Wednesday, November 5, 2008

FiTNaH

Hammad bin Salaah di dalam kitabnya yang berjudul Tanbih al- Ghafilin, menceritakan: “ ada seorang kaya ingin menjual seorang hamba abdi kepada seseorang. Lalu ia berkata kepada pembelinya, budak ini bagus dan tidak ada cacatnya, Cuma satu sahaja, iaitu perangainya suka membuat fitnah. Maka, si pembeli menganggap itu sebagai perkara kecil lalu dibelinya budak itu.”

Setelah beberapa hari budak abdi itu bersama tuan barunya, budak abdi itu menemui isteri tuannya dan berkata, “ saya mendapat tahu yang suami puan akan berkahwin seorang lagi dan dia sudah tidak sayang pada puan lagi. Sekiranya puan mahu suami puan sayang kepada diri puan dan tidak berkahwin seorang lagi, maka puan hendaklah mencukur janggut suami puan di bahagian lehernya ketika suami puan sedang tidur dan jangan beritahu kepadanya.”

Selepas itu budak abdi itu pergi pula kepada tuannya dan berkata, “ saya dapati isteri tuan bermain cinta dengan seorang lelaki lain. Mereka bercadang untuk membunuh tuan ketika tuan sedang tidur. Kalau tidak percaya, cubalah tuan berpura-pura tidur di bilik tuan.”

Tuan itu pun masuk tidur. Ketika itulah isterinya masuk ke dalam bilik tidur sambil membawa pisau cukur. Perlahan-lahan dia menuju kea rah suaminya untuk mencukur janggut di bahagian leher. Si suami benar-benar menyangka isterinya mahu membunuh dia. Lalu si suami segera bangun dan mengambil pisau cukur itu dan membunuh isterinya.

Apabila berita pembunuhan itu diketahui, datanglah ahli keluarga perempuan yang mati itu untuk menuntut bela dan membunuh si suami pula. Selepas itu datang pula keluarga pihak lelaki untuk menuntut bela atas kematian ahli keluarganya. Maka berlakulah pergaduhan di antara kedua-dua pihak dan ramailah yang terkorban.

0 comments: