Saturday, May 7, 2011

Tentang Cincin Di Jari Manis sha83@kaizer

Assalamu'alaikum warahmatullah ... dan salam sejahtera semua... sejak akhir-akhir ni aku dikejar satu persoalan yang agak complicated sikit... errr...mungkin bukan bagi korang...tapi bagi aku memang agak-agak complicated jugak lah...

aku pun tak tahu nak jawab apa dah. lepas posting ni nanti aku tak nak dah jawab apa-apa lagi segala yang berkaitan dengan isu ini =) ....menaip dengan penuh semangat ni!!! hahhahaa....

meh lah aku story satu mende dengan korang semua...


aku tak ingat tahun bila aku dapat cincin seperti dalam gambar di atas. Ia berbatu permatakan seekor reneb a.k.a arnab a.k.a rabbit. Nak kata batu sangat... memang tak pun .. aku pun tak pasti sama ada cincin ni termasuk dalam kategori mana pun. serius aku taip ni! aku tak pernah bawa cincin ni pergi kedai Pak gadai semata-mata nak tau ... sama ada ia tulen ataupun palsu. errr .. ape pulak kaitan dengan pak gadai ni?!! nak kata aku curi... aku rasa aku tak adalah curi cincin ni... kalau aku curi mesti aku tak berani publish kat facebook aku sebagai pic profile aku. hehee... yang pasti aku dapat ni dengan memujuk..merayu buah hati kesayangan aku si Syarafudin bin Zinal Abiddine.. merangkap anak buah aku... untuk menyimpan cincin itu. haiii.... sampai serumah-rumah dok pakat gelak-gelak tengok aku pakai cincin reneb ni... aku tengok comel je cincin ni. aku dapat cincin ni time nak masuk waktu maghrib macam tu... selepas isya' cincin tu masih ada di jari manis aku... memang sempurnalah. tak ada cacat celanya...sehinggalah mata aku nak tidur...hati aku tergerak nak tanggalkan cincin tu. rasa macam tak selesa pulak. hehee... tapi nampaknya dek kerana penangan keletihan yang melampaui sesangat. maka...aku pun tertidur dengan cincin tu sekali. tiba-tiba...terbangunnya aku sekejap dari lena yang tak berapa nak memanjang membuat jantung aku tersentap sekejap...


'ah...rabbit aku!!!' itulah yang terkeluar dari mulut aku ketika itu...


tapi mata aku ngantuk sangat le... aku tak kuasa nak layan apa yang sedang berlaku. dan akhirnya aku pun terlelap...

jeng...jeng...jeng...

keesokan paginya... apa sudah jadi dengan rabbit aku ye... jom.. layan gambar seterusnya ...


OH TIDAK!!!!! .... Rabbit aku sudah terlepas dari tambatan!!! Frust sesangat pagi tu. sampai aku rasa nak beli sebungkus besar keropok Barbie Doll semata-mata nak cincin macam ni lagi. Esok tu aku masuk kedai...aku beli semua saki-baki keropok yang ada. tapi satu pun tak ada cincin ni. yang banyak getah rambut...klip dolphin, klip bunga... :haru ...


sampai sekarang pun aku masih tercari-cari lagi cincin yang sebijik macam ni.



Nota: sekarang sudah jelaskan kisah disebalik cincin ni ... tapi seriuslah... sampai... serumah-rumah dok gelakkan aku gara-gara reneb yang terlepas dari tambatan ni di pagi yang sadis itu.


Mak Nurul cakap... "haa... tu lah... lain kali sebelum tidur simpan dulu arnab tu dalam kurungan. sekarang dah terlepas... tak boleh buat apa dah..."


"eh... cuba letak gam 110 mana tau dapat pasang balik..." si araf pulak mencelah ....


aku pulak... uwarghhhhhhh sampai hati korang ni :-( :nangis

3 comments:

sinariman10 said...

cincin 20 sen

Photography Mania said...

pewittttt

sha83@kaizer said...

bro udin mato (sinariman10)
hehe.. ubak la 20 juta... errr... haha

hye PM a.k.a Ajib ... wahhh cantik kamera ...