Ceritera 1
Di al-kisahkan oleh seorang teman kepada aku…
Dia mengenali hamba Allah tersebut melalui satu program anjuran jabatan tempat dia bekerja. Jabatan apa? Korang carilah sendiri…atau Tanya sendiri pada dia hhaaahaa…nanti aku kasi no. tepon ek…
Entah macammana boleh terjatuh tangga pulak kat hamba Allah tu. Kawan punya kawan last2 teman aku ni yang kecewa bila dapat tahu dia tu adalah hak orang.
Sebagai seorang teman memang rasa marah le jugak. Tapi dah teman aku tu warning awal2 jangan marah apalah yang boleh aku buat. Bila aku piker balik benda dah jadi nak buat macammana. Memang Allah takdirkan mereka untuk bertemu tetapi mungkin ada berbagai-bagai hikmah yang tersembunyi disebalik peristiwa itu.
Antaranya secara tidak langsung dia kenal akan baik buruk sifat hamba Allah tersebut. Jadi, sepatutnya dia bersyukur kerana terlepas daripada bertanggungjawab ke atas yang seorang ini. Tetapi itulah, apabila ada kaitan dengan hati mestilah akan ada kekecewaan yang bertandang.
Kemudian dia kenal lagi dengan seorang kawan lama. Kawan lama dia ni memang dah ada couple. Walau dia tak maksudkan sape2 tapi aku rasa mesti dia pernah cerita pada aku sebelum ni pasal kawan yang seorang ini. Tapi tak jugak ada jodoh. Suatu hari tu dia bitau aku sesaje nak ngetest setiap kali dia cerita kat aku pasal orang yang dia minat mesti tak bahagia hujungnya.
Puas aku berpikir di mana silapnya walau dia sendiri cakap mungkin tu semua kebetulan. Akhirnya aku bitau kat dia…lain kali toksah le cerita apa-apa lagi juz go ahead lah ngan orang yang dia minatkan?...bukanlah maksud aku kecik hati…tapi bila hati dia rasa macam tu baik ikut je apa kata hati diakan. Mana tau betol.
Tapi...bagi aku sekarang memang betul kot apa yang dia kata tu. Mungkin masih ada yang belum selesai antara aku dengan dia yang aku ngan dia sendiri tak pernah tau apa perkara sebenar.
Ceritera 2
Aku punya seorang “adik” yang aku sayang. Aku sayang dia sebab aku kenal dia secara unik. Bagi aku itu semua kebesaran Allah yang sengaja Allah nak bagi aku lihat akan kebenaran disetiap perkara yang berlaku dalam kehidupan aku. Cuma terpulang pada aku untuk menerima atau tidak menerima. Itu sahaja. Allah tak pernah paksa kita untuk melakukan sesuatu yang kita tak nak lakukan. Tetapi yang wajib tetap wajib terpaksa atau tidak kau mesti lakukan jugak.
Entahlah kenapa suatu hari tu aku tak leh kawal apa yang aku rasa sampai satu tahap ia dah hampir kemuncak. Dan aku rasa betul-betul marah. Bila aku pikir2 balik macammana aku nak buang semua rasa marah tu. Lagipun dia tak salah pada aku. Macam-macam cara aku buat masa aku marah. Aku tak hubungi dia. Aku tak hantar tak Tanya khabar berita dan sebagainya termasuk delete dia dari fs aku.
Sehingga satu hari tu dia kontek aku. Dia tanyalah kenapa buat dia macam tu. Dia mintak maaf pada aku. Dalam hati aku cakap ah…maaf … mudah sangat untuk melafazkan. Tatau lah cemaner aku boleh terluka sebegitu hebat. Mungkin ada sesuatu yang aku sendiri tatau.
Sehingga hari ini bila aku berpikir secara dewasa…aku faham…
Dia tak faham apa yang aku sampaikan pada dia sebelum ni. Sehinggakan dia terabai apa yang aku rasa. Dia boleh kata dia menjauhkan diri sebab dan dia bagi alasan lah tapi…sebagai seorang yang mudah menerima takdir daripada Allah aku tak pernah rasa terluka dengan apa yang dah berlaku. Tapi sikap dia yang semakin menjauh membuat aku rasa betul-betul terluka.
Sehingga aku semakin kerap berdoa sekiranya memang takdir dia bukan untuk aku. Aku rela Allah ambil balik apa yang pernah aku rasa terhadap dia. Sebab aku rasa sakit sangat3…Allah gantikanlah dia dengan sesuatu yang lebih baik lagi.
Terus terang aku katakan aku bukanlah kerek sangat macam setengah orang yang boleh buat apa sahaja kerana seseorang yang aku sayang. Allah bagi aku akal fikiran yang waras. Jadi banyak hal memang aku tak ambil hati sangat. Tapi aku amat sensitive bila orang yang mengucapkan kata-kata tu tak pernah selaras dengan perbuatannya. Tapi bila aku piker balik, mungkin memang tidak ada masalah pada aku tetapi masalah itu ada dalam diri dia. Itu yang buat rasa sejuk hati sangat3…aku tak boleh piker diri aku sendiri je kan tapi aku kene piker orang lain jugak. Tau tak pe…
Jadi sekarang aku biarlah dia dengan kehidupan dia aku tak nak ganggu dah…mungkin betul dia kot yang rasa serba salah jika aku hubungi dia terus. Jadi lebih baik aku diamkan diri aku. Bagi dia tu… aku tak kan pernah tukar kontek number aku … kalau ada apa-apa masalah boleh lah kontek aku. Aku akan sedia membantu.
Tapi bila aku piker balik kan Allah memang selalu akan bagi pada kita sesuatu yang kita nak elakkan…percaya atau tidak terpulanglah.
Walau dunia dah terbalik sekarang…aku tetap masih sayangkan dia. Sebab Allah tak pernah soh aku buang terus rasa sayang aku pada adik yang seorang ini. Dia sangat baik orangnya. Sebab dia memang dilahirkan untuk jadi seorang manusia yang berbakti pada keluarganya. Itulah dia adik ku sayang….aku Cuma buang sedikit rasa yang aku patut buang. Supaya aku dapat tahan diri aku untuk tidak terus mengganggu kehidupan dia dan dia boleh hidup dalam keadaan yang tenang tanpa ada rasa serba salah.
Aku pernah terbaca dalam satu majalah ni dan buku … ayat dia hampir sama macam ni bunyinye…bila engkau sayangkan sesuatu kau mesti lepaskan dia takut rasa sayang kau akan sekat terus kehidupan dia malah buat dia rasa terkongkong dan sebagainya…sebab yang namanya sayang itu tak pernah buat orang yang kita sayang rasa terluka dan sakit hati…tapi sebenarnya lama dah aku berpegang pada prinsip ini.
Jadi sape2 yang jatuh cinta kat aku ke jangan takut untuk meluahkan walau ada rasa cinta terhalang ke ape ke sebab aku jenis yang memanglah hati tisu tapi aku paham apa yang Allah takdirkan untuk aku. Jadi jangan takut. Aku tak kan pernah cuba untuk membenci kamu semua.
Ceritera 3
Raya tu tadi ada hamba Allah yang seorang ni call aku nak datang beraya. Dengan selamba aku jawab kau carilah tempat aku kalau kau dapat tahu aku alu-alukan sangat kedatangan korang. Nasib aku baik sikit lah sebab no. tepon umah kitorang dah P&C. jadi susah nak hubungi aku. Apatah lagi bagi orang yang hanya ada simpan nombor 019 aku sahaja. Kesian kan…
Aku ni pun satu pagi pagi raya dah kenekan orang. Tapi bila piker balik kesian jugak dia. Sebab aku jarang nak melayan dia. Bukan apa aku tau apa yang dia nak dari aku. Bagi aku yang sudah tu sudah lah. Aku dah terus terang tapi nampaknya setakat ini dia masih tetap terus berusaha.
aku tanyalah pada kawan aku masa sekolah dulu. Dia cakap’ “ entahlah ada jugak dia kata dia nak kahwin dengan orang bintulu tapi tak jugak kahwin kahwin. Tatau pulak aku dia selalu hubungi kau.”
Aku jawab…nak melayan aku tak kesah lah…itu aku boleh buat tapi aku rasa macam ada sesuatu je sebab tu aku tak nak melayan dia sangat takut dia patah hati nanti aku pulak dikatakan balas dendam. Itu yang aku nak elakkan. Bukan masalah dendam ke ape ke…tapi memang dah takdir yang dah Allah tetapkan macam tu…jadi aku dan dia harus terima dengan hati yang terbuka. Aku tak rasa dia terima keputusan aku dulu dengan baik.. tu pasal jadi macam ni…
Korang agak2 hampir samakan kes yang ini dengan ceritera ke2 aku tadi…tapi bezanya jauh amat….hanya aku dan dia je yang tahu apa bezanya. Tapi itu semua tak penting sebab aku percaya dia boleh dapat gadis yang lebih baik lagi daripada aku….
Ceritera 4
Nak cerita ke tak? Hhahaa…
Aku skip je ea…hahhaa….
Kelihatan sape2 yang teruja nak tau dah meraung sesangat dah nak tau hahhahha….
o.k lah aku cerita siket tapi skip ek..nak tau kisah selanjutnya cuba carik tajuk yang berjudul kisah aku dan dewa83 ( ceritera 1)
ceritera 5
teman aku yang seorang ni aku kenal dah lama dah. Aku sayang dialah sebagai kawankan…macam aku sayang dengan yang lain jugak. Setahun lebih dah aku kenal dia mana boleh aku main lupa macam tu je walau jarang berkontek.
Dulu dia pernah lah Tanya macammana orang secantik aku ni takde pakwe. Dia susah nak percaya. Jadi aku ceritalah satu persatu. Aku cakap aku pun tak ready lagi…tapi sepanjang masa dia tak kontek aku macam2 orang aku dah jumpa dan aku pernah terima tapi baru sekadar 2 kali je lah hahhaa… tapi itulah jodoh bukan dalam tangan aku kan… alih2 dorang pilih orang dekat jugak. Dulu aku cakap… jangan… tak percaya jugak. Kan aku jugak yang kene tinggal. Ermmm…
Dengan yang ni pun aku pernah gak nasihatkan dia jangan cari jauh kesian dia nak kene kumpul duit banyak. Banyak jugak lah yang aku bagi nasihat kat dia. Tapi tu lah…entah lah…
Time euro hari tu kebetulan hari lahir dia…aku bagi lah message hepi birthday kat dia. Dia tak sangka aku masih ingat birthday dia….yelah kalau dah letak dalam reminder tak kan tak ingat pulok hahhaa…
Jadi lepas dari hari tu aku selalu jugak bermessage ngan dia dan aku kasi dia gambo aku. Tak sangka pulak lain jadinya. Dengar cerita gambo tu dah jadi wallpaper henpon dia. Siap orang2 semua Tanya sapo kat dalam gambo tu dia jawab calon bakal isteri…aku tatau menahu pun sampai tahap macam tu sekali. Setau aku dia penah cerita dia pernah tunjuk gambar tu kat emak dia dan emak dia senyum je. Kira macam setuju lah. Tapi masalahnya aku ngan dia tak ada apa-apa...
Cemaner tuh…mestilah aku kene terus terang kan…tapi adalah dia Tanya aku dah ada boyfriend ke tak..aku jawablah kawan laki aku memanglah ramai. Sebenarnya aku paham maksud dia tapi sesaje aku buat2 tak paham…susah aku nak jawab soalan dia…
Kalau aku Tanya korang…korang agak2 aku dah ada boyfriend tak?hhhahaaa…kan susah nak jawab tu…sape cakap senang…senang cakap lah aku suka jawab dengan orang ada jodoh mesti tak ke mana kalau berkawan pun tak semestinya tak boleh kahwinkan?...kemudian terpulang lah apa dia nak piker…tapiiii itu duluuuu….
Sekarang tak boleh cakap macam tuuuu….
Mana boleh aku kene piker perasaan orang lain jugak…tu lah aku cakap dia lambat sangat3…sebabnya dia tunggu nak tengok wajah aku cemaner … baru dia nak kenal dengan lebih dekat lagi…. Tapi memang betol lah hari ni tadi bertarikh 22hb nov 2008 tak penah2 dia col aku langsung dia col…aku naik heran lah. Sebab sebelom ni ada jugak orang yang hampir sama dengan nama dia col aku…tapi setau aku budak tu dok oversea lagiiii…
Aku punye lah brutal macam ni pun sanggup jugak korang nak luah isi hati kat aku ea…kesian aku…aku memang lah hati tisu tapi …itu lah memang lambat sangat lah aku rasa…cemaner tuh…dalam masa yang sama aku tak nak bagi dia harapan…
Aku tak de niat pun nak pikat2 korang…betol aku cakap ni…dulu aku suka join chat sebab nak tukar2 pendapat je takde sampai pikir nak cari jodoh…adessss…tu lah aku cakap Allah selalu bagi kita ujian yang kita tak nak buat…cobaan…
Perhatian: masalah tu dah selesai…kesian dia…dia Cuma terlewat je…tapi aku lagi kesian mungkin aku perlu terima hakikat yang aku akan kehilangan seorang kawan baik sekali lagi… :-(
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment