ingat tadi sha nak buat kerja dulu.memandangkan perut sha ini sudah meraung, sha rasa tidak salah sekiranya sha bersantap terlebih dahulu. entah untuk kali berapa sha ulang balik lagu dwen, acha n irwansyah, faizal-oiam (lagu baru)dan lagu fiq.
ermmm...agak2 korang apelah yang tengah sha fikirkan sekarang ini yer...
ada 1001 persoalan semuanya...(sempat lagi nak hitung yer)...
dulu, sha pun ada ramai kawan dan yang lebih rapat dengan sha adalah beberapa orang.sha rasa syukur sgt bila dipertemukan dgn derang nie.syukur alhamdulillah semua kawan2 sha graduate.tak kira sama ada lulusan diploma tau ijazah. memang bestkan kalu ramai kawan. tapi dalam masa yang sama juga kena sabar dalam menghadapi karenah, gurauan, pendapat dsb...
pd awal persahabatan mmg terlalu seronok, semuanya best sgt2. tp siapa kita untuk menolak bebrapa ujian dalam persahabatankan? Allah punya perancangan yang terlalu sistematik. sha ingat lagi antara dugaan yang terhebat dalam persahabatan apabila seorang rakan ataupun rakan2 yang lain ditimpa kesusahan. sha sememangnya cuba buat yang terbaik utntuk mereka.seikhlas yang sha mampu.syukur Alhamdulillah semuanya bermula dan berakhir dengan baik. yang sha paling tak dapat dilupakan apabila kami saling berkongsi bekalan makanan yang sedia ada hanya semata-mata menunggu hujung bulan. ada yang belikan nasi, ada yang belikan lauk dan semua itu kmudiannya kamia akan saling berbagi di dalam bilik asrama.
semuanya walaupun terasa pahit kadang2 namun, ia juga merupakan salah satu daripada kemanisan memori lama bersama-sama teman2. apa gunanya kawan sekiranya dia tidak mampu membantu kita.kecuali dia memang mempunyai kelemahan dalam hal2 yang berkaitan.
setelah lama mnyepikan diri, sha mula menghubungi mereka kembali.sbb sha tak nak semuanya berakhir terus.
dan disaat sekarang sha terfikir satu hal. antara percintaan dan persahabatan itu. persahabatan adalah pilihan sha yang utama. persahabatan tidak akan mengongkong kita.persahabatan juga lebih menyeronokkan. persahabatan bisa membantu kita dalam banyak perkara.
percintaan selalunya membawa kemsnahan kepada sebuah persahabatan. kerana cinta sahabat kita menjauhkan diri. kerana cinta juga sahabat kita terluka. kerana cinta juga kita telah kehilangan sahabat.
org kata bercinta tak salah asal pandai membawa diri. dan kita tidak melupakan persahabatan. tapi tidak semua orang itu boleh fikirkan.cinta itu hanyalah sekadar cinta sahaja. yang terungkap di bibir, diluah dgn kata, dan kadang2 ditunjukkan melalui perbuatan. malah ada yang mengaggap cinta itu satu kemestian dalam kehidupan. tetapi cinta yang sepertimanakah yang dimaksudkan oleh para pencinta ini?!!!
sebagai orang biasa di sisi Allah kita memang tidak bisa lari dari perasaan cinta. tetapi persoalannya perlukah kita mengungkap apa yang kita rasa itu terhadapa orang yang kita cinta. sekiranya kita berfikir berkali-kali memang kita akan bg jawapan YA kita mesti luahkan.sekiranya kita tidak meluahkan, ita tidak akan tahu apa yang pasangan kita rasakan. namun sayang, sejak akhir-akhir ini...sha sbg hamba allah yang lemah bisa menolak perlahan-lahan untuk jawab YA kpd persoalan tersebut.
sha teringat kepada kisah cinta saidina Ali r.a dia telah memendamkan isihatinya terhadap siti fatimah az-zahra hanya kerana merasakan siapalah dirinya unuk siti fatimah...tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Allah juga punya perancangan yang tersendiri.
dari sini kita dapat fikirkan. percintaan itu tidak semsetinya wujud atau declare sebelum perkahwinan. kerana percintaan sebelum perkahwinan byk membawa kita ke jurang yang mendekatkan diri kita kepada maksiat...
kasih sayang, cinta dan rindu kita hanya layak untuk Allah. kerana tiada siapa yang bisa mengawal hati, perasaan dan tingkah laku kita seperti Allah. Allah yg Maha Berkuasa ke atas kta selama ini. sekiranya kita terfikir bahawa cinta suci itu datangnya daripada Allah.sudah etntu kita akan menyambut cinta dunia dengan cara yang dikehendaki oleh Allah.
kesimpulannya di sini, dapat sha ringkaskan persahabatan itu perlu dipupