Wednesday, November 5, 2008

AiR MaTa Di TePi KuBuRaN

Suatu hari, sayidina usman r.a berjalan melintasi sebuah kawasan kubur. Tiba-tiba usman berhenti melangkah dan terdiam. Kemudian, air matanya mengalir setitis demia setitis hingga membasahi janggutnya.

Melihat usman menangis teresak-esak di tepi kuburan itu, datang seorang sahabat lalu bertanya: “ wahai amirul mukminin, engkau selalu menyebut tentang syurga dan neraka tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan engkau menangis pula. Apa sebabnya wahai amirul mukminin?”

Jawab usman: “ kerana Nabi telah bersabda, kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Barangsiapa yan selamat dari azab kubur itu, maka apa yang sesudahnya adalah lebih ringan. Dan barangsiapa
yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.”

Usman mengesat airmatanya kemudian menyambung:” jika aku di neraka aku akan bersama manusia lain jika aku di alam akhirat aku pun bersama manusia lain tetapi jika aku dia dalam kubur maka tiada seorang pun manusia bersamaku. Tinggallah aku bersendirian saja di dalam pusara. Itulah sebabnya aku menangis.

0 comments: