Assalamu’alaikum warahmatullah dan salam sejahtera semua kawan-kawan....
Kaifa halukum?!!! Semoga semuanya baik-baik saja...semalam aku dapat beberapa miskol sekitar jam 12 ke atas. Dan juga mesej la... pada sesiapa yang cuba hubungi aku tu mintak maaflah sangat-sangat sebab tak terlayan (OnMode: Sleeping the Beast). Tambah-tambah pulak kredit mintak nyawa ;-)
Di sini, secara terbuka .. aisehmen...hahha kronik betul bahasa aku ni. Okay aku nak teruskan ni... aku mintak maaflah kpd sesiapa yang terkena delete daripada FB tu. Aku tak tau apa-apa. Lebih elok jika ditanya terus kepada yang empunya FB. Itupun kalau nak taulah ... tapi, kalau tak nak ambik tau pun kira kes tutuplah. Hihiii. Setakat ni tak keluar lagi topik-topik delete mendelete ni...
Bagi aku kan....
Setiap manusia.. dia ada kekurangan/kelemahan dan kelebihan masing-masing. Sebab tu kita tak pernah lari daripada kesilapan dan tak mampu nak puaskan hati semua orang. Betul tak?!!! Tapi jangan pula kerana anggap kita ni manusia biasa, maka ... ikut sukahati kita je nak buat apakan..tanpa hiraukan perasaan orang lain. Lain orang...lain tahap kesabarannya ...
Rasa sayang boleh bertukar menjadi kurang sayang bila rasa sayang dari dalam diri kita sendiri sebenarnya yang semakin berkurangan. Jadi, jangan dipersoalkan kenapa / mengapa, bagaimana, sejak bila itu semua terjadi. Kadang-kadang jawapan yang kita cari itu ada pada diri kita sendiri. Setiap persoalan mesti ada setiap jawapannya tersendiri.
Nota: berbalik pada kes FB yang terkena delete tu ... anggaplah 0-0. Tak ada apa-apa yang berlaku. Untuk adik yang try bertanya miskol dan hantar mesej sepagi tadi... rasanya tak ada kaitan dengan diri anda. Tapi untuk kepastian yang lebih lanjut cuba tanya yang empunya badan. Tapi ada satu hal lagi harus kita ingat ... mungkin juga sudah tiba masanya untuk kita dilepaskan pergi oleh seseorang...dah jadi hukum alam. Setiap pertemuan ada perpisahan. Mungkin masanya juga sudah tiba. Bila Allah nak jadikan kita untuk berjauhan...tanpa sebab-sebab tertentu juga ia pasti akan terputus juga. =). Sementara masih ada ukhwah ni... eloklah kita jaga bersama-sama dengan sedaya upaya kita. Dan seikhlas hati kita. Kerana kita tahu. Satu hari nanti Allah pasti akan ambil kembali semua yang DIA dah bagi pada kita. Semua ini hanyalah pinjaman. Kitaorang di seberang Laut China Selatan ni sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang berpanjangan untuk anda semua. Harap maklum. Sekian Terima kasih.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment