sha nak balik kampung petang ini...lepak rumah mamalah. kepada kenalan atau teman-teman yang baru nak mendirikan masjid tu. sha nak ucapkan selamat pengantin baru... semoga berkekalan di dunia dan akhirat. jangan bahagia kat dunia je tau...muehehehe...
semalam sha layan facebook entah sampai pukul berapa. bukan buat apa pun.. dok bagi ikan-ikan sha makan... hohoooohoooo.. harap-harap si dewa tu nanti janngan le macam hari tu... huh! nasib baik ikan computer... nak hidupkan dewa tu balik kene cas $1 muahhahaa...
sebab tu antara kaizer dan si dewa tu.. kaizer ni lebih besar sikit daripada si dewa... hahhaha... erm....
berbalik kepada entri di atas...
semalam aku kemas-kemas bilik habis kemas bilik. aku keluar lah masuk bilik mandi nak cuci baju ngan mandi sekali. tup-tup... aku dah ready dah nak mandi ... tiba-tiba ... jeng jeng jeng...
menyusuplah masuk seekor ular ... aku tak tau nama ular tu. tapi yang pasti warnanya hitam kehijau-hijauan...(macam mana tu? pandai-pandailah korang imejin sendiri ye)
hendak dijadikan cerita... aku yang dah pegang gayung dalam tangan ni tadi... terkaku sebentar tengok ular tu mencari jalan keluar balik. terasa macam kena
!ketuk akhirnya aku pun tarik tuala yang tergantung kat situ dan lari keluar dari bilik mandi. mana tak aku terpaku .. jarak punyalah dekat giler... wah... rasa masuk filem action masa tu. thrilllllerrrrr gilerrrr beb...
memang ketaq le rasa seluruh anggota badan lepas tu... aku terus siapkan lunch untuk tengahari dulu. sambil-sambil aku sarapan. sambil-sambil aku layan TV.
hendak dijadikan cerita. ingatkan trauma aku habis sampai ke situ je...
semalam. aku nampak bayang-bayang kat tingkap bilik aku. aku ingat kat ular tu, aku nak masuk toilet, aku teringat kat ular tu, nak masuk bilik mandi lagilah...akhirnya, aku melayanlah facebook sampai ke pagi. itupun setakat main ikan. ushar-ushar photo dalam facebook abie. dan update blog.
dalam pukul 3 macam tu aku ber sms dengan adik mus... tanya khabar dia. dan ketika mata hampir terlelap...
telefon berbunyi ring kring kring ... ku angkat ku tanya siapa? ...
aku tengok skrin phone aku... tertera kat situ nombor yang tersangat familiar...
hello .. dia cakap di sana
hello... assalamualaikum... aku jawab...
wa'alaikumsalam... apa khabar? dia jawab...
okay je.. cuma... nak dengar cerita tak? aku pulak tanya dia balik tau...
hah...apa dia? dia tanya...
pagi tadi...ada ular terjah masuk bilik mandi masa tengah nak mandi...
awak okay ke? dia tanya balik.
o.k ... tapi masih suspen lagi rasa ni...
eeee.... apalah ular tu... dia pulak skodeng...warna apa?
hitam kehijau-hijaun...
woh.. tu memang jenis ular yang suka main dalam bilik air?
aik...ada pulak macam tu ke?
yelah...
aku makin bengong dan tertanya-tanya.. apa nama ular yang suka main dalam bilik air ni?
tu ular biasa je.. tak bahaya.. jangan risau.. tapi marah ni kat ular tu?
kenapa?
yelah... dia pulak yang tengok dulu. jeles ni...
aik? dengan ular pun jeles ke?
dalam hati aku cakap... hari tu jeles dengan kucing. sekarang dengan ular pulak...
hehheee...
lain kali hati-hati tau... tengok betul-betul dulu baru masuk bilik air...
insyaAllah. tapi kan bila cerita kat umie.. awak nak tau apa umie cakap?
dia cakap apa?
dia kata ada orang nak masuk meminang kot. tapi saya cakap... bukan mimpi kene patuk ular ke baru ada orang nak masuk meminang?
dia tergelak dengar statement umie tu...
itu kisah antara aku dengan dewa...
lain pulak dengan hal kak ilah... ada ke patut dia cakap.. ular pula yang serah diri untuk masuk meminang .. muahhahha ... kalau ye pun ular tu nak meminang... tunggulah orang selesai mandi dulu.. masuk dari pintu depan .. !ketuk dan bagi salam. ini tak yang dia pergi terjah masuk bilik air pe ke hal?!!!
Nota: kalo dikiss ular tu agak-agak boleh menjelma jadi putera raja tak dia? hehehe...
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
2 comments:
:golek :haha :keterbergolek² :P
dodot... :p
Post a Comment