Friday, July 10, 2009

Kuliah Jumaat

RENUNGAN KITA BERSAMA

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga
ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia
telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami
telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10
pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan
kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai
bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada
terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta
kemewahan dunia.

Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

terima kasih ayah dol

0 comments: