursday, May 24, 2012

Friday, Please Be Nice To Me :) {Part 1}

AH~HAAA ...
Pagi ini (khamis)
doa dhuha merupakan alam clock yang paling terbaik menjadi halwa telinga saya. terkejar-kejar saya menseterikan baju. nasib baik tak guna seterika yang macam dalam entri  KLIK DI SINI . parahlah saya nak menghidupkan bara api.

tengah ulang - alik keluar bilik. abang saya keluar dari bilik  lalu mengajukan soalan pertama:

hari ni awak nak pergi sibu kan? jam berapa?

jam 6 kejap lagi. Tak apakan masih awal sekarang ni?

haisshhh jangan macam - macam ,,awal apanya 5:22 pagi ?!!!

o.k tengah tunggu hisham mandi ni :s 

secara jujurnya saya punyaa perancangan nak pergi jam 6 ke sibu. sampai sana lebih kurang jam 8 alih-alih tertiba di Sibu jam 8:45 pagi. hebat kan?.!!! 

begini al-kisah 
jam menunjukkan 5.45 pagi. aku bergegas melangkah keluar meluru ke arah bot express yang menunggu. tapi... kaki aku tiba-tiba terkaku   sebentar. mata  liar memandang ke arah sekeliling. aku rasa suasana pagi itu sungguh aneh sekali. teramat pelik yang ketara. satu-persatu aku atur langkah menuju ke arah bot express   yang dihujung sekali. sekali lagi saya terkaku.  gelap semacam saja bot ni. ia jalan ke tak pagi ni. aishhh takkan nak call rumah balik minta ambik. aku berpatah balik ke belakang. tiba-tiba ada seorang pakcik berbaju serba putih menegur saya. 

nak pergi sibu ke?

yuk. ko bak melah kubu. nuan express kah?
(ya, saya nak pergi sibu. ada express ke?)

adalah express . sekejap saya pergi tengok dulu. 

ok 

dek ... ada express ni ...

aishh nuan kah ... wakno padem mak gaya. 
(aissshhh... ada ke?... kenapa nampak gelap sangat?)

ade je ... masuk je dalam tu  

melangkah dengan penuh hati-hati terkejut tengok beberapa dah isi tempat duduk. 

moral value kat sini jangan tengok dari luaran saja. kena siasat betul-betul dulu. 

Kisah tu tak berhenti. kita sambung esok hari ya ... saya nak melelapkan mata sudah ni. :D  

0 comments: