Friday, July 4, 2008

"PUTERI ANEMIA" - korunk nilai n kasi le komen!

PUTERI ANEMIA ( part 1 )

Pekan kecil itu menjadi saksi kewujudan Si Puteri sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Klinik desa lama itu menjadi saksi kelahiran seorang bayi perempuan yang bakal mengubah kehidupan keluarganya. Teratak kecil itu menjadi saksi zaman kecil dan zaman keremajaan Si Puteri. Sekarang, Si Puteri kecil itu telah membesar dengan sempurna dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh insan – insan yang menemani hidupnya. Si Puteri hanyalah seorang gadis yang sederhana sifat serta sikapnya berbanding teman-teman yang lain. Namun, dia tidak pernah menyedari akan kehadiran satu sifat dalam dirinya yang memudahkan segala urusan hariannya berjalan dengan lancar. Dia penuh dengan sifat kasih sayang yang semulajadi. Oleh kerana sifat itulah menjadikan dirinya seorang yang bijak dalam berinteraksi bersama-sama masyarakat di sekelilingnya. Sungguhpun begitu, ternyata Si Puteri adalah seorang gadis yang sangat pemalu. Namun, Si Puteri bijak dalam menyesuaikan dirinya dengan keadaan di sekelilingnya dan menjadikan dia seorang yang kelihatan ramah dan mudah menerima kehadiran sesiapa sahaja dalam hidupnya. Di sinlah bermulanya riwayat hidup Puteri Anemia.

“ Hehehe…” kedengaran gelak tawa manja Si Puteri memecah suasana sunyi di teratak kecil itu. Entah apa yang mebuat Si Puteri tertawa keseronokan. Tiba-tiba gelak tawa itu lenyap lagi. Di satu sudut ruang tamu itu kelihatan Si Puteri duduk menghadap computer dengan tekun. Ingatkan belajar chatting rupanya. Ceh! Patutlah, sekejap- kejap ketawa. ( Ops! Terlebih bahasa pula! Harap maklum! Hehhee…). Begitulah rutian harian Si Puteri. Pantang ada masa lapang, mesti dia turut serta bersembang dengan teman-teman mayanya. Benar telahan teman-teman sekolejnya, Si Puteri bukanlah seorang yang mudah berasa sunyi dan sepi. Walau di mana-mana Si Puteri berada dia pasti ada teman-teman yang akan menemaninya. Tidak ada apa-apa yang perlu digusarkan tentang Si Puteri. Si Puteri memang seorang gadis yang mudah tersenyum apatah lagi tertawa. Oleh kerana sifatnya itu yang memudahkan sesorang untuk mendekati dan rapat dengan Si Puteri.

“ Miea…cukuplah tu. Marilah makan sekali,” kedengaran suara penjaga Si Puteri mengajaknya makan sekali. “ okeyh bebeh…” ringkas sungguh ringkas jawapan yang diberikan kepada sahutan itu. ( Hehee…).

“ Engkau ni kan tak ade kerja lain ke nak buat ? Chatting je memanjang,” rungut penjaganya.

“ Rilex le umi, tak kan nak cakap seorang- seorang kot. At least ade geng dengan sembang di rumah walaupun hakikatnya kite duduk seorang-seorang,” itulah jawapan yang paling standard di kuping telinga umi yang selalu kedengaran dari mulut kecil gadis itu.

Hari demi hari berlalu pergi. Si puteri tidak pernah terfikir yang dia akan terjebak ke satu alam baru. Cinta siber! Si Puteri sendiri tidak tahu bagaimana insiden itu tercetus. ( Cewah bahasa. Fullamak…kayak sasaterawan yang nggak menjadi gitu! ).
Suatu pagi yang hening…

- Weyh, kecoh r pagi ni ngn ko.

Itulah bunyi message permulaan kepada insiden tersebut. Bermula daripada peristiwa malam itu, Si Putera dan Si Puteri itu pun selalu berhubung antara satu sama lain.
- hye Puteri Anemia, ko x chat ke? Lama tak nampak ko chat? Hilang ke mana?

- Aku adalah. Cuma ko x nmpk aku. Hahhahaa…

- Ceh! Ko nak kenekan aku ke?

- X r. saje nk b’guro ngn ko. Hehheee…eh sejak bile sensitip neh ?

- Sejak dua menjak nieh.

- Ermmmm…

Tiada siapa pun yang tahu apa yang telah terjadi kepada Puteri Anemia. Hakikatnya, Si Puteri sudah jatuh cinta tanpa dia sendiri menyedarinya.

Akhirnya rasa cinta itu menguatkan hatinya untuk merehatkan diri sebentar dari dunia maya. Dia tidak mahu perasaannya itu pergi terlalu jauh. ( Kesiankan? Sampai macam tu sekali.).

PUTERI ANEMIA ( Part 2 )

Hari berganti hari, minggu berganti mingu dan akhirnya Si Puteri muncul kembali di persada maya. Semua teman – temannya bertanya ke mana Si Puteri menghilangkan diri. Si Puteri menjawab: Aku dikehendaki bertapa sebentar di gunung ledang untuk mencapai segala tujuan dan maksudku di sini…hik3. Mendengarkan jawapan daripada Si Puteri semua teman-temannya tertawa sakan. ( Aieh, tak sedar dunia nampak! ). Namun jauh di sudut hati Si Puteri yang terdalam tiada siapa tahu akan kewujudan insan yang meragut ketenangan hatinya sejak akhir-akhir ini. Akhirnya nama itu muncul juga. Putera Sakti.
( Nasib baik bukan Putera Sakit ek! ). Si Puteri terbungkam diam dan terpaku di depan monitornya. Tidak tahu apa yang perlu dibicarakan. Si Puteri akhirnya mendiamkan diri seribu bahasa. ( Alahai! Baru takat seribu jew!). Si Putera memulakan langkah sekali lagi untuk berbicara bersama-sama Si Puteri.

Putera Sakti : Hye Puteri. Apa khabar? Ingt aku lg x?

Puteri Anemia: Hye… x brp nk ingt lh putera. Aku kebelakangn ni lost memori siket. Erk
ko ni btl2 ade megic ke? Cube ko megic aku jd snowhite dolu. Br aku
pcy…hehhee…

Putera Sakti: Erk…Puteri jgn le mcm neh. ko x syg kt aku lg ke atau ko dh jumpe org
lain.

Puteri Anemia: Aieh Putera. aku dh jumpe org lain ke atau ko yg dh nk tawen. muehehee.

Putera Sakti : Ermmm…aku pulak yg kene blk…

Akhirnya perbualan itu terhenti setakat itu sahaja. Namun, tiada siapa yang tahu apa yang bergelora di dasar hatinya. Semakin hari perasaan itu makin bertunas dan bercambah serta berbunga-bunga. ( Ala-ala macam lagu Misha Omar bunga-bunga cinta.). Sesungguhnya Si Puteri hanya seorang hamba-NYA yang lemah. dia tidak bisa melarikan diri daripada menyenangi dan menyayangi sikap Si Putera Sakti terhadapnya. ( Pakai minyak pengasih ke atau petrol Si Putera Sakti nieh.). Sunguhpun begitu, Si Puteri adalah seorang yang waras pemikirannya. Dia percaya pada jodoh dan takdir. Oleh kerana itu, dia masih merasakan ada sedikit demi sedikit ketabahan dan kesabaran yang wujud di dasar hatinya. dia tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada Si Putera. Bagi dirinya cukuplah sekadar berteman sahaja.

Namun, lama-kelamaan dan sejak akhir-akhir ini Si Putera menyedari yang si Puteri selalu jatuh sakit. Si Putera risau akan keadaan Si puteri lalu memujuk Si puteri untuk membuat pemeriksaan kesihatan lebih lanjut. Bermacam-macam dugaan yang telah ditempuhi Si Puteri untuk membuat pemeriksaan tersebut. Ternyata akhirnya Si Puteri mendapati yang dia adalah penghidap leukemia. Doktor mengesahkan dia adalah penghidap leukemia dan perlukan rawatan lanjut serta pemindahan sumsum tulang dengan kadar sesegera yang mungkin. Namun doktor tidak mahu meramal jangka hayat Si Puteri kerana bagi doktor ajal dan maut itu ditangan Allah.

Keputusan itu membuatkan Si Puteri tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan berita tersebut kepada sahabat kesayangannya itu. Akhirnya Si Puteri mengambil sikap untuk berdiam diri sahaja. Biarlah putera kesayangannya tidak pernah tahu akan derita yang dialaminya ketika itu. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza. ( lol…tragis le pulak…).

