Ceritera 1.
Hahahaaaa terbeliak biji mata korang…mesti korang tertanya-tanya sapelah gerangan yang bernama dewa83 nieh hahhaha…biar arg….
Sebenarnya aku kenal dia bukan dari blog, aku kenal dia melalui henpon hahha tak jugak chat cupid maxis mana ada cupid kan? Bukan jugak salah nombor hahhaha..abih tu korang rasa ape ek?!!!
Kesian dewa hari tu dlm perut dia ada butterfly…dia pigi klinik doctor kate angin, korang nak tau dia mintak mc tapi tak dapat kesian le jugak kan..tapi sikit2 je….salah dia sendiri … sakit-sakit pun masih jadi raja lawak…sampai doctor tu gelak golek2 ats lantai hahhaha…( .erk…korang dapat bayangkan tak?)
Dah sah sah dia tu lelaki ade ke patut cerita kat doctor kadang2 tu rasa macam ada ank menendang dalam perut lah lepas tu abih je doctor cek siap dia tnya doctor ada ank ke tak dlm perut dia….ishk ishk ishk…kalau orang mengandung memang le tak dapat mc lain cerita kalau bersalin hahhaa….
Sebenarnya hari tu dah masuk 2 hari aku sakit perut, tak sangka pulak dia ikut sekali…dia memang tak pernah nak biarkan aku sakit seorang-seorang,,,tapi ada satu yang tak syok…sakit sakit pun masih lagi buli orang ye? Tak patut betol maaa…apelah dia tu…kesian saya….tapi yang pasti bila dengar dia sakit sangat perlahan-lahan rasa sakit perut aku hilang dan takde lagi dah sakit…tapi dia yang makin kesakitan…
Aku dah cakap jangan ambik sakit aku tapi dia tetap nak amik gak…abih tu aku nak sakit apelagi kalau dia dah amik semua…ishk ishk ishk …
Tapi sekarang ni kerap jugak dia sakit lepas kenal aku….erk…dah jadi macam pembawa virus pulak aku hahhaa…tapi malam 1hb nov tu memang aku temankan dia sampai ke pagi pahtu sambung balik pukol 6 lebih hingga aku tertidur dan terbangun pukol 8 stgh…
Dewa ni pernah jugak chat kat blog tapi jarang lah…yang pasti aku kenal dia melalui henpon dan 1st time sembang ngan dia sampai pukol 7 stgh pagi kalau tak silap…itu pun asik gadoh je…tatau le dia memang suke cari pasal…tapi sekarang aku pulak yang suke carik pasal kat dia hahhaha….
Walau apepun aku tetap romantic hahhaha tak percaya Tanya dialah hahaa…
PERHATIAN: apakah isu ini akan jadi pencetus kontroversi sekali lagi di blog ni hhahaaa…dulu isu sembang dengan mak “seseorang” hahhaa…tungguuu!!!!!!!!! Apa-apa pun tunggu bahagian kedua kisah aku dan dewa83….
Ceritera 2
Keesokan harinya aku col dia Tanya kat mana. Ingatkan dia pigi keje. Rupanya tak? Dia rehat kat rumah tapi tak lah rehat sangat sebab dia kemas- kemas rumah dan baru je pindah situ.
Hendak dijadikan cerita petang tu aku col dia nak tanye keadaan dia cemaner….ade ke patut dia dah pergi join karoke ngan kawan dia dah….hahhaa…banyak lah dia punya anak dalam perut…
Malam tu aku maen2 message ngan dia…
After pukol doblas memang dah rutin aku untuk col dia seblom tdoq…tapi dia masih ada hal…discuss pasal bilik. Ermmm lepas tu aku col lagi kali kedua takut dia dh abeh kredit…(erk..memang pun) hehhee…dia masih discuss lagi…
Dan tak lama lepas tu dia antar message aku tgk nombor sepupu dia haa kan dah cakap….aku tros col…lebih kurang setengah jam sembang aku dengar macam suara adik dia panggil dia aku Tanya apa hal kecoh sangat. Dia cakap kawan dia transit dari kampong. Owh….aku soh dia p jumpa dulu tapi dia tak nak, dia nak sembang gak ngan aku sebab dia tau aku malam ni kompem akan tdoq bila dah letak bawah henpon. Hehee…macam tetau je dia ek….yelah…memang lah aku akan tidoq bile dia lama sangat hahha…aku tak kira apa dia cakap aku pujuk dia untuk pigi jumpa kawan dia. Sian dia datang dari jauhkan…aku soh dia pigi jumpe dulu….aku kemudian pun tak pe. Dia pigi lah jumpe…
Sambil tunggu dia aku main2 henpon tatau lah tetibe je henpon aku alami masalah yang terlalu besar aku off dulu henpon aku lepas tu alhamdulillah pulih seperti sediakala…tapi masa tu aku memang dah sedih sangat3 dah…
Bila hal tu settle aku message lah panjang berjela kat dewakan bitau masalah henpon aku. Sebenarnya dia pernah offer nak beli utk aku tapi aku tak nak…cukuplah aku tak topup maxis aku sangat....
Tapikan hari tu dia ada soh aku pakai bil (u mobile) nanti dia yang bayarkan…erk…hermmm dia tak soh aku gune celcom number lagi gara-gara ada seorang mamat tu dapat fon number aku dari kawan aku…
Dia tak lah nak halang aku geng dengan mana2 laki. rudz o.k ape..selalu jugak bermesage dengan aku gune maxis lak tuh. Tapi tak de pun dia bising…eh silap..dia tak pernah bising Cuma mintak aku tukar nombor tu je…
Aku sebenarnya sayang sangat dengan 019 aku tuh…
Sebab nombor tu bagaikan permulaan hidup baru aku selepas zaman kejatuhan aku, nombor tu jugak yang banyak berjasa kepada aku. Tak boleh aku nak buang macam tu je….dan aku memang tak kan buanglah pendek katenye..Cuma aku akan jarang on number tu…lagi pun kekawan aku kat sini semuanya pakai 019. kesian dorang bila nak contact aku…aku tak boleh piker diri aku seorang je…
Harap2 nanti dia pahamlah kan…sebenarnya aku tak discuss lagi nombor 019 ni kat dia hahhaa…dia tatau apa-apa pun…nanti2 lah aku cerita kat dia…
Tetibe je dia col dlm pukol 6:43 pagi..aku col dia balik..aku sembanglah dengan dia sembang punya sembang aku sendiri tak sedar apa endingnya…dan aku rasa aku tertido kot…
Yang aku ingat dia tnya aku..aku marah ke kat dia. Aku cakap tak. Dia cakap dia tau aku marah sbb tak angkat col tadi. Masa tu dia tengah makan kat kedai mamak dengan kawan dia. Dia cakaplah tu lah pasal dia tak nak layan kawan dia dulu mesti nanti kene tunggu lama…
Betol jugak apa yang dia cakap tu…malam tu bukan apa aku dengan dia tengah discuss masalah dia.. dia tatau cemane nak cakap dia nak berhenti kerja kat tempat dia kerja sebab dia dapat offer kerja kat tempat yang lebih baik lagi…erhmmm…
Tengah syok cerita pasal tu tetibe je ada orang nak jumpa dia…yelah…nama pun dah tetamu jadi aku soh dia pigi jumpe lah. Tak kan aku nak ngajar dia abaikan tetamu pulak…tetamu mesti dilayan dengan baik…
Tak lah aku marah kat dia… aku paham…Cuma aku sedih sangat malam tu pasal henpon aku.. tu je…aku tak nak cerita sangat nanti lain pulak jadinya…
Tapi kan yang pasti sakit dia dah beransur pulih Cuma dalam process nak sembuh sepenuhnya je…kalau dia jaga jadual makan dan makanan yang dia makan memanglah akan cepat elok. Tapi, macam tak ada apa yang berlaku je aku perhati dengan pendengaran aku masih jugak dengan tabiat lama…hahhaa
Ceritera 3
Hehee…lawak betol dia hari ni…dalam sehari entah berapa kali dia col…tetibe je in the endnye dia cakap dia rindu hahahaa…patot le…kesian…
Hari ni tadi dia pi temankan kawan-kawan dia jalan. Jadi sebab tu jugak aku tak nak kacau dia hari ni. Jadi masa petang tu aku sesaje nak col dia Tanya keadaan dia macammana kan? Nampak gayanya dah semakin okay dah…alhamdulillah…
Hari ni jugak dia dok sembang dengan umi…adoi…umi ngan dia bising kat aku sebab tak pernah cerita pasal dia kat umi sebelum ni. Bukan tak de cerita sebenarnya ada…tapi tak lah banyak kan…Cuma pasal dia selalu top up nombor aku….( kwang kwang kwang ) ketahuan sudah sape orang nye…
Aku rasa hari tu aku cakap umi pergi ngan kawan nanti dia nak pergi ngan famili dia…tapi tatau la kalau dia salah faham kot….tapi tak apalah..atau aku yang salah cakap sebab aku rasa aku jawab nanti2 dia pegi ngan famili dia lah…betol jugak ea…dia Tanya lain aku jawab lain kwang kwang kwang hahhaha….
Wahhh mesti banyak isu nanti…adoi…haaa amik engkau sha…suka cakap berbelit hahhaa…
Korang agak kan apa tindakan dia kalau aku bitau kat dia yang budak kay ada hubungi aku lagik? Heheh aku dah story kat dia sebenarnya. Aku cakap lah budak tu macam nak mintak tolong tapi tak jadi pulok hahha…lepas tu dia Tanya mintak tolong ape? Aku jawab lah mintak tolong entah lah…sebab dia cakap lain kali je…
Ermmm…
Aku pun tak berapa nak paham masalah remaja zaman sekarang neyh wakakkaka…yang aku tau…dia banyak buat aku gelak…aku marah macam mana sekali pun bila dengar dia celoteh memang tak kering gusi sampai aku cabar dia masuk raja lawak. Pegi odisyen…tu lah dia…
Setakat ni alhamdulillah lah pendapat aku pasal dia. Tapi bila piker balik kenapalah aku tak terpikir nak pi soh umi aku jumpa dia dulu kan…rugi tol tapi kalau betol dia dapat jumpa umi abis lah aku dia buliiiii tak boleh tak boleh…banyak cantik dia nak buli aku….saje tu nak cari peluang…tak nak lah…
Tapi yang tak syok nye umi kasi greenlight dia nak mai sini…ishk3…aku tak nak lah layan dia…nanti dia sahaja nak carik peluang nak kenekan aku .. kalau dia datang biar arg dia idop seorang2 aku tak nak layan dia…erkkkk jahat gak aku neh..tapi nak buat cemaner hhahaha…
Yang aku tau dia sesuka suki je buli aku…tapi aku tak lah amik hati sangat sebab aku dah tau sangat pe’el dia cemaner.
Hari tu adik dia mintak tolong dia nak gunting rambut. Mula-mula dia nak sembang ngan aku. Aku cakap pigi gunting rambut adik dia dulu kesian adik tu…dia pun pigi lah dengan terpaksakan…korang nak tau ape jadi lepas tu…abeh dia gunting rambut dia sambung balik lepak ngan aku…tetibe aku dengar adik dia bersuara dari belakang bitau kat dia…nanti ko jangan soh awek ko tengok aku sebab aku takut nanti dia jatuh hati pulak kat aku…adesss…aku cakap lah kat dia kan cube kasi tau adik tu kalau aku tak soh dia pi gunting tadi belom tentu lagi dia nak ensem sekarang hahhaha….adek dia cakap itu dah melampau tuh hahaha….
Bila dengar dia sembang ngan adik dia memang happening gilos…aku pun tatau menahu isu apa mesti gelak jugak…
Tapi hari ni tadi 2 November 2008 hari ahad …
Dia sakit kepala. Aku dah cakap jangan redah hujan tapi dia tak peduli. Ermm tu lah akibatnya…lambat tak pe asalkan tak sakit…baru je nak sehat datang pulak sakit lain. Dia mana tahan kene ujan. Tapi degil jugak nak main dalam ujan…budak2 zaman sekarang memang susah nak dengar nasihat…tapi kan…korang agak2 kalau dia tau pasal kawan aku yang seorang lagi cemaner lah respon dia ye…
Nak tau kisah selanjutnya pi cek balik title kenapa singgah tapi tak masuk….ceritera 5 kot hehhee…
Nampaknya hajat dia nak sembang ngan umi dah kesampaian…syukur alhamdulillah…
Ceritera 4
KiSaH RaYa aKu DaN DeWa83
Puasa ni tadi dia adalah kirim dua helai tudung dan kad rayo…yang aku tak sangka jenis kad rayo yang dia kirim kat aku tu memang sama dengan yang aku kirim kat dia. Jenis yang memanjang. Tapi tak samalah muka depan ngan isi kad tuh…
Jadi…hendak dijadikan cerita rayo tu tadi…lambatlah kiriman dia sampai. Tu buat dia sedih sangat. Tapi tak apalah … nak buat macam manakan…
Ada satu lagi kisah aku sembang ngan adik dia nurul izzah, ini dia perbualan aku ngan adik dia…
Aku: adik buat apa pagi-pagi ni kenapa adik tak tidur…bangun sahur jugak ke?
Adik: tak lah…
Aku: abih tu adik tak puasalah?
Adik: ha’ah adik tak puasa lagi…
Aku: adik dah sekolah ke?
Adik: dah sekolah dah.
Aku: sekolah kat mana?
Adik: sekolah kat tadika.
Aku: kat sekolah belajar apa?
Adik: kat sekolah belajar mengeja…
Aku: eja apa?
Adik: aaaa….eja macam-macamlah…
Aku: o.k akak nak dengar cuba adik eja saya…( ah sudah memang semua soalan standard punya…
Adik: aaa….macammana ea?....alah tatau lah akak…
Aku: o.k tak pe…kalau eja ayam pulak tahu tak?
Adik:eja ayam adik tahu….a…A…yam…YAM…AYAM
Aku: wah…pandailah adik eja ayam…
Tiba-tiba aku dengar abang dia menyampuk dari belakang…
Abang: adik…mintak duit raya kat akak dek…
Adik: akak…nak duit raya?
Aku: owh…nak duit raya ye…kene datang sini dulu baru boleh dapat duit raya…
Abang: adik…bitau kat akak…kakak kedekut…
Adik: eh eh…dia cakap nak bagilah tapi kene datang umah akak dulu…orang nak bagi dia soh kata kedekut pulak…
Hahhaha…..padan muke….
Mula-mula takut jugak…hahha budak-budak mana tau kan dia boring ke sembang ngan kita…tapi terus terang aku cakap memang blur aku time nak sembang ngan adik dia hahhaa….tu lah keluar semua soalan skema…
Tapi sejak 2 menjak ni banyak perkara yang aku ngan dia buat sama-sama tanpa dirancang…bila Tanya dia buat apa…tak sangka dia pun buat perkara yang sama…hrmmm…
Tapi part sakit tu memang ketara…bila aku sakit mesti dia sakit jugak…tapi aku anggap tu semua kebetulan sahaja…
Ceritera 5
Aku dah bitau dah dengan dewa akan hal tersebut…kesian dia…aku tak ada niat nak buat dia jeles ke. Tapi aku rasa dia memang ada hak untuk rasa jeles. Yang aku tau aku tak buat apa-apa pun. Dalam hal ni tak ada siapa pun yang bersalah. Teman aku, dewa mahupun aku sendiri semuanya tak bersalah…tapi betol jugak apa teman aku cakap tu…kalo aku tak gitau cemaner dia nak tau…jadi aku ceritalah dari A to Z … syukur alhamdulillah aku rasa masalah tu dah selesai…
Kenapa dulu tak ada cubaan yang sebegini….tetapi kenapa baru sekarang ianya wujud? Itu yang aku hairan…dulu masa aku dengan orang lain tak ada pun kes macam ni…umi cakap biasalah umor dah masuk 25 memang masa tu lah paling top…
Bukan takat kat siber je…dunia reality aku pun macam tu jugak…aisehmen…cemaner tuh…bile keluar rumah rasa tak selesa bila orang dok perhati kita kan…dulu tak ada pulak macam tu…agak-agak aura aku nak jadi seorang artis kot…tapi aku je yang tak nak jadi artis hahhaa….sebab konpem nanti filem dengan album konpem sesangat tak laku…yang beli dan tengok wayang pun ahli keluarga aku je itu pun kalau diorang nak pergi tengok…entah2 aku kene belanja kepsi dulu baru dorang nak gi tengok huhuu…
Korang agak-agak kan 3 tahun tu lama tak?hahhahaa….
Ceritera 6
Cerita pasal adik dia yang tinggal dengan dia satu rumah sewa dengan dia memang lah ada kerek siket … aku lah yang kerek tu sape lagi hahhaa…
Bila dia mintak excuse nak pi toilet ke hape ke adelah orang yang menyelit tu nanti…tak lain soalan dia…
Sapa nama?
Kenapa nak tau?
Yelah kata nak jadi kakak ipar…ni dia adik ipar kenelah gitau kat adik ipar ni…
Eh macam tu pulak…tanyalah kat abang awak…
Tak nak lah…nak Tanya dengan awak jugak…
Hahhahahaa….
Abang dia pun datang…
Aku ingat lagi perbualan tepon malam raya tu dengan dia…aku dah janji dengan abang dia nak call pukul 12 stgh…tapi kerja aku tak siap lagi sampai pukul 3 stgh baru nak siap…malam tu aku buat kelupiz jadi…memang memakan lama masa jugak nak balut nasi tu dengan daun kelupiz…
Jadi aku call kira pukul 4 pagi macam tu…tapi tetibe malam tu dia tidur dalam bilik, bilik berkunci henpon kat luor…jadi adik dia yang angkat…
Aku: assalamua’alaikumwbt…
Adik: wa’alaikumsalamwbt…nak cari siapa?
Hehee berbunga betol bahasa dia hahha…
Aku: nak cari mamat ada…
Adik: ada…tapi dia dah tidur kat dalam bilik … dia kunci bilik dia…
Aku: hah! ( terkejut…aku dah gelabah takut dia marah…)
Pahtu aku sambung balik…
Aku: kalau macam tu tak apalah…nanti kalau dia bangun tolong bitau kat dia saya mintak maaf sangat3…bukan tak nak call tadi … dan tak nak angkat call..tapi saya sebok buat kelupiz kat bawah..henpon dalam bilik atas…sori sangat3….
Adik: o.k nanti saya sampaikan..tapi siapa yang bercakap kat sana?
Aku: err…(aku sebut nama aku) hahaaa….
Adik: ni tepon dari mana?
Aku: dari Sarawak…
Adik: okay nanti saya bagitau dia ye…
Aku: terima kasih...sampaikan salam saya pada dia … assalamua’laikumwarahmatullah…
Adik: insyaAllah…wa’alaikumsalamwbt…
Pukul 5 macam tu tetiba dia call aku…bestnya dapat sembang dengan dia…aku pulak masa tu tak tidur lagi…lepas subuh pukul 6 setengah macam tu baru aku tidur…itu pun tertidur masa sembang ngan dia…bangun2…orang dah nak balik solat hari raya…anak buah dah bising aku tak bangun lagi, baju pon tak iron lagik…doyai … wakkakakaaa…
Cemaner tuh? Hahhahaa….
Ceritera 7
Percaya atau tidak aku pernah sembang dengan abang dia pulak…
Petang tu masa puasa terakhir…
Aku call dia…rupanya dia lupa nak bawak henpon dia sekali…henpon dia di cask at umah abang dia…aku ingat dia tidur ke…tetibe aku dengar suara lain di talian…tapi hampir jugak aku terpedaya sebab style dia bercakap macam dewa jugak lah…Cuma ada sikit beza dari segi suara dia…
Ini dia antara perbualan aku ngan abang dia…
Aku: halo
Abang: halo…nak cakap dengan sape…
Aku: nak bercakap dengan orang yang punye henpon ni lah…
Abang; dia Tanya itulah tahulah nak bercakap dengan orang yang punya henpon ni tapi siapa orang tu…
Aku: ( ah sudah complicated sangat soalan tuh haha…au tatau nama dia dan aku tak pernah Tanya pun kat dia ) …. Erk…siapa ek nama dia…( gelak) ( sebut nama kawan2 dia panggil ) kot kalau tak silap…
Abang: owh…dia pergi jalan tadi…kejap lagi dia sampailah…tapi siapa yang bercakap ni…
Aku: eh..manusia lah…
Abang: tau lah manusia tapi tak kan tak ada nama kot…
Aku: (sebut nama aku)
Abang: owh…buat panggilan dari mana ni…
Aku: ( adesss banyak pulak nak kene soal ) dari serawak…yang bercakap kat sana tu siapa…
Abang: owh jauh tu…saya abang dia…
Aku: erk….( terkejut )…tak apalah kalau macam tu nanti tolong bitau dia saya ada call kirimsalam kat dia yer…
Abang: o.k…
