Saturday, February 12, 2011

Semalam Jumaat yang Best !!!

aku tak sangka ... rupa-rupanya ada yang lain menunggu aku bila aku tak dapat layan ustaz coklat, ustaz amirul ... errr baru aku perasan title drama aku layan semua ustaz-ustaz ye haha!

petang semalam aku check in bilik awal. ditambah pulak dengan bunyi guruh dan lebatnya hujan. jadi aku fokus dengan kerja-kerja dalam bilik je. ummie sampai rumah je, ketuk bilik aku dan masuk tanya...

" aik...kenapa tak pasang lampu bukan bilik ni dah ada lampu ke?"

dengan muka blur aku jawab;
"tak payahla... masih terang lagi hari ..."

ummie pun keluar lagi. aku relax dulu. sengal-sengal rasa badan. baru aku ingat ... aku cuci pakaian secara manual pagi semalam.

beberapa jam berlalu...
akhirnya aku berada di satu kawasan lapang. ala-ala stadium macam tu. yang peliknya ... aku berdiri bersama-sama kumpulan sixth sense. siap featuring lagu-lagu ngan dorang. entah kuasa apa yang menjadikan aku tetibe je jadi pemain gitar. kitorang siap buat ala-ala unplugged gitu. punyalah ramai yang datang. mungkin nak tengok aku "musnahkan" lagu-lagu sixth sense kot. hahahaaa...

antara lagu yang dimainkan... cinta matiku, tanpamu, menyesal, pemilik hati dan yang sempurnakanku ....

habis je show.. aku balik rumah terus. penat! sampai rumah terus tutup tingkap semua sambil senyum-senyum teringatkan show tadi. aku tengok jam...

Hah! 10 setengah malam?!!! haih... tak mungkin belum pukul 12. aku tak puashati aku tengok lagi. betul-betul jam 10 setengah malam. tiba-tiba pemandangan sekeliling yang terang bertukar menjadi gelap.

Oh..Mimpi rupanya !!!

Nota: aktip sangat main atas pentas tu yang terbangun cari makan tu haha... lapar.

6 comments:

Afiza Ismail said...

hahaha sempat lg mimpi huhu

ibnrahim said...

salam...
awak anak cikgu baharudin (SK Hijrah Badong) kah?

sha83@kaizer said...

wa'alaikumsalam .. ntah macam mana awk tau tau je sy ni anak cikgu baharudin ... ishk3... ajaib sungguh ...

ibnrahim said...

jadi, betul la awak ni anak Cikgu Baharudin yang mengajar di SK Hijrah Badong Daro??

ibnrahim said...

Awak btul2 anak cikgu Baharodin Jiren ke?

sha83@kaizer said...

ibnrahim ..maaf le..sampai 2 kali encik ibnrahim dok tanya sy ni anak cikgu baharudin ek ...

tak perasan pulak ada komen yang direply utk post2 lama ...

sy bkn ank dia ... tp adik dia =)