PUTERI ANEMIA ( PART 3 )

Untuk beberapa bulan keseterusnya, Si Puteri, dimasukkan ke hospital untuk rawatan lebih lanjut. Semasa di hospital puteri dibekalkan dengan notebook umi sebagai teman sementara ketiadaan umi di sisinya. Hari itu, Si Puteri menghabiskan masanya bersembang bersama-sama temannya. Namun, tidak seorang pun yang tahu Si Puteri sedang berjuang untuk terus hidup. semakin hari Si Puteri merasakan yang dirinya semakin letih dan lesu. Keluarga Si Puteri risau dengan kondisinya yang sekejap stabil dan sekejap tidak. Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk puteri kesayangan mereka.

Akhirnya, puteri kesayangan mereka itu dalam keadaan yang sungguh tenat sekali.dan tidak sedarkan diri dalam masa beberapa hari. Seluruh ahli keluarganya bersedih. Tiada lagi gelak tawa manja dari seorang puteri. Tiada lagi gurauan dari bibir kecil itu. Tiada lagi terlukis senyuman manis dari bibir gadis itu. Tiada lagi kelihatan sinaran mata yang bercahaya melainkan mata yang tertutup rapat. Si Puteri ketika itu memang persis snowhite yang sedang tidur panjang kerana termakan epal yang beracun. ( Eh...eh nazak lew pulak. Habis tu macammana dengan Putera Sakti? )

PUTERI ANEMIA ( PART 4 )

Pada waktu yang sama teman-temannya tertunggu-tunggu kehadiran Si Puteri di ruangan bual sembang. Terutamanya Si Putera Sakti. Namun, Si Puteri tetap tidak muncul juga. Saban hari berlalu Si Putera masih setia di situ menanti kemunculan Si Puteri. Si Puteri tetap juga tidak muncul. Sehinggalah pada suatu pagi Si Putera terasa bagaikan dirinya digerak oleh seseorang untuk melaksanakan solat sunat tengahmalam. Si Putera bergegas ke ruangan kamar mandi untuk mengambil wudu’. Selesai berwudu’ dia memulakan solat sunatnya bermula dengan solat sunat taubat, hajat, istikarah, tahajjud, dan diakhiri dengan witir.

Sementara menunggu subuh menjelang tiba, Si Putera memainkan dvd “Ayat-ayat cinta” hasil daripada novel milik penulis Habiburrahman El Shiraziey. ( Layan jugak dia filem dari seberang yer..). Beberapa detik berlalu, akhirnya filem tersebut pula yang menonton adegan Si Putera beradu. ( Lol…tak boleh bawak tengok wayang dia nieh. Silap haribulan wayang yang tengok dia. Rugi lew! Ishk…ishk..).

Si Putera bermimpi dia berada di sebuah kawasan padang yang luas. Pemandangan di situ sungguh indah sekali seperti hamparan permaidani hijau terbentang luas di depan mata. Dari jauh kelihatan sebuah mahligai yang berkilauan di panah oleh cahaya matahari. Terasa desiran angin yang meniup sungguh mendamaikan hati dan pemikirannya ketika itu. Langkah diatur satu-persatu. Isihatinya ingin tahu apa yang terdapat di dalam mahligai seindah itu. Sekelip mata sahaja dia sudah berada di ruangan besar yang terdapat dalam mahligai itu. Sungguh indah dan sukar untuk digambarkan tempat seperti itu di dunia ini.

Namun, matanya terpaku pada satu jasad yang sedang terbaring di dalam ruangan berhadapan dengan tempat dia sedang berdiri. kelihatannya jasad itu persis seorang puteri yang sedang lena beradu dan diulit mimpi-mimpi indah. Atas dasar ingin tahu. dia melangkah menghampiri “puteri tidur” tersebut. Alangkah terkejutnya Si Putera bahawa jasad yang kaku terbaring di hadapannya kini adalah sahabatnya sendiri iaitu Puteri Anemia. Si Puteri terbaring persis seorang puteri yang sedang tidur dengan berpakaian serba putih namun masih menyerlahkan keayuan pada raut wajah aslinya itu. Pada raut wajah itu juga terpancar nur Ilahi. Raut wajah itu kelihatannya sugguh tenang sekali.

Akhirnya Si Putera terbangun daripada tidurnya apabila terdengar bait-bait lagu dari ayat-ayat cinta nyanyian Rossa penyanyi dari seberang.

“ Astaghfirullahalazim…” ucap Si Putera Sakti apabila mendapati yang dia bermimpi aneh sebentar tadi. Dia terkenang akan mimpinya sebentar tadi. Di dalam hatinya kini, dia tertanya-tanya apakah gerangan yang menimpa Puteri Anemia? Ada apa dengan Puteri Anemia? Sakitkah dia? Di mana dia berada sekarang? Apa yang telah berlaku sebenarnya?

PUTERI ANEMIA ( PART 5 )

Setelah menunaikan solat subuh pagi itu, Si Putera bercadang untuk keluar berjoging bersama-sama temannya. Sekembali dari berjoging Si Putera bergegas membersihkan dirinya untuk bersiap pula ke ofis. Dia mengambil sarapan terlebih dahulu bersama-sama temannya sebelum memulakan tugas pada pagi itu.

Entah kenapa hatinya terasa tidak tenang pada hari tersebut. Fikirannya tertumpu pada mimpinya pagi itu. Si Putera meminta pendapat daripada teman-teman sepejabatnya tentang mimpi tersebut. Semuanya meminta supaya Si Putera berdoa dan bersabar supaya sesuatu yang tidak baik terhindar daripada kehidupan Si Puteri. Si Putera semakin takut mendengar pendapat daripada teman-temannya.

Setelah lama berfikir dia membuat keputusan untuk menghubungi Si Puteri. Namun, ternyata panggilan itu tidak dijawab oleh yang empunya handphone. Kedengaran suara orang lain yang menjawab panggilan tersebut. Hati Si Putera semakin berdebar-debar. Fikirannya melayang seketika memikirkan kenapa orang lain yang memegang handphone milik Si Puteri. Hati Si Putera tertanya-tanya. Lama dia membatukan diri dan akhirnya bersuara.

“ Boleh bercakap dengan Miea?”

“ Maaflah, bukan tak nak bagi awak bercakap dengan Miea, tapi Miea masih dalam koma sekarang. Sudah genap seminggu Miea tidak sedarkan diri.”

Si Putera terbungkam. Terasa seperti rohnya terpisah dari jasadnya mendengar berita itu. Dengan saki-baki kekuatan yang tinggal, Si putera bertanya apa masalah Si Puteri sebenarnya. Si Putera difahamkan bahawa Si Puteri adalah penghidap leukemia. Hanya melalui pemindahan sumsum tulang sahaja satu-satunya harapan yang bisa menyelamatkan Si Puteri. Namun sekarang, harapan itu bagaikan sudah tiada untuk si Puteri kerana mereka difahamkan pemindahan tulang itu tidak boleh dijalankan ketika Si Puteri dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Talian diputuskan setelah Si Putera tahu apa yang telah menimpa puteri kesayangannya itu. Si putera tidak terdaya menahan sebaknya lalu menangis di hadapan teman-teman sepejabatnya. Dia merasakan yang dirinya seorang yang tewas kerana tidak mampu menunaikan segala-gala janji yang pernah dilafazkan dahulu terhadap Si puteri. Dia benar-benar tewas untuk sekali ini. Teman-temannya memujuk supaya dia bersabar dan tabah atas apa yang sudah menimpa Si Puteri. Bagi teman-temannya mungkin itu lebih baik buat diri Si Putera dan Si Puteri.


PUTERI ANEMIA ( PART 6 )

Di sudut hati Si Putera yang terdalam, dia nekad dan berjanji akan menjaga dan membahagiakan Si Puteri sekiranya takdiri itu memang sudah tertulis untuknya.
( Ermmm…ada ke lelaki macam dia nieh di dalam dunia serba moden sekarang?). Beberapa jam sejurusnya Si Putera kembali menghubungi Si Puterinya untuk bertanya perkembangan yang lebih lanjut tentang keadaan puteri kesayangannya. Namun jawapannya di hujung talian masih mengecewakan hati Si Putera. Akhirnya, Si Putera meminta supaya Si Puteri bisa mendengar suaranya melalui talian tersebut. Lalu handphone itu telah diletakkan di sisi telinga Si Puteri. Ketika itulah Si Putera menyuarakan segala isihati yang bersarang dalam dirinya sejak ketiadaan Si Puteri.

“ Puteri…ko dengar tak aku ni? kalo ko dengar bukak le mata ko? Aku dengar ko lama dah tidur? Ko tak letih ke baring lama sangat? Kenapa ko tak bagitau aku yang ko nak berehat panjang? kalo ko bagitau…tak adalah aku tercari-cari ko macam ibu kucing hilang anaknye. Eh silap! Aku kan lelaki, mestilah bapa kucingkan? hehee…Lama dah aku tak dengar ko bergurau ngan aku. Lama dah ko tak kecohkan pagi-pagi aku. Lama dah ko tak temankan aku malam-malam. Rindu le jugak kat ko neh. ko tak rindu aku ke? Bila ko nak bangun ni temankan aku balik? Aku boring le tak de ko. Kalo ko ade baru best. Baru meriah. Kalo ko tak bangun dalam masa sepuluh minit, aku akan jirus ko dengan air longkang nanti. Tak bangun gak aku jirus ko dengan air dalam mangkuk tandas. Kalau masih gak tak bangun, aku tak nak le kawan ngan ko lagi Itu maksudnya ko tak sudi nak kawan ngan aku lagi dan ko dah ade yang lain...aku kira kay…1 minit, 2 minit, 3 minit…”

5 minit berlalu dia masih sepi. 6 minit berlalu tetap sama. Minit ke-7, kedengaran suatu suara lemah memberi salam di talian dan suara itu adalah milik puteri kesayangan Si Putera.

“ Assalamua’laikum….ko ni memang tak romantik langsunglah. Boleh makan hati berulam jantung bila jadi isteri ko nih,” usik suara itu.


“ wa’alaikumsalam warahmatullah.. Itulah ko, dah le ko tak cerita apa-apa kat aku. Lepas tu pulak main tidur je. Kalo kejap tak apelah jugak. Ni tak, berhari-hari aku tunggu ko tau. Macam ni ke cara ko sayang kat aku?” balas Si Putera. Namun, di sudut hati yang terdalam si Putera gembira mendengar suara yang mengusik hatinya itu.

“ yelah…yelah…ampunkan beta wahai Si Putera Sakti. hehee…”Si Puteri kelihatan senang mendengar suara yang berada di hujung talian itu.

“ Beta ampunkan…tetapi dengan satu syarat. setuju?!” ( Ewah-ewah budak dua orang neh dah perasan jadi keturunan diraja pulak dah.).

“ Titahkan sahaja, akan beta laksanakan selagi termampu,” jawab si Puteri.

“ Beta mahu Puteri teruskan rawatan seperti yang telah doktor sarankan. Beta mahu Puteri sihat selepas ini dan jangan gering lagi seperti ini. Beta inginkan Tuan Puteri yang akan menjaga beta suatu hari nanti…” ucap Si Putera.

“ InsyaAllah…” jawab Si Puteri.

Akhirnya talian itu terputus secara tiba-tiba oleh kerana si Putera telah kehabisan prepaidnya. ( Ceh! mangkuk hayun gak Si Putera neh. kenapalah tak topup prepaid tu awal-awal.)

PUTERI ANEMIA ( PART 7 )

Keesokan harinya pembedahan bagi pemindahan sumsum tulang pun dijalankan ke atas Si puteri. Si Puteri telah diberitahu awal oleh ahli keluarga Si Puteri. Pada keesokan harinya, tepat jam 9 pagi dia dibawa masuk ke bilik pembedahan. Semua orang berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan Si Puteri. Setelah berjam-jam lamanya berlalu, kerja pemindahan itu pun berjalan dengan lancar dan berjaya dilakukan. Syukur Alhamdulillah. Namun, Si Puteri masih dalam pemerhatian. Dikhuatiri tulang itu tidak sesuai untuk dirinya. Handphone Si Puteri menjerit meminta untuk disambut panggilannya.

“ Assalamua’laikum Tuan Puteri…”

“ Wa’alaikumsalamwarahmatullah…ape khabar? Ape mimpi semalam?”

“Aku sehat je. Ko tuh entah bilelah nak sehat. Risau aku tau. kalo ko sakit biase-biase tak apelah jugak. ni dah tahap luar biasa sampai kene pindah sumsum tulang. ishk…ishk…takut aku tau!”

“Lol…kalo takut nape tak tutup telinga. Ko ni memang suke nak cari salah aku ek,”

“ tak adalah macam tu Tuan Puteri oit. Aku sayang sangat kat ko. aku tak nak kehilangan ko. aku tak nak ko sakit.”

“Ishk..macam tu pulak. Itukan ujian daripada Allah.”

“Yelah…yelah…. aku dah agak dah ko akan jawab macam tu. Aku tau ko baru lepas kene operation eh o.k lah….nanti-nanti aku call ko balik ek. ko rehatlah.”

“ okeyh. jaga diri tau. Assalamua’alaikum.”

“ aku tak ape. Ko tu yang perlu jaga diri. Ubat jangan lupa makan. Ikut nasihat doktor. Wa’alaikumsalamwarahmatullah…”

Alangkah gembiranya rasa hati Si Putera mendengar suara itu. Berbulan-bulan sudah berlalu si Puteri semakin sihat. Si Putera dan keluarga Si Puteri bersyukur di atas perkembangan kesihatan dia yang semakin membaik itu. Namun, Si Puteri masih gusar dengan dengan lafaz janji si Putera Saktinya. Apakah Si Putera bakal mengotakan janji-janjinya dulu? Masih ingatkah dia pada lafaz janjinya sebelum ini? Apakah Si Putera hanya sekadar menenangkan hatinya sebelum ini.

Hari demi hari berlalu dan bulan berganti tahun. Akhirnya Si Putera mendapat panggilan daripada pihak keluarga si Puteri. Si Puteri tetap pergi jua dan tidak pernah akan kembali. Ternyata kematian itu tetap akan berkunjung tiba walau dengan apa cara sekalipun. Si Puteri meninggal dunia setelah menunaikan solat jemaah bersama-sama keluarganya. ( Aieh, ninggal jugak rupenyer…abih tu Putera Sakti macammana? )

Di majlis pengebumiannya kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenali menangisi pemergiannya. ( Korunk agak-agak sapelah mamat yang beremosi itu ek?!). Dia telah diberi kesempatan terakhir untuk melihat barang-barang Si Puteri termasuk diari Si Puteri. Berdebar-debar hati jejaka itu membaca setiap bait-bait yang ditulis oleh si Puteri kesayangannya. Si jejaka menangis ketika membaca isi diari tersebut yang bertulis..

“ Ya Allah, sekiranya memang sudah Engkau tetapkan tarikh kematianku dan ia baik dari sisi Mu, baik untuk ku dan agama ku…aku mohon berilah kesempatan-kesempatan terakhir untukku membahagiakan sesiapa sahaja menyayangi aku sekalipun aku meragui akan janji-janjinya. Ya Allah, izinkanlah aku untuk membuat persediaan yang baik di akhirat kelak sebagai hadiah dari ku untuk ‘putera sakti’. Dia banyak membantu aku dalam mengingatiMu. Hanya rahmatMU yang bisa membantu aku untuk membalas segala kebaikannya terhadapku….insyaAllah…amiin…”

Jejaka itu terkejut dan tertanya-tanya siapakah gerangannya Si Putera Sakti itu. Keesokan harinya Si Putera Sakti muncul di depan mata jejaka itu. Barulah jejaka itu faham siapa Si Putera itu pada si Puteri kesayangannya. Namun Si Putera Sakti itu tidak pernah tahu tentang jejaka yang berdepan dengannya kini.

Si jejaka itu menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan kepada Si Putera Sakti itu. Si Putera Sakti menyambut tangan yang dihulur itu dengan penuh tanda tanya. Tanpa sebarang persoalan daripada mulut Si Putera, si jejaka itu memperkenalkan dirinya…

“ Saya Iqram teman baik Miea. Mesti awak pernah dengar cerita tentang saya daripada Miea.”

“ Owh..baru saya ingat. Miea selalu bercerita tentang awak pada saya. “

Iqram tersenyum manis. Namun, disebalik senyuman itu terselit seribu satu duka yang tergambar si setiap raut wajahnya dan sinaran matanya.

“ Nampaknya nasib kita sama. Mencintai, mengasihi, menyayangi dan merindui orang yang sama. Arwah tu unik kan orang nye?” kata Iqram.

“ a’ah…betul tu. Sunyi jugak bila dia dah tak ada.” balas Si Putera Sakti.

“ Ermmm….walaupun begitu, kau lebih beruntung daripada aku. Aku tahu yang dia memilih engkau. Dia lebih sayangkan kau daripada aku.” beritahu si Iqram.

“ Walau apapun yang engkau katakan itu tak membawa makna apa-apa lagi pada aku. Dia sudah tiada lagi di dunia ini. Dia telah tinggalkan aku seorang diri di sini ketika aku benar-benar perlukan dia dalam hidup aku,” luah Si Putera Sakti.

“ Percayalah kata aku, dia bukan pergi untuk tinggalkan kau. Dia masih ada di sini di dalam hati dan diri kau. Kau perlu kuatkan semngat kau untuk terus hidup,” pujuk Iqram. Iqram tahu si Putera Sakti amat terpukul dengan segala kejadian yang menimpa puteri kesayangan mereka.

“ Macam mana aku nak teruskan hidup aku tanpa dia. Dialah satu-satunya wanita yang banyak membantu aku dalam kehidupan aku sungguhpun aku hanya mengenalinya melalui dunia maya? Aku ingin sangat menunaikan janji aku terhadapnya.” Ternyata Si Putera Sakti tidak mampu mengawal emosinya. Dia terus menangis dan menangis di sisi kubur yang masih bertanah merah itu.

“ Aku faham. Tapi tak kan kau nak salahkan takdir kerana tidak memberi peluang itu? Hati Miea tidak pernah berubah terhadap kau. Miea mesti tak nak tengok kau hidup macam ni. dalam keadaan yang lemah. Miea nak kau kuat dan tabah lebih daripadanya. Kau mesti hidup dengan gembira kerana itu yang Miea inginkan!” Tegas Iqram lagi.

Akhirnya, Si Putera sakti berjaya mengawal emosinya. Mulai detik itu dia berjanji untuk hidup dengan gembira walaupun tanpa Miea. Dia mulai sedar yang dia tidak mampu menolak takdir. Namun, jauh di sudut hatinya yang dalam terukir indah nama Miea sebagai kekasih awal dan akhirnya. Tiada siapa pun yang mampu menggantikan tempat Miea di sudut hatinya. Setiap nafas yang berhembus membisikkan bicara-bicara rindu terhadap Miea. Sinaran matanya jelas menggambarkan cintanya hanya untuk seorang gadis bernama Miea. Degup jantungnya berdetak seolah-olah berbisik tentang kasih dan sayangnya terhadap gadis itu.

Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun. Si Putera masih juga keseorangan. Namun kelihatannya Si Putera menjadi seorang pencinta yang setia untuk Miea. Dia menjaga kubur Miea dengan baik. Malah sering melawat kubur Miea setiap petang. Begitulah rutin harian Si Putera sejak dia berpindah tempat bertugas. Dia berpindah ke situ untuk mendekatkan dirinya lagi kepada Miea.

Sehinggalah suatu hari terdengar seperti berlakunya kemalangan ngeri di hujung pekan kecil itu. Orang-orang yang berada di situ tidak melepaskan peluang untuk mengambil tahu apa yang telah terjadi. Ternyata bunyi itu datang akibat dari perlanggaran sebuah motorsikal dan sebuah kereta. Didapati Si putera Sakti yang terlibat dalam kemalangan itu dan akhirnya mengundang ajalnya semasa dalam perjalanan ke hospital. Sepertimana yang telah diamanahkan oleh Si Putera Sakti semasa hayatnya. jasadnya telah dikebumikan bersebelahan dengan kubur Si Puteri dan segala simpanannya dan harta miliknya diserahkan kepada badan kebajikan. Berakhirlah kisah cinta mati Si Puteri Anemia dan Si Putera Sakti. ( lol...mati jugak rupenye dia eh…ishk…ishk…)

Dari Allah kita datang dan kepada-NYA jualah kita akan kembali…

2 comments:

Amat Salam said...

idea yg bagus.. teruskan usaha.. tak perlu ada komen2

Anonymous said...

hehehee mcm tu pulak