sejenak tadi aku baru perasan rupa-rupanya blog kidbrush masih lagi berupdate. diharap assistant kid akan terus menulis untuk blog kid. untuk masa depan tu. berbalik kepada entri di atas nieh...
dari mana datang slot akasia? mestilah dari lagu berkemundang dalam TV sebelah ni tadi. heheee...muaturun tu? woh ...tu pulak sebab di mana ku kenal kid. lepak bertahun-tahun dalam blog kerepek tu (muaturun.blogspot.com-masa mula-mula aku join situ) dah rasa macam rumah sendiri.
di situlah aku kenal kidbrush yang glamer dengan avatar kucing jilat skrin.
mula-mula tak kamceng gak ngan dia ni. sebab dia kaki sakat. lama-lama macam ngam pulak doh. sebelum aku tau dia dah ada blog. satu hari tu...dia sengaja mempertanyakan perihal blog ni. aku bagilah link. lepas tu dia masuk dan tinggalkan jejak dia kat situ di cbox aku. lepas tu le dia suke menyemak kat cbox tu. sehinggalah satu hari entah macam mana aku terjumpa link dia terpacak kat satu blog orang lain ...
makanya ku tegur tinggalkan jejak di blog di cbox yang sama. nak komen entri dia payah giler aku rasa. sebab semua lambat loading. sampaikan aku tak nampak mana-mana entri yang dia post pun ... (harap-harap faham le tu)... pernah gak aku sound ke dia awat susah nak loading page dia tu...
tak lama lepas tu dia masuk blog aku dan menyemak dengan membawa linknya sekali. akhirnya dari situlah permulaan aku memacak linknya di blog ni. masa tu tak wujud lagi blog gadis melanau tu. serasa aku lah.
start dari situ ...
sehinggalah ke satu hari lama dah blog dia tak berupdate dan aku pun tak berkesempatan nak jenguk blog dia. entah kenapa satu hari tu... aku terkejut bila dia komen entri aku. aku pun masuk blog dia.
"whoaaa.. dah berupdate rupanya... seperti biasa aku tinggalkan jejak di cboxnya." start dari situlah berhubung melalui berblogging."
rasanya memang agak lama jugak dia berhenti berkias diblognya...
tahu tahu je aku masuk sudah ada mrs right rupanya!!! satu perkembangan yang baik.
start dari situ lebih banyak berkontek melalui blog sebab susah nak tengok dia tu lepak kat muaturun dah. aku pula semakin sibuk dan tak berkesempatan nak jenguk muaturun =P (propa jer tu) ...
rajin gak dia komen entri entri merapu aku. sesudah itu. sehinggalah satu hari aku pelik dia langsung tak komen apa-apa. filing aaku tak berapa nak ngam. jadi aku masuk blog dia... innalillahi... sahabat blogger aku sedang bertarung melawan sakitnya.
bila aku cek tarikh ...
aku terkejut terasa sangat-sangat...
http://sha83kaizer.blogspot.com/
KIDbrush® said...
hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran)
October 9, 2010 12:24 AM
KIDbrush® said...
dh mandi ke belom neh?
October 12, 2010 7:49 PM
http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/
KIDbrush® said...
haaa.... hajat kawen cpt! supaya ko x buta warna kui kui kui
August 25, 2010 4:33 AM
KIDbrush® said...
hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran) lama jugak haku perati, sampai tercium monitor.
kalu org sberang cakap penampakkan ajaib. kira hang untung la dpt lihat dgn jelas!
October 9, 2010 12:28 AM
***(erkkk... korang cek sendiri entri yang mana satu ye)...
korang bandingkan dengan yg ada kat blog dia...
Fakta kejadian sebelum arwah meninggal:
*9/10/10-KiD mengadu panas badan selepas balik dari Banting Selangor ( kes Dt' Sosilawati)
*13/10/10-KiD Mc selepas balik dari medical checking. Menurut orang gajinya, KiD makan nasi lemak yang dijual seorang penjaja.
*13/10/10 @ 6 pm- KiD dikejarkan ke hospital setelah didapati kejang otot dan tidak sedarkan diri dan dirawat di ICU.
*13/10/10 @ 9 pm- doktor mengesahkan KiD koma.
*17/10/10 @ 10 pm-KiD sedar dari koma dan sempat meminta maaf kepada orang tuanya dan isterinya
*17/10/10@ 1130pm-KiD diserang kejang otot dan menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam.
aku tak tahu tapi memang aku post untuk aku share stori ramadhan yang aku lalui tu untuk beberapa orang teman-teman yang aku rasa paling dekat di hati aku termasuk kidbrush. bila aku post aku terus masuk blog dia ajak dia tengok entri aku. dan ... selanjutnya aku rasa korang dapat imejin apa yang terjadi...mula-mula memang aku nak simpan untuk diri aku sendiri. tapi hati aku tiba-tiba tergerak nak post cerita tu jadi aku post le...
p/s: Al-fatihah.
setiap yang hidup pasti akan mati.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
hargailah siapa-siapa yang ada di sekelilingmu.
kerana semua itu adalah pinjaman semata-mata.
satu hari nanti Allah pasti akan ambil balik bila sudah tiba masanya.
Nota: aku tak ada kenangan-kenangan lain melainkan komen-komen terakhir daripada seorang yang pernah bergelar kidbrush. makanya aku abadikan di slot akasia ini.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
2 comments:
salam..skr blog kid dah x boleh baca ke.. saya dh lama x update blog pastu arwah bnyak bg nasihat pada saya jg..masih simpan email2 nya
wa'alaikumussalam warahmatullah nurul .. ntah le rasanya dia privacykan kot ... tak apalah nak buat macam mana ... kita doakan yang terbaik utk dia =)
Post a Comment