Aku: assalamua’alaikum
Abang: wa’alaikumsalam…
Dulu aku mana ada perasan yang aku hampir dah sembang dengan seluruh ahli keluarga dia…baru sekarang aku perasan bila aku cerita balik dengan korang…tapi memang unik lah aku kenal dia neyh…tak pernah aku kawan dengan orang tapi aku pernah sembang dengan mak dia, abang dia, adik-beradik dia yang lain…
Tapi kan bila aku seorang-seorang ke bila aku pikir balik perkara-perkara macam ni mesti aku gelak seorang…sebab aku sendiri tak dapat bayangkan cemaner rupa aku masa aku dalam kejutan tuh…
Korang bayang kan dalam satu hari aku dapat sembang dengan 2 orang ahli keluarga dia sekaligus…dari style dorang bercakap aku dapat rasa mesti keluarga dia ni sempoiii gituuu…hahhaa…
Perhatian: aku sebenarnya tengah pikir sekarang ni cemaner aku nak berdepan dengan adik yang duduk dengan dia serumah sebab kekadang tu tak terkecuali jugak aku suke buli adik dia hahaha…
Ceritera 8
Hari selasa tu kepala aku asyik nyut…nyut…nyut…kepala rasanya mahu pecah hahhaa…heran bebenor aku…aku terperap je lah kat dalam bilik 2 3 hari ini…hahhaa dengan bad mood aku lagik…
Hermmm kebetulan kredit aku nyawa-nyawa ikan jadi aku buat keputusan untuk berdiam diri je…petang tu call le si dewa…sembang punya sembang ngan dia…last-last dia ajak pi makan hahhaaa….macam le sekampung walhal terpisah oleh laut china selatan wakakakka…
Aku cakap okay…teringin lah nak makan bubur ayam mcD wakakka…itu pula satu hal hahaha…dia kata jom…
Jom dalam mimpi le jawabnya hahhaaa….
Hendak dijadikan satu cerita…kerja aku hari tu tidur sahajalah…huhuu…malam tu aku tidur awal…kemudian aku terbangun sebelum pukul 9 malam. korang mau tau kenapa? sebab aku mimpi tak elok….mula-mula aku mimpi pasal kapal terbang kekurangan bahan api hhaha…kapal terbang gune bahan api gak ke wakakaka dala insiden tu aku dengan pilot tu berjaya selamatkan semua penumpang dan dapat landing dengan baik biarpun di luar kawasan landasan tanpa ada jiwa yang terkorban… lepas tu aku mimpi ada orang nak bunuh 3 orang baby yang masih kecik…aku salah seorang daripada penyelamatnya tetapi atas kuasa Allah entah cemaner baby tu bertukar jadi anak kucing…sebab masa tu kebetulan si pembunuh tu betul-betul berada depan mata aku..suasana cemas bercampur keliru…
Aku pun terbangun dari tidur…
Terus hantar message kat dewa dan bitau..aku mimpi tak elok…ada ke patut dia suruh tukar mimpi tu. Entah cemaner aku nak tukar mimpi tu yer…
Malam yang satu lagi tu aku mimpi ada bende yang mengganggu teman-teman aku…dorang semua pergi berubat secara islam…’ruqyah’ aku nak tak nak je join…sebab aku terlambat sedikit…entah cemaner aku ngan kekawan aku masa tu sebelum keluar daripada masjid aku rasa macam ada sesuatu yang berat je menekan kepala aku…kebetulan temp-at yang selalu sakit…aku tahan sahaja malah aku lawan rasa berat tersebut….aku rasa seperti ada yang memegang dengan kuat kepala aku ketika itu…
Entah macammana aku tak tahan dan aku pusing kepala aku ke belakang dan aku tengok ada sesuatu yang menakutkan…jadi aku usir bende tu dengan tangan aku…aku baca surah-surah yang sepatutnya…alhamdulillah benda tu macam marah daripada aku tapi tak berani nak mengganggu aku lagi…
Aku terbangun daripada tidur aku … terus call dewa…
Tapi tu lah kebelakangan ni aku asyik mimpi tak elok…tak apalah aku mesti sabar…
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment