Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. saya fakir istilah melayu untuk menggambarkan cinta jauh lebih banyak daripada itu. ini membuktikan betapa selagi namanya manusia. kita memang tidak mampu menolak untuk mencintai dan dicintai.
secara terperinci, cinta menurut kaca mata Islam terbahagi kepada 3 tahap:-
1-cinta agung – cinta kepada allah, Rasul & Islam serta berjihad membuktikannya.
2-cinta pertengahan – sintakan sesama manusia. ibu bapa, anak – isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.
3-cinta bawahan – mencintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul & Islam.
ditanya tentang cinta kepada Syaikh Attiyah Saqir, beliau menjawab, “kenapa tidak? cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor, ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum – hukum syarak dan diiringi dengan cinta yang diredai Allah.”
cinta boleh dipupuk sebelum satu-satu perkahwinan asalkan dalam suluhan agama.
Bahkan cintalah asas pembentukan sesebuah rumahtangga yang harmoni, penuh persefahaman, berkasih sayang dan sebagainya. Bayangkan sebuah rumahtangga dibina atas dasar paksaan, bagaimankah perlakuan orang yang menghuninya. tentulah penuh dengan prasangka, porak peranda serta pertelingkahan. berbanding dengan rumahtangga yang dibina atas dasar persefahaman, kecintaan dan kasih sayang. sudah tentu membuahkan pahala untuk dinikmati bersama di akhirat kelak.
cinta yang ditentang oleh islam ialah yang dicemari dengan maksiat serta berteraskan nafsu ; sebaliknya mereka yang memupuk cinta dengan berpegang pada ajaran agama tidaklah menjadi kesalahan bahkan berpahala.
untuk mengetahui pandangan-pandangan islam seterusnya dalam soal ini silalah rujuk kitab, “ islam wal hubb’ ( islam & cinta ) oleh syeikh prof Abdullah Nasih Ulwan, “islam wa musykilatul hayah” ( islam dan permasalahan hidup) oleh syaikh attiyah Saqr & Raudhah al- muhibbin wa nuzhah al-musytaqin ( taman orang-orang bercinta dan kerinduan ) oleh Ibnu qayyimm al-Jauziah.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment