assalamualaikumwbt semua dan selamat sejahtera...
apa khabar semua...baca perutusan daripada aku ni ... hihihii...
sepanjang penghujung tahun 2008, macam-macam hal yang telah berlaku dalam kehidupan aku. nama pun detik-detik akhir 2008 lah katakan. aku sendiri pun tatau dari mana nak start dulu nie...agak2 kalau aku cerita step by step buleh kot kan kan kan...
bermula dengan trip ke sarikin...
al-kisah bermula, pagi khamis 19hb 12 2008, kepala aku rasa macam nak pecah. jadi, aku buat keputusan nak duduk je kat dalam rumah. bukan setakat tu je. selepas aku mandi aku rasa seluruh badan aku menggigil "giler" ... konpem aku demam masa tu. tghari tu aku dapat panggilan daripada akmal. aku layan je lah ingat kan dia tak perasan tapi alih-alih dia tanya aku demam ke? aku jawab ha'ah...adushhhh...
jadi kesimpulannya, disebabkan demam aku semakin menjadi-jadi petang tu akhirnye 20hb aku tak buat kepututsan utk tidak mengikiut trip dorang. sbb aku tak nak susahkan dorang. aku tau kalau aku demam konpem tak leh bangun...jadi, terlantarlah aku selama 3 hari di atas katil. aku cuma bergantung pada minum air kosong dan makan ubat sahaja, langsung tak ada makan nasi dan yang lelain...disebabkan keje aku tido memanjang jadi aku tak layan mana-mana panggilan pun bukan apa sebab aku mmg tak dengar pun panggilan tepon dpd dorang. sudah le kredit aku mintak nyawa...last2 abang aku transfer rm10 utk aku berjuang...itulah cerita sadis pertama penghujung tahun 2008 aku...KESIMPULANNYA >>> NO TRIP!!!
al-kisah sepetang kepulangan umi, abi dan hisyam dari trip...aku dapat panggilan daripada abi suruh berkemas...mana tak nya abi nak ajak pindah flat bile dpt gambar dpd aku yang Matu dilanda banjir...bolehlah dikatakan banjir besar jugak. sampaikan air dah cecah satu kaki kat atas jambatan tempat aku lepak tu. hehee...jadi malam tu antara maghrib dan isyak kitorang pun berangkat ke daro...tapi yang pastinya abi terkejut tengok barang-barang aku satu beg besar, satu beg sederhana dan tak termasuk lagi beg plastik dan 2 lagi beg kecik aku...dengan selamba aku jawab...kan nak pindah...hehee...jadi kesimpulan nya penuh lah kete kelisa yang comel lote tu dgn brg2 aku huhuu...
kisah 24hb dis 2008...
pagi tu aku berkemas rumah sperti biasa dan memasak. aku message kat kawan aku atiey jd tak dia pergi sama dengan aku ke sarikei...atiey jwb dia tgh cuba settlekan keje dia dulu nanti kalau sempat dia ikut aku dr belakang kalau tak senpat gak naik express pukul 4 ptg atau pun pagi esok terus dia datang....
aku kasi tau kat dia dgn konpiden abg aku dh tunggu aku di sarikei jd aku kene pergi jugak pukul satu ni...dia kata o.k...habis semua kerja-kerja aku...abg aku hantar aku ke express lepas tu aku terkejut beruk bila tengok atiey muncul kat depan pintu express...hehehee...
korang nak tau insiden apa pulak dalam express? baju aku terkene pelekat yang ada kat kerusi penumpang (maksudnya kat belakang tpt duduk aku le...bahagian tempat nak bersandar) bukan takat beku tu je tau...siap tudung aku yg putih tetibe ada warna tambahan kaler hitam lagi tuh...aduihhh...hari tu aku rasa peristiwa sadis pertama yang melanda aku...betul-betul buat aku rasa tak selesa dgn tudung yang kotor serta baju yang rasa nya melekit je..ish ishk ishkk...sesampai di sarikei aku call abg aku rupe2nya abg aku dh balik kpg mertua dia...adeshhhh ... jadi tak berkesempatanlah aku jumpe kakanda aku itu...
projek pertama aku dgn atiey pergi BSN sampai di BSn panjangnya barisan...alih-alih pergi bank rakyat tapi tak dapat pulak keluarkan duit. Akhirnya pergi ngiuke...tetibe berkenan lah rasa di hati nak berbeli hadiah lampu utk si pengantin keesokan harinya...tapi timbul pulak masalah kapal layar kat lapu tu koyak...adeshhhh...memang sah tak ada pilihan jadi dengan perasaan hampa dan kecewa aku ngan atiey ni meredah hujan pergi bangunan sebelah nak makan di sugarbun..perut pun dah lapar tahap pokok kelapa dah...selesai makan di situ kitorang naik keta kawan atiey dan hantar satu dokumen ke JAN kot hehhee lupe pulak...balik dari situ berhenti depan ngiukee dan kitorang ke bank rakyat lagi...alhamdulillah dapat pulak beroperasi...jadi lepas tu terus ke ambank utk selesaikan urusan atiey yang seterusnya. cuma pergi maybank je tak sempat...selesai urusan di ambank kitorang ke BSN aku cek...adeshhhh...gaji tak masuk lagi lahhh... aku amik je lah saki baki yang tinggal kat dalam akaun...kemudia kitorang pergi cari hadiah sekali lagi...
pilih punya pilih kitorang beli le lampu emergency hehhee...lepas tu cari pulak kad ucapan dengan kertas pembalut...tak ada pulak pilihan kat siti...alih2 beli je lah apa yang ada...kad ucapan pulak beli kat tempat lain sebab di situ tak terdapat jualan bagi kad ucapan...
yg sadis nya balik ke rumah pengantin ingatkan nak ambil barang je sbb dah rancang nak check in hotel...tetibe je dorang cakap hotel semua dah penuh...hendak dijadikan cerita alih-alih aku ngan dia pun tidur di rumah pengantin...
aktiviti sebelah malam lepas makan-makan aku ngan atiey pun tolong iron langsir utk bilik pengantin, tak lama lepas tu atiey keluar dengan kawan dia beli barang sikit...jadi aku sambung pulak kerja-kerja dia...habis semua langsir aku iron aku terus iron baju-baju aku kemudian aku tolong iron baju pengantin perempuan hehhee...bertuah punye kawan kan kan kan...baju sendiri dibuatnya dulu mana tak pengantin risau tengok...settle je kerja aku jadi sedikit sebanyak tolong le jugak pengantin perempuan ni atur langsir bilik dia hehhee...penghujung nya juruhias pun datang dan aku ngan kawan aku pun dapat lah rilex rilex hehhe....tapi yang pastinya malam tu tidur pukul 2 lebih...
pagi tu aku terbangun sekitar pukul 4...mata aku tak leh nak tidur lagi...pukul 6 suku pagi dah nak kene bangunkan dewa83 pulak...jadi...aku main2 je henpon kat dalam tangan aku pukul 5 stgh baru aku angkat dari tempat tidur masuk bilik sebelah dan nak mandi semua...pukul 6 aku dah siap cuma tak pakai tudung lagi... jadi aku call dewa83...dia bising sbb aku bangunkan dia awal sangat ... dia cakap 15 minit itu amat berharga...nak tak nak aku bangunkan dia terus pukol 6 dua puloh minit pulak...baru lah dia nak bangun...ishk ishk ishkkk...
selepas atiey bersiap kitorang pun sarapan dengan pengantin...hehhee...tak sangka pulak bermalam di rumah pengantin kan siap tidur dalam bilik pengantin lak tuh...ishk ishk ishk...
selesai semuanya aku dengan atiey pergi rumah sebelah pengantin hehhee korang nak tau ...kat situ kitorang tengok pengantin dihias hehhee...pertama kali tengok pengantin dihias aku ni sebenarnya...siap aku rakam video lagi...
di dalam majlis tu le aku jumpa kawan lama aku yang seorang lagi iaitu dayang hazwani...sok sek sok sek jugak le ngan dia hhehee...
sepetang itu abang aku ambil aku lambat sikit, jadi aku duduk le mula-mula tu di wharf express kan...tak lama lps tu muncul pula si nashriq kawan lama aku jugak...jadi aku pun lepak-lepak dengan dia baru aku tengok atiey dgn kawan dia mula bergerak ke kuching...
aku pun lepak le ngan nashriq sehingga abang aku sampai bila abang aku sampai sempat lah tukar2 nombor tepon ngan nashriq utk tujuan masa depan sbb kitorang dah rancang nak adakan reunion tapi tatau bila lagi nak buat...
bila aku pikir2 balik kata-kata kawan aku sekolej yang aku ni tak pernah dan tak akan keseorangan...aku akui le kata-kata dia sekarang...memang semuanya berlaku secara kebetulan...tapi bagi aku itu semua doa-doa daripada orang-orang yang sayang kan aku dan inginkan keselamatan aku terjamin...syukur alhamdulillah...
jadi bermula 25hb sehingga 28hb aku berada di nyabor...
malam 28hb baru kitorang bermalam di saratok rumah abg aku...best lah duduk situ ... tapi di situ aku pecah rekod bila makan 4 kali sehari ishk ishk ishk...orang dah hidang aku makan je lah...
erk...korang ingat tak cekgu matematik yang aku pernah cerita tegur pasal poster nick kat atas meja aku hhehe...aku jumpa cekgu tu lah di saratok hahhaha...itulah dia...perancangan Allah...
pertama sekali yang terlintas kat dalam kotak pikiran aku masa tu ialah, mesti cikgu hassan teringat tentang kisah aku masa aku belajar2 dulu...sadis sadis...nasib baik aku ni pelajar yang o.k le dalam kelas isteri dia...kira tak bermasalah cuma ... aku ni jenis yang terlalu banyak bercakap dan bercerita...sampai cikgu rosyimah cakap aku ni sesuai jadi peguam...harharhar...
yang lawaknya malam tu bermimpi pulak aku ... yang ni aku cerita lain hari...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi hantar msg tahun baru dan maal hijrah pada aku...maaf jika tak terbalas, aku tak sempat nak tambah nyawa kredit aku...jadi kesimpulannya aku kene berjimat...
yg pasti malam tahun baru tu aku tidur sebelum pukul 12 hehee...
teringat msg daripada seorang sahabat dia cakap yo! happy new year... aku jawab lah happy new gak kat dia lepas tu aku cakap celebrate dalam mimpi...ade ke patut dia balas nanti kalau mimpi yang bukan2 cemaner? adoyai...sampai hari ni aku masih carik sape gerangan yang empunye nombor maxis tersebut...
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
2 comments:
wah..sha..panjang lebar cerita kau..dari satu tempat kesatu tempat kau belayar...x mabok laut ke..?hahaa
hahhaaa anaz...laut insyaAllah tak..tp part darat tuh yg tak tahan tuh uwekkkk...jom ikuti lak pengalaman aku memakai tali pinggang kat tpt duduk belakang hehhee...
Post a Comment