Fuh! Sesekali terdengar keluhan dari Diya. Mila hanya tersenyum melihat temannya itu. Mila tahu apa yang sedang bersarang dihati Diya. Cukup dengan hanya sekali pandang bak kata Mila sendiri. Diya hanya melirik matanya kepada Mila. Lantas kedua-duanya bertemu pandangan dan akhirnya mereka tertawa. Entah apa yang bermain difikiran mereka, hanya mereka sahaja yang tahu.
_________________________________
Mila: amacam friend? O.k tak?
Diya: teruk sangat aku rasa wei.
Mila: teruk? Er…maksud kau? Tapi…kau o.k kan?
Diya: aku no prob friend tapi…aku tak tau le awek dia macam mn kan. Tu yang tak best.
Mila: awek dia? Dia jelous ker?
Diya: tak adalah. Tapi kau kan tau, aku ni macam ne org nya. Aku takut dia makan hati
berulam jantung je!!!
Mila: tu le kau. Aku dah gitau. Jaga-jaga…jangan friendly sangat! Awas! Bahaya!
Diya: ( ketawa kecil)
Akhirnya Mila pun tergelak sama.
___________________________
Terasa malam berlalu dengan pantas. Diya hanya gadis kampung yang sederhana. Diya seorang yang berpendirian tegas terhadap sesuatu yang dipegangnya. Dia tidak pernah menyesal atas segala yang berlaku sekiranya itu adalah atas kesilapan dirinya sendiri secara sengaja mahupun tidak disengajakan. Itu kerana Diya adalah Diya. Malam itu seperti biasa Diya pasti akan menatap bintang-bintang dilangit sebelum dia memejamkan matanya sambil ditemani oleh lagu-lagu kesukaannya. Diya tersenyum menatap bintang – bintang itu. Terasa tenang dan damai di sudut hatinya. ‘Selamat malam bintang hatiku’ ‘sweet dream!’ bisik hati Diya.
Akhirnya Diya tertidur sambil bertemankan lagu element rahasia hati
Waktu terus berlalu
tanpa ku sadari yang ada hanya
aku dan kenangan
masih teringat jelas
senyum terakhir yg kau beri untukku
tak pernah ku mencuba
dan tak ingin ku mengisi hatiku dengan cinta yang lain
kan ku biarkan ruang hampa di dalam hidupku
Bila aku harus mencintai
dan berbagi hati itu hanya dengan mu
namun bila ku harus tanpamu
akn tetap ku harungi hidup tanpa bercinta
hanya dirimu yang pernah tenangkn ku dalam pelukmu saatku menangis
Bila aku harus mencintai
dan berbagi hati itu hanya dengan mu
namun bila ku harus tanpamu
akan tetap ku harungi hidup tanpa cinta
Bila aku harus mencintai
dan berbagi hati itu hanya dengsn mu
namun bila ku harus tanpamu
akan tetap ku harungi hidup tanpa cinta
Bila aku harus mencintai
dan berbagi hati itu hanya dengan mu
namun bila harus tanpa dirimu
akn tetap ku harungi hidup tanpa bercinta
tak pernah ku mencuba dan tak ingin ku mengisi hatiku.
_____________________________________
Pagi itu Diya dan Mila bercadang untuk keluar berjoging. Mereka mengajak sekali dua teman mereka yang lain iaitu Zana dan Noni. Mereka sememangnya sungguh akrab. Apa-apa aktiviti mereka kelihatan sentiasa bersama-sama. Tidak hairanlah sekiranya mereka ini dikatakan sebagai belangkas oleh teman-teman yang lain. Perbezaan umur bukan merupakan penghalang dalam persahabatan mereka. Noni adalah yang paling muda sekali di antara mereka.
Di taman yang berhampiran mereka telah berjanji untuk bertemu di satu tempat khas bagi mereka. Di situlah tempat bermulanya persahabatan mereka. Janji yang telah terikat di antara mereka dilafaz di tempat yang keramat bagi mereka. Sampai sahaja di situ, kelihatan Zana dan Noni baru sahaja hendak melabuhkan punggung di bawah sebatang pohon berhampiran dengan tasik yang terletak di situ. Mereka melambai ke arah Diya dan Mila.
Belum sempat melabuhkan punggung tiba-tiba Noni bersuara:
Noni: apa yang berlaku semalam Sis D?
Diya: (tersenyum penuh makna)
Zana: maksudnya?
Noni: (tersenyum nakal)
Zana: huh! Ni yang susah ni kalau dah pakai bahasa isyarat hati.
Diya, Mila dan Noni tergelak mendengar keluhan Zana. Akhirnya Zana pun turut ketawa.
Diya mendapatkan seorang makcik yang lalu di situ untuk membeli sarapan pagi. Seperti biasa makcik itu menghulurkan 4 bungkus nasi lemak dan Milo panas untuk Diya dan kawan-kawannya. Makcik itu sudah arif benar dengan karenah gadis-gadis itu. Mereka bagaikan anak makcik itu sendiri. Diya memanggil makcik itu dengan panggilan Mak Yam. Begitu juga dengan teman-temannya.
___________________________________
Selesai sahaja aktiviti pada pagi itu mereka balik ke rumah sewa Diya. Selesai mandi, mereka berkumpul di halaman rumah Diya pula. Kali ini untuk membantu Noni dalam menyiapkan tugasan-tugasan. Noni merupakan seorang penuntut UITM. Diya pula mengulangkaji pelajarannya. Diya nekad untuk megambil peperiksaan STPM pada tahun yang berikutnya. Walaupun sibuk dengan kerjanya Diya masih dapat membahagikan masanya untuk mengikuti kelas-kelas tuisyen pada sebelah malam.
Zana bersuara;
Zana: sis D...harap-harap dia tak jatuh cinta balik dengan sis D.
Diya: relax Za…insyaAllah itu tak mungkin akan berlaku kecuali sekiranya dia itu memang dah ditetapkan
sebagai jodoh untuk aku.
Mila dan Noni hanya tersenyum penuh makna mendengar jawapan dari mulut Diya. Akhirnya mereka tertawa bersama-sama.
Pada hari itu mereka bercadang untuk makan diluar sahaja. Tiba sahaja waktu makan tengahari mereka sudah pun bersedia untuk keluar.
________________________________________
Masuk sahaja di restoran yang menjadi pilihan. Diya terpandang pada salah satu sudut di ruangan restoran itu. Hati Diya berdebar-debar. Namun segala perasaan itu cepat-cepat dikawalnya.
Sementara Zana dan Mila mendapatkan tempat duduk Diya dan Noni menghampiri music box yang terdapat di restoran tersebut. Mereka memilih lagu Hikmah iaitu on soundtrack dari drama bersiri hikmah. Itu adalah lagu kegemaran empat sahabat itu. Sambil menunggu pesanan dengan sabar mereka bercerita tentang apa yang sudah berlaku sepanjang seminggu mereka tidak berjumpa.
Selesai makan mereka masih duduk di situ lagi. Ketika itulah mereka didatangi seorang lelaki yang cukup manis orangnya. Mila, Zana dan Noni terkejut dengan kehadiran lelaki tanpa diundang itu. Namun Diya hanya tersenyum. Lantas memperkenalkan dialah orang yang Diya temui semalam. Mila, Zana dan Noni saling berpandangan. Bagaikan tidak percaya itu adalah orangnya.
Selesai berbual lelaki itu berlalu meninggalkan keempat-empat gadis manis itu.
________________________________________________________________
Seperti biasanya Noni dan Zana pasti akan menghabiskan saat-saat hujung minggu bersama-sama Diya dan Mila. Sampai di rumah mereka mendirikan solat zohor secara berjemaah.pada hari itu Mila yang memimpin solat. Selesai solat. Mereka berkumpul di depan televisyen dan menonton rancangan kegemaran mereka. Di situlah Mila mula bertanya itu dan ini kepada Diya. Mila dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku kepada Diya. Mila kenal sangat Diya.
Mila: D, cuba kau cerita apa sebenarnya yang berlaku.
