Wednesday, November 5, 2008

RM500 = 24 jam sebulan = 2 hari seminggu = 6 jam seminggu = 3 jam sehari

ape kes ni ?!!! hekhekhek…

haaa inilah dia keje aku. kalau dalam sebulan tak cukup jam bekerja silap haribulan kalau tak kurang gaji. entah² tak dapat elaun gak hihiii…jadi bila kelas cancel kenalah ada kelas gantian gak. jam kene cukup.lepas tu pulak sebelum ni setiap tahun ada ujian & interview sekali. daripada beratus-ratus orang yang memohon akan disenaraikan pula sesiapa yang layak untuk diambil bertugas. dan syukur alhamdulillah aku masih tercalon lagi. lagipun bukan senang nak dapat kerja sekarang ni.

dan sejak setahun yang lalu kami yang telah lama bekerja telah diserap masuk dan tidak dikenakan ujian & temuduga…dan dengar cerita kontrak tersebut berlanjutan untuk 2 tahun sekali pula. tatau lah sejauhmana kebenarannya. di setiap negeri jumlah pendapatan adalah tidak sama. lain kerajaan negeri lain pulak jumlah pendapatannya. bahagian utara dan selangor dengar cerita lebih daripada RM600.
di sini aku nak cerita pasal pengalaman pertama aku di uji dan di temuduga hehee… itu penghujung tahun 2005. aku sekelas dengan dua orang lagi yang sama bekerja dengan aku. namanya kak siti dan kak atiey . semalaman aku tak leh nak tidur. al-maklum baru nak bukak kitab balik. lama dah aku tinggalkan. bertahun-tahun.

aku mula dgn nama Allah. atas niat yang satu kerana Allah dan aku baca al-fatihah surah an-nas dan surah al-ikhlas. serta selawat 7 kali. dengan darah gemuruh aku cuba nak jawab soalan tu tak sampai 5 minit tetibe nama aku dipanggil keluar…adoyai baru nak jawab soalan kene interview pulak. ujian berlangsung selama 2 jam kalau tak silap aku. hhehee…

sampai kat depan aku mintak izin duduk dan diberi keizinan. dengan rasa rendah diri dan malu nya aku tarik kerusi dengan sesopan yang rasa dan kemudian duduk. kemudian aku dsuruh membaca ayat yang ada kat depan aku tu. aku baca dengan tenang tapi ntah kenapa tibe² suara aku tersangkut di kerongkong dan tak keluar pulak. nasib baik tak tersepit adoyai. ustaz tu pun suruh ulang balik bacaan lepas tu alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. ah sudah bila dia tanya pasal surah ada ke patut aku tak hafal surah al-balad…aisehmen! lepas habis baca ayat tadi tu kan ada beberapa patah perkataan bahasa arab yang dipetik dari ayat-ayat yang dibaca tadi. ia perlu diterjemahkan. syukur alhamdulillah takdir Allah menyebelahi aku. aku dapat menjawab dengan baik. meskipun aku tak pernah belajar bahasa arab. tapi masa di kolej dulu ade jugak lah usatazah dok ngajar sikit sebanyak tafsiran daripada ayat² al-quran.lepas tu aku ucap terima kasih lah sebab dah temuduga aku kan then aku duduk tempat aku balik dan sambung balik jawab paper tu.

the next year nya pulak nama aku tak dipanggil balik bertugas. aku agak² aku tak layak dah aku pasrah bebenor kan… dua minggu lepas tu aku dipanggil balik bertugas. sebenarnya untuk pertengahan tahun 2005 tu aku hanya sekadar menggantikan tugas salah seorang cikgu tetap di sekolah tersebut. ustazah ambil cuti bersalin awal. jadi untuk ujian hujung tahun tu tadi kira aku ni untung sabut timbul untung batu tenggelam…hehhee…dan sekarang dah masuk 3 tahun dah aku bertugas di tempat yang sama. namun, di sudut hati aku yang terdalam aku masih jugak cuba memohon untuk bekerja dalam jabatan kerajaan. setakat ni pihak kerajaan belum nampak lagi kewujudan aku. macam mana ni?!!! aku nak sangat bantu kerajaan dalam meningkatkan mana-mana jabatan dalam Negara kita ni. yang penting aku mesti bayor MARA aku hhaha….duit rakyat tu kene bayor cepat-cepat, tapi selagi aku tak dapat keje tetap ni memang susah aku nak bayor. kejap aku bayor…lama-lama aku tak bayor, pahtu bayor lagi…nama pun keje tak tetap jadi memang tak mampu rasanya nak ikut jadual pembayaran tu. harap-harap lepas ni kerajaan dah nampak aku dan offer aku kerja di jabatan dorang.

NOTA: sekiranya aku diberi pilihan cewah…demand le pulak. aku minat kerja pembantu pengurusan murid (pra-sekolah), pembantu tadbir gred N17(perkeranian/operasi), pembantu perpustakaan, lepas tu aku minat pulak kerja² pembantu pembangunan masyarakat…sebab dlm senarai tugasnye kalau tak silap aku ada cerita pasal kerja kat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua, antidadah pun aku berkenan jugak..tapi aku sendiri pun tak cukup zat bitamin ni..dah nampak macam setarap ngan dorang gakz ahakz!

0 comments: