Monday, October 11, 2010

Nah Ambik Engkau !!!

Assalamu'alaikum warahmatullah

ini kisah pagi tadi. aku keluar je dari gua terus cilok surat dari dalam beg teddy bear aku. aku baca. dalam hati terdetik. 'oh...esok. 1030 pagi. bukan hari ni. Alhamdulillah).' lalu aku terus memberes-bereskan kerja aku yang lain-lainnya. termasuklah... aku telah memenggal 7 ekor ikan hari ini...(erkk..gimik jer tu.ikan memang dah mati), itulah antara perkara paling sadis yang sudah aku buat.

mesti ada yang tanya nak masak apa ikan-ikan tu...
ikan ikan tu masakan untuk 2 hari akan datang.sebab bermula petang ni tadi aku sibuk sikit. ada kerja-kerja luar. sambil-sambil tu pergi cucuk dinding. mana tahu tetiba je duit keluar dari dinding.hehe.

esok pagi dah kene panggil masuk meeting siap ada makan-makan lagi.kuih muih pun rezeki jugak. Alhamdulillah!

aku tak nak cerita pasal aktiviti aku sebenarnya. tapi aku nak stori pasal lain. hahahaaa. mahu tahu?!!! Jom baca lebih lanjut!!!

sambil-sambil buat kerja. aku layan TV.
program bicara kifayah
judulnya ucapan Salam.

sebelah aku memang dah ada kertas siap dengan pensel. aku suka take notes benda-benda macam ni.

Notes:

Tak Wajib Jawab Salam Jika Dalam keadaan:
1- ketika solat jemaah. (kang tak pasal-pasal solat ko tak sah bila ko jawab salam imam kat depan)

2- ketika salam diucap oleh orang yang bukan islam.( ucapan salam itu adalah satu penghormatan daripada seorang saudara islam kepada saudara islamnya yang sebelum memulakan ucapan mahupun kita berjumpa ataupun berpisah)

3- Ketika Salam diucap selepas ucapan kata-kata. ( aku telefon ko. belum ucap salam aku dah cerita yang bukan-bukan. habis cakap baru aku bagi salam. cerita masih deret lagi ni tersusun kat belakang) lebih kurang macam tu le.bukan ini ke budaya kebanyakan orang sekarang. aku pun selalu juga buat. tapi lepas ni tak nak lagi dah. rugi rasanya.

4- ketika ucapan salam itu dipersendakan. (NAH...Ambik Engkau!!!)
aku cerita satu situasi. aku berjalan sama dengan anak buah aku. tiba-tiba ada suara sumbang menyelit...

dia: assalamu'alaikum. nak ke mana tu?

tak ada respon!

dia: tak jawab dosa...(wah semakin mantap usaha.keluar pulak hukum untuk aku).

bila tengok aku tak kasi respon ... anak buah aku pandang aku. aku tengok dia balik then aku angkat kening!

dia bersuara:
kenapa usu tak jawab salam dia tadi. bukankah jawab salam orang itu wajib.

aku: aku nak jawab macam mana dah orang tu tak ikhlas nak bagi salam.

dia: macam mana usu tahu dia tak ikhlas.

aku: yang dia siap cakap aku dosa tak jawab salam dia tu pehal. bila tengok cara bagi salam pun dah tahu tak ikhlas. ayat tu dah lama tak pakai. entah tahun bila dia duduk. ayat dah basi dah tu. berkarat!

dia: tapi macam mana nak tahu dia ikhlas ke tak bagi salam.

aku: bersihkan hati dulu. baru dapat rasa tahap mana ikhlas ke tidaknya apa yang orang tu buat untuk kita.

dia: kene pakai clorox lah macam tu!

aku: apesal?

dia: nak bersihkan hati...

aku: erkkkk....!!! tak payah pakai clorox. jaga solat. rajin baca al-quran dan banyak-banyak zikir. jaga pandangan. jangan banyak ketawa. insyaAllah tak perlu dah clorox-clorox tu.

dia: hehehee...

5) ucapan salam yang sempurna adalah السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tidak ada perkataan "Lillahi Ta'ala" .

6) ada satu situasi prof ni cerita.

a - seorang jemaah masuk masjid ternampak rasulullah S.A.W
Jemaaah: السلام عليكم ورحمة الله Ya Rasulullah
R S.A.W: wa'alaikum Salam warohmatullahiwabarokatuh

b - masuk lagi jemaah kedua: bagi salam juga untuk Rasulullah S.A.W
Jemaah : Assalamu'alaika Ya Rasulullah
R S.A.W: Wa'alaikum salam warohmatullah
c- masuk lagi seorang jemaah bagi salam kepada Rasulullah S. A. W
Jemaah : السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
R S.A.W: Wa'alaikum.

kemudian jemaah tadi hairan. lalu dia mendekati Rasulullah S.A.W dan bertanya:
Jemaah ke-c-: haih...pendek je jawabnya ya Rasulullah.
R S.A.W : Semuanya engkau sudah ambil. tidak ada sedikitpun yang engkau tinggalkan untuk aku.

hihiiii... part sinilah yang aku tergelak golek-golek... bukan apa... aku kan suka berimaginasi. jadi tak heran lah kalau aku gelak sakan dengar cerita Prof tu.

Nota: jam dah menunjukkan 11:36 malam. aku nak tidur dulu. esok nak kene bangun awal. bajet aku pukul 8 setengah dah settle semua kerja aku. InsyaAllah.

check Notez:
1- Sayur
2- Ikan (masak kari)
3- Baju.
4- Kemas rumah
5- siap-siap nak turun meeting (sebelum turun meeting masak nasi dulu)
6- meeting
7- Buzz tempat kerja Arna Aty dengan kawan-kawan( nak makan-makan seafood )
8- Rehat
9- siap-siap nak pergi Dewan Parameswara jam 2 setengah petang.

***Kesimpulannya: Ummie Hintz Ahmad. Sha nak mintak outstation...erkkk?!!!
kes aku dengan anak buah aku tu memang betul. dengan adik siti.
keh keh keh ...

2 comments:

mikhaelahmad said...

ok, nice information. bring back memories. tapi salam bukan semua situasi boleh kasi. kan? situasi apa agaknya?

oh, n cerita Rasulullah tu dari hadis or sekadar cerita?

sha83@kaizer said...

mikha...
ye ke? hihiii tu zmn zmn tak tau menahu kan... tak pe lah tu...
mmmg ada situasi yg cm tu ... nt aku try tnya sifu aku ... aku update lagi ye..

psl cerita tu ...
bkn skadar cerita. dpt dr hadis...
tp aku tak ingat hadis pe yg ustaz tu cakap ... tak smpt nak salin =(