Diya: (hanya senyuman yang terukir di bibir gadis itu)
Zana dan Noni hanya berpandangan antara satu sama lain. Mereka pun sebenarnya turut merasakan perubahan yang berlaku pada diri Diya.
Diya: o.k lah aku cerita tapi jangan terkejut beruk pulak ye! (Diya tersenyum)
Mila, Zana dan Noni sabar menunggu cerita ynag selanjutnya dari mulut Diya.
Diya: ‘bintang hati’ akan bertunang next month. Malam tadi dia lamar awek dia masa
dinner depan Diya.
Mila, Zana dan Noni terkejut. No komen! Mereka kehilangan kata-kata setelah mendengar penjelasan yang cukup ringkas dan padat dari mulut Diya.
________________________________________________________
Malam itu Noni tidur sebilik dengan Diya. Selepas menelan ubat yang menjadi teman hidupnya sejak beberapa tahun dulu, Noni memulakan bicaranya.
Noni: sis D, N tak dapat bayangkan apa yang sis rasa. Tapi kalau sis rasa nak nagis sekarang sis nangis je.Jangan tahan sis. Itu normal.
Diya: nangis? Belum tiba masanya lagi. Tunggu masa dia dan isterinya ijab kabul o.k sayang. Itu hanya perancangan tapi Tuhan penentu segalanya. Sayang jangan lupa itu.
Noni tersenyum mendengar jawapan temannya itu. Dia kenal sikap gadis yang pernah menjadi temannya sejak beberapa tahun terdekat ini. Malam itu Diya tidur seperti selalunya. Tidak sedikit pun hal tersebut mengganggu fikirannya sebenarnya. Dalam hatinya berdoa semoga impian “bintang hati”nya itu akan menjadi kenyataan.
__________________________________________________
Pagi berganti siang, siang berganti malam, hari berganti hari, minggu berganti minggu.Terasa cepat masa berlalu. Pagi itu Diya menerima pesanan dari ‘bintang hati’ lewat handphonenya.
~ Dya, leh tolong sikit x? Majlis dh nk b’lgsg m’ggu depan. Hrp Dya leh spend ms nk tlg apa yg ptt di rmh mulai hari ini. Nnti sy jemput Dya.
Diya membalas dengan cukup ringkas: o.k.
Pada hari itu dan sepanjang minggu itu empat sekawan ini membantu apa yang patut di rumah ‘bintang hati’.
_________________
Di rumah itu, Diya dan Mila menjadi usikan orang-orang tua di situ. Cukup meriah suasana ketika itu. Diya dan Mila tenang sahaja menghadapi usikan nakal makcik-makcik di situ. Semua kerja berjalan dengan lancar. Akhirnya persiapan itu dapat disiapkan dengan sempurna sebelum tiba hari majlis itu berlangsung.
Malam itu, Diya, Mila, Zana, Noni dan Puteri iaitu adik kepada ‘bintang hati’ memasang inai dijari masing-masing. Suasana cukup meriah ketika itu. Setelah inai dijari merah, mereka berkumpul di bilik puteri sambil menikmati minuman teh. Jarum menunjukkan pukul 10 malam. Di saat itulah rahsia hati Diya terbongkar. Namun Diya tidak pernah menyalahkan teman-temannya itu.
Zana: hurm…kau tak rasa apa-apa ke sis D?
Diya: rasa air teh adalah. Sedap le air the yang kau buat Za. ( Diya tersenyum)
Mila: D…aku cepuk kau dengan teko ni kang baru kau tau.
Noni dan Puteri hanya tersenyum mendengar perbualan mereka.
Mila: D, kalau kau rasa nak nangis ke dan apa-apa yang seerti dengannya kau cakap je.
We’ll be here for you always my dear.
Zana: a’ah lah sis. Za tak sedap hati tengok sis macam ni. Jangan simpan apa yang
sis rasa. Luahkanlah sis.
Puteri mula mngerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak faham. Noni memeluk Diya. Kemudian diikuti oleh Mila dan Zana. Mereka berempat saling berpelukan dan menangis. Cukup haru suasana ketika itu tatkala melihat persahabatan yang sungguh erat itu. Puteri turut merasa sebak melihat keadaan itu.
Akhirnya Diya bersuara;
Diya: aku nangis bukan sebab ‘bintang hati’ nak menamatkan zaman bujangnya. Tapi aku
terharu dapat kawan macam korang. Tak perlu aku bagitau, korang dapat rasa apa
yang aku rasa sekarang. Namun, bagi aku ‘bintang hati’ aku akan tetap terus
bersinar. Dan beruntung bagi sesiapa yang mampu menaklukinya. (Diya tersenyum
dalam tangisan)
Noni: sis D, nape sis tak luahkan dulu apa yang sis rasa pada dia? Kenapa harus
terima orang lain pulak?
Diya: itulah dinamakan bukan jodoh sayang. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku
sekarang sekiranya sis luahkan apa yang sis rasakan ketika itu. Sedangkan
sekarang kita tahu yang dia bukan jodoh sis. Bukankah ia lebih menyakitkan
dari yang sis rasakan sekarang. Sepatutnya kita bersyukur sayang dengan apa
yang dah berlaku.
Ketika itu berkumandang lagu Faizal oiam Mahakarya Cinta. Mereka tersenyum mendengar bait-bait lagu itu. Sesungguhnya harapan mereka benar-benar hancur tatkala mendengar berita penamatan zaman bujang si ‘bintang hati’.
Diya: yang penting sekarang kita jangan salahkan dia. Dia tak salah. Begitu juga
sis. Takdir Allah pun tak pernah salah. Pasti ada rancangan yang tersembunyi
sebenarnya. Kita just follow dan duduk diam-diam je lah. Buat kerja macam
biasa.
Mila: D, memang betul apa yang kau cakap tu. Tapi kami cuma nak kau luahkan apa yang
kau rasa selama ini. Cukuplah tu D. kau dah cukup sakit dah kau simpan apa
yang kau rasa sebelum ini.
Diya: M, yang buat kita rasa sakit bila kita tak pernah nak terima kenyataan yang
dia itu bukan jodoh kita.
Diya berhenti sebentar sebelum memulakan ceritanya. Ketika itu berkumandang lagu ada cinta nyanyian irwansyah dan acha. Diya menarik nafas panjang. Kedengaran berat lepasan nafasnya. Mata Diya mula digenangi airmata cintanya.
Ada cinta _acha dan irwan.
ucapkanlah kasih satu kata yang ku nantikan
sbb ku tak mampu membaca matamu mendengar bisikmu
nyanyikan lah kasih senandung kata hatimu
sbb ku tak sanggup mengertikan getar ini
sbb ku meragu pada dirimu
Mgapa berat ungkapkan cinta pada hal ia ada
dlm renai hujan dlm trg bulan juga dlm sedu sedan
mengapa sulit mengaku cinta pada hal ia terasa
dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada.
Nyanyikan lah kasih senandung kata hatimu
sbb ku tak sanggup mengertikan getar ini
sbb ku meragu pada dirimu
Mgapa berat ungkapkan cinta pada hal ia ada.
dlm renai hujan dalam terrng bulan juga dalam sedu sedan
Mengapa sulit mengaku cinta pada hal ia terasa
dalam rindu dendam hening mlm cinta terasa ada.
Diya: masa tu aku seronok sangat berkawan dengan dia. Sampai aku terlupa yang hati
aku dan dia telah terusik. Aku jadi takut. Aku tak pernah bersedia untuk
menghadapi perasaan macam ni. Aku tak yakin yang ia akan berjaya. Perjalanan
kami masih jauh. Aku takut sekiranya ia tidak berjaya. Tapi entah macam mana
aku boleh terdeclare dengan kawan aku yang seorang lagi. semua itu berlaku
secara tak langsung. Dalam masa aku ada kekasih hati, aku tetap mengutamakan
dia dalam semua perkara. Aku dapat rasa, dia tak perasan semua itu. Sebab
antara percintaan dan persahabatan sudah tentulah persahabatan yang lebih aku
utamakan. Tambahan lagi dia memang ‘bintang hati’ aku.Ditambah pula dengan
kekasih hati yang sibuk memanjang. Jadi secara tak langsung aku sentiasa
berhubung dengan si ‘bintang’.
Diya berhenti sebentar. Dia melepaskan lagi satu keluhan berat. Bukan mudah baginya untuk menyingkap balik apa yang dirasanya suatu ketika dahulu.
Diya: aku tak pernah mengeluh dengan kekasih hati aku time tu. Sebab aku faham kerja-
kerja dia. Dia sibuk. Mungkin bagi si ‘bintang’ aku dengan dia insyaAllah akan
berakhir dengan bahagianya.Terkejut jugak dia time dia dengar aku dah clash
dengan kekasih hati aku tu. Apa yang berlaku, bukan apa, sebab Allah
mengetahui apa yang berlaku pada dasar hati kita. Allah tahu apa yang terbaik
buat kita. Tapi memang aku rasa kehilangan sejak dia dah ada girlfriend. Kan
aku pernah marah pada dia gara-gara terasa dibiarkan keseorangan. Tak lama
lepas tu aku faham. Kenapa ianya terjadi. Mungkin kekhilafan aku sebab pernah
abaikan apa yang aku rasa ketika masa mula-mula aku kenal dia. Mulai hari itu
aku nekad tak nak merajuk-rajuk dah. Sebab aku dah tau di mana kedudukan aku
sebenarnya. Lama gak aku tak hubungi dia. Sehinggalah ke hari aku bertemu dia
malam tu dengan gewe dia sekali. Tapi itulah dalam masa yang sama aku tetap
anggap dia sebagai ‘bintang hati’ aku.
Diya menangis. Barulah Puteri faham. Hati Puteri tersentuh mendengar bicara Diya yang baru dikenalinya.
Puteri: sis D, abang tahu ke semua cerita ni?
Kesemua gadis-gadis itu hanya menggelengkan kepala mereka sebagai tanda jawapan kepada soalan yang puteri ajukan. Puteri menangis. Dia mula rasa simpati pada situasi sis D yang baru sahaja dia kenali. Dalam hatinya tercetus satu perasaan… “alangkah bertuahnya sekiranya dialah yang telah ditakdirkan sebagai bakal kakak iparku”.
Malam itu puteri tidak bisa melelapkan matanya seperti biasa. Cerita itu bermain-main dibenak fikirannya.
______________________________________________________________________________________
Keesokannya majlis berjalan dengan penuh lancar. Maka, sah lah mereka sebagai pasangan bertunang. Diya memeluk tunang sahabatnya itu. Dia sungguh ikhlas dan redha diatas semua itu. Puteri tidak tahan melihat lalu berlalu meninggalkan majlis itu dan menguncikan dirinya di dalam bilik. Puteri akhirnya tertidur di dalam biliknya dalam keadaan menangis.
Sejak peristiwa itu, secara tidak langsung puteri semakin akrab dengan 4 sekawan ini tadi. Kehadiran puteri disambut mereka baik dengan tangan dan hati yang terbuka. Si ‘bintang hati’ tidak perasan dengan perubahan yang berlaku pada adik kesayangannya itu. Namun’ perubahan itu dapat dirasakan oleh tunangnya.
_________________________
Selang beberapa bulan kemudian majls perkahwinan si ‘bintang hati’ hampir tiba. Sekali lagi dia meminta bantuan Diya. Seperti biasa Diya pasti akan membantu sahabatnya. Diya membatalkan penerbangan tiket nya untuk balik ke Miri. Cuti yang diberikan oleh majikannya dihabiskan sepenuhnya di rumah pengantin lelaki. Puteri tidak tahan melihat keadaan itu lalu pergi berjumpa abangnya tanpa pengetahuan rakan-rakannya yang lain.
Puteri: abang ni betul-betul tak adil pada sis D.
Bintang hati: maksudnya?
Puteri: abang tahu tak banyak perkara yang sis D telah korbankan untuk abang hanya
semata-mata kerana persahabatan dan percintaan.
Bintang hati: abang tak faham…
Puteri: (menangis) sis D batalkan tiket flightnya semata-mata nak abang rasakan yang
dia tak pernah tinggalkan abang sebagai sahabatnya biar dia sendiri yang
rasa terluka. Dia tak nak abang rasa tersisih. Sebab dia masih sayang dan
cintakan abang.
Bintang hati: (terkejut dan kehilangan kata-kata. Dia terduduk di atas kerusi
berhadapan dengan meja solek. Dalam hatinya berkata patutlah awal-
awal lagi Puteri telah ingatkannya untuk merahsiakan hari
persandingannya daripada Diya.)
___________________________________________
Di satu sudut Diya, Mila, Zana dan Noni berhempas pulas untuk menyiapkan pelamin pengantin. Diya tidak sedar yang dirinya diperhatikan oleh Puteri dan ‘bintang hatinya’. Sesungguhnya sesuatu telah terjadi kepada perasaan ‘bintang hati’. Perasaan yang sukar dimengertikan. Namun, apalah dayanya. Dia hanya manusia biasa seperti Diya.
Seminggu kemudian berlangsunglah ijab kabul bagi kedua mempelai tersebut. Di satu sudut kelihatan Diya merakamkan detik-detik manis itu lewat handphone kesayangannya. Majlis ijab kabul itu berlangsung dengan sempurna. Diya menitiskan airmata tatkala mendengar lafaz akad nikah dari si ‘bintang hati’nya.
Mila, Zana, Noni dan Puteri turut menitiskan airmata. Mereka faham dan dapat rasakan apa yang dirasakan oleh Diya.
Seusai majlis tersebut Diya, Mila, Zana dan Noni meminta izin untuk pulang atas alasan Noni perlu balik ke kampus keesokan harinya. Tanpa mengucapkan tahniah kepada pengantin mereka melangkah keluar dari rumah itu. Puteri turut mengikut mereka pulang ke rumah sewa Diya.
________________________________________________________
Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Semuanya seperti kehilangan kata-kata. Tiba-tiba handphone Diya berbunyi memecah kesepian yang bertandang di situ. Calling ‘bintang hati’…
Bintang hati: Assalamualaikum. Diya kat mana ni?
Diya: wa’alaikumsalam warahmatullah. Diya on the way dah. Sorry tak sempat nak ucap tahniah tadi.
Bintang hati: oh. Tak apa.
Diya: so, nak bawa isteri honeymoon di mana?
Bintang hati: hurmmm…tu tak fakir lagi le. Nanti-nanti je lah.
Diya; (tergelak) aik, macam tu pulak.
Bintang hati: rasanya tak salahkan?
Diya: Maybe: (tergelak) Diya tak kahwin lagi. so, tak tahu apa-apa. (tergelak)
Bintang hati: Diya, leh Tanya sikit tak?
Diya: alah macam tak biasa pulak. Tanya lah…
Bintang hati: Diya o.k ker? Ssya rasa macam dah susahkan Diya pulak.
Tidak sempat soalan tersebut dijawab Bintang hati terkejut mendengar satu bunyi yang dahsyat sekali dari dalam talian. “DIYA!!!!!!!!!....” dia menjerit memanggil nama Diya.
Teriakannya benar-benar mengejutkan seisi rumah teres dua tingkat itu. Puteri mendatangi abangnya. Dia melihat abangnya yang sudah pun duduk di birai katilnya. Puteri berlari ke dapur lalu mengambil air untuk abangnya. Abangnya meneguk air itu. Puteri dapat rasakan yang abangnya telah mengalami satu mimpi yang dahsyat. Kalau tidak masakan dia boleh mengigau dan menjerit memanggil nama Diya…itu bukan masalahnya. Tapi siapa Diya?!!! Dan apa yang dimimpi oleh abangnya itu sebenarnya. Ibu dan ayah mereka hanya saling berpandangan dan begitu juga dengan adik beradiknya yang lain.
Sehingga kini persoalan itu masih belum terjawab. Siapa Diya?!!!
_____________________________________________
Jelas kedengaran dari bilik puteri lagu nyanyian acha dan irwansyah ada cinta. Lagu itu benar-benar menggetarkan perasaannya. Seperti masih ada chemistry antara dirinya dengan Diya. Apakah itu satu petunjuk ya Allah! Tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang benar dan pilihan yang terbaik di sisi Engkau ya Allah! Amin ya Rabbul alamin.
Dia bangun lalu melangkah ke arah komputernya. Dia membuka emel dan membaca satu persatu message yang terdapat dalam inbox. Namun, matanya cepat-cepat menangkap satu message yang dikirim oleh Diya.
Messagenya cukup ringkas pada kali ini.
~ Assalamualaikum. Semoga sihat selalu. Minggu depan Diya mula ditugaskan di Seremban. Doakan kejayaan Diya. Sebagai seorang sahabat yang setia walau tidak di mata. Di satu sudut hati Diya yang terdalam Diya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan buat awak sekeluarga di dunia mahupun di akhirat. Ingat tau. Jangan chatting time lecturer mengajar di depan. huhuhu…ingat tak?!!!hehhehe…
Salam Ukhuwahfillah,
DiYa_07
Hatinya kembali berdebar-debar. Petunjuk apakah itu ya Allah. Lindungi aku ya Allah dari terus menyakiti hatinya. Sesungguhnya, jika ia adalah benar. Sungguh mulia dan sucinya perasaan Diya terhadap aku selama ini sehinggakan tidak mampu untuk diungkapkan dan diluahkan dengan kata-kata. Sesungguhnya aku masih mencintai Diya seperti mula-mula dulu. Amin ya Rabbul alamin…
Akhirnya, dia mencapai gitar kesayangannya dan mendendangkan lagu kegemarannya:
ku lelah terus mencari
seseorang yang selalu ada untukmu
ku ingin hubungan lebih
yang kau rasa kan adanya
ku ingin kan jua~
ku cemburu….
bila kau dengannya
ku cemburu…..
karna kau adalah sebagian dari hatiku~
lamanya kesetiaanku
menjadi peneman mu dan menjaga hati mu
ku ingin kan hubungan yang lebih dari dia
tahu kah kau aku menderita demi cinta~
ku cemburu…
bila kau dengan nya
ku cemburu…
bila kau dengannya dan aku harus melihatnya
ku cemburu…
karna kau adalah sebagian dari hatiku…
ku cemburu…
ku cemburu…
karna kau adalah sebagian dari hatiku…
___________________________
Diya?!!! Dia masih keseorangan namun ditemani teman-teman yang setia dengannya di saat itu. Mereka sedang merancanag pertemuan yang sedang menanti di depan mata. Di ruangan blog Diya terdapat music box yang ketika itu sedang memperdengarkan lagu:
Selepas kau pergi – laluna -
Selepas kau pergi tinggal lah di sini ku sendiri
ku merasa kan sesuatu yg tlah hilang di dalm hidupku
dalam lubuk hatimu ku yakin kau pun sebenarnya
tak inginkan lepas dariku
tahukah kau kini ku terluka
Bantu aku membencimu ku terlalu mencintaimu
dirimu begitu bererti untukku
kau telah mencinta dan dicintai kekasihmu
ini tak adil bagiku hilang lah damba tinggallah hampa
Bantu aku membencimu ku terlalu mencintaimu
dirimu begitu bererti untukku
lupakan ku dalam tidurmu yang pernah mncintaimu
kau memang tercipta bukanlah untukku
selepas kau pergi tinggallah di sini ku sendiri
ku merasakan sesuatu yang tlah hilang di dalam hidupku
Baru sebentar tadi Diya mengirim perkhabaran terbaru buat ‘bintang hati’nya. Diya tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada ‘bintang hati’nya. Cinta Diya bukan sekadar tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Ia terlalu suci untuk diluahkan. Kerana rasa cinta itu kian menapak di dalam sudut hatinya yang terdalam. Diya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk insan yang bergelar ‘bintang hati’ itu. Entah sampai bilakah perasaan itu akan terus bertapak di dalam hatinya. Hanya Tuhan saja yang tahu. kerana batasan adat syariat menguji kekuatan keteguhan iman insan yang berkasih.
_________________ tamat______________
uhuk uhuk akhirnye dpt gak di postkn kat log nieh komen byk2 eh...
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment