Thursday, November 19, 2009

Salam Terakhir Buat Tahun 2009


Syukur alhamdulillah. Berakhir juga ya tugas aku untuk tahun ini. dalam setahun banyak hal yang berlaku sepanjang aku menjalankan tugas. aku ingin kongsi sedikit pengalaman terakhir aku untuk tahun ini.

sesi pagi :

awal pagi lagi aku sudah masak nasi. aku takut tidak sempat. dan anak umie & abie pula akan kelaparan di rumah. lauk-lauk sudah aku panaskan. tiba-tiba henponb kesayangan aku berteriak menyanyikan lagu opick-bila waktu telah berakhir. dengan pantas tangan aku mencapai henpon lalu menekan butang read.

sis izan: assalamu'alaikum. sakinah nah nak liluk pingah siduk sekali ya?
( assalamu'alaikum, sakinah nanti jangan lupa bekal sudu sekali ya? )

aku: o.k ko lambet jimit selow plak anum bak pisam kun isyam.
( o.k saya lambat sikit slow pulak air nak masak makanan tok isyam.)

Jam 7 lebih aku mula mengatur langkah menuju ke lokasi tempat aku bertugas. sampai di bilik operasi. aku dan teman-teman aku terus bergegas ke department masing-masing.

ambil port masing-masing .. tangan-tangan bergerak dengan pantas bekerja penuh efisyen sehinggakan mulut pun turut bekerjasama ... huhuu ... sehinggakan manager kitorang bersuara.

" woh entah bile lah nak siap keje korang ni ... asik cerita pasal nenek kebaya je dari tadi !!! "

dengan selamba jawab " takpo eh .. tangan efisyen mulut pun sama hihiiii "

*** agak-agak kalau keje dalam kilang dah kene dah muke kitorang nie, most wanted ler lebih kurang macam tuh.

itu baru tugas pertama...
habis tugas tuh .. kitorang blah pegi jumpa carik BIG BOSS kitorang. naik atas sambil duduk bersila dengan penuh sopan dan lagak seorang gadis ayu ...

sis izan: sakinah, aweslah keluarkan siduk dun. (sakinah cepatlah keluarkan sudu tuh...)
aku: o.k boss!!!

bukak beg kecik aku ... yang berharga Ringgit Malaysia 6.80 sen (kes kes kes)
very mahalkan ?!!! ibarat senyum semanis kambing ... maka, aku keluarkan sudu-sudu ajaib itu. kemudian bersantailah kami sambil menikmati dadih capucino yang dibuat oleh kak izan ;p seedaaapppnyer.... maaf ... iklan ini tidak dapat disiarkan !!! huahuahuaa...

selesai sudah keje part 1...

sesi petang :
sebelum turun ke lokasi .. sempat lagi aku layan lagu insan yang terhina by khalifah. ishkkk speaking pulak dah. aku kemas-kemas ... sebelum turun ke lokasi sempat lagi aku jemur pakaian huahuahuaa... aku dah habaq dah .. memang sungguh efisyen geng-geng kitorang. dengan atur lankah ya pantas aku terus serbu bilik kesihatan;p

di situlah kami bertapa dan memulakan operasi kedua... pengagihan bunga-bunga telur nasi kuning ngan air-air...

pada sesi petang itu. kerja-kerja kami telah dibantu makcik-makcik yang berefisyen lebih tinggi daripada kitorang. yelah... kitorangkan muda-muda belia ... jadi ...pengalaman kureng. mintak pendapat dengan yang tua lah lagi bagus. tapi last-last dorang jugak yang mintak pendapat kitorang. hikhikkk...

siap semua kerja pengagihan...tugas kitorang angkot barang-barang tu diacara kemuncak untuk dibahagi-bahagikan kepada tetamu yang hadir. termasuk ibu-bapa dan murid-murid. kumpulan kompang dengan marhaban pun ada sekali tau. kira meriah sesungguhnyalah untuk majlis khatam al- qur'an sempena kali kedua tahun 2009.

woh..berebut-rebut orang nak dapat bungkusan tuh ... alhamdulillah akhirnya habis jugak. setiap bakul yang kitorang angkot mesti habis isinya. hakhakkkk... laku jualan ek ... jualan F.O.C a.k.a free of cas...tu beb...

habis keje masa on the way balik bilik kesihatan . ada beberapa orang bekas budak-budak yang aku jaga dulu terserempak dengan kitorang. dorang pun tegur lah dan salam.

mereka-meraka : assalamu'alaikum ******, wah lama dah tak jumpa ******. makin cantik 8888888 sekarang....

aku:wa'alaikumsalamwbt .. uitz .. makin cantik ek? kawin je tak lagi nieh...

mereka-mereka: 8888888 kawinlah cepat-cepat. tak sabar nak gi kenduri 8888888.

aku: amboi...doa je lah saya kawin cepat ek .. tak pun korang je lah cari calon untuk saya... (sambil gelak manja dan jeling dengan mata yang nakal)

huahuahuahuaaaa....

***entah bilalah tiba saat dan detik itu ya ?!!!

siap semua tu .. apalagi sesi bergambarlah jawabnya...
apa?!!! nak tengok gambar tu? tak nak le .... malu ... hikhikkkk ...

NOTA: best sangat-sangat dapat buat kerja sama dengan kawan-kawan. syukur alhamdulillah. dalam tahun ni memang jarang gotong royong macam tu diadakan.

0 comments: