Thursday, May 22, 2008

***AKU, KAU DAN DIA***

saya ingin cuba sesuatu boleh atau tidak?!!!
cuba karang puisi pulak (insyaAllah)...hehee...
bacalah!

aku mengenalimu kerana DIA,
kita dipertemukan kerana DIA,
aku menyayangimu kerana DIA,
aku merinduimu kerana DiA,
aku menyintaimu kerana DIA,
DIAlah pencipta kau dan aku,
DIAlah perisai kau dan aku,
DIA yang setia untuk kau dan aku,
hati berbisik...
bercintalah dengan DIA,
kerana DIA kekasih awal dan akhir,
kerana DIA perisai yang paling ampuh,
kerana DIa yang selalu bersedia dan setia,
dan kerana DIA kau diciptakan untuk insan yang engkau cintai,
untuk semalam...
untuk hari ini...
untuk tika ini...
dan untuk saat ini...

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar

0 comments: