Tuesday, July 7, 2009

the one i love is the one i can't have

baca sekali topik nie... sape² yang mengalaminya...pasti ada yang terkena serangan sakit jantung, kencing manis, anemia, darah tinggi dsb...harap-harap bukan pesakit kronik la...aku tak nak pulak adayang mati terkejut ngan entri aku kali ni...

aku tak pasti siapa yang komen kat entri tuh... Egokah Aku?!!! apa-apa pun aku doakan semoga awak berada dalam kehidupan yang tenang...tapi entah kenapa pulak aku terasa pulak dia ni seperti yang aku kenal... apa kita pernah jumpa ya sebelum masuk alam dunia ni?!!! adeihhh... lagik tak logik...

yang pasti tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni kita akan dapat. tak kira dalam situasi mudah ataupun sukar. kadang-kadang kita perlu banyak korbankan kepentingan kita untuk beroleh sesuatu yang ckup membahagiakan tapi tak semestinya kebahagiaan itu akan berkekalan setelah semua kepentingan diri kita telah kita korbankan.

tak semua yang kita sayang dan cinta itu boleh membahagiakan...dalam kebahagiaan pasti akan rasa sakit yang bertandang tanpa dijemput. sebab itu adalah lumrah kehidupan.

love is cinta...cinta is love...tiada sapa yang bisa menghuraikan dengan lebih jelas apa sebenarnya cinta. Namun bagi aku seorang hamba Allah... cinta itu satu kewajipan dan menuntut satu pertanggungjawaban yang amat besar. bila fikir tentang tanggungjawab...aku sendiri rasa takut untuk untuk kenal apa itu cinta?!!! budak-budak jangan cuba main cinta ya ?!!!

kenapa aku kata ia satu tanggungjawab?
bagi dengan cinta inilah kita boleh mendidik orang yang di sekitar kita untuk berbuat baik..meninggalkan segala anasr-anasir yang yang boleh merosakka akhlak mereka, jiwa mereka, pegangan mereka dsb yang sewaktu dengannya.
dengan cinta kita boleh pupuk iman dalam jiwa orang-orang yang berada di sekitar kita...
dengan cinta... kita masih boleh wujudkan kehidupan yang dalam keadaan aman dan damai...
dengan cinta jugak...
boleh menjauhkan diri kita dari sifat seorang yang berdendam, tanpa permusuhan dan persengketaan...
bukankah semua itu? merupakan satu tanggungjawab yang besar?

sebelum anda menerima cinta seseorang atau meluahkan rasa cinta kepada seseorang...fikirlah...
apa anda telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang sebesar ini? nampak amat mudah...hakikatnya...sukar untuk digalas...

jika benar ia adalah satu perkara yng mudah?
tidak akan keluar perkataan dari mulut anda...
*mungkin jodoh kita hanya setakat ini sahaja?
*mungkin saya bukan yang terbaik buat diri awak?
*saya yang bersalah...
*maafkan saya...

betul atau tidak? jawapannya ada dalam diri anda semua?!!! betul kata kak liz...apalah yang seronok tentang cinta ni? entah apalah yang orang lain fikir tentang cinta ni. sedangkan hakikatnya cinta itu perlukan tuntutan satu tanggungjawab yang besar pada hakikatnya...

kenapa berlaku kadar penceraian yang tinggi dan kes buang-bunag bayi?!!! semuanya kerana ini..dan inilah jawapannya. bukan kerana tersalah pilih. namun rasa cinta itu yang wujud bukan kerana atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. bukan kah setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah...tak kira sekecil mana pun perkara tersebut hatta hanya sekadar memberi senyuman yang ikhlas kerana Allah?!!!

NOTA: jangan fikir rasa suka dan sayang itu adalah cinta sebenar-benarnya...kerana selagi kita belum diuji kesetiaannya ... selagi itu kita tidak boleh mengakui bahawa hal yang kita rasa itu adalah cinta...

0 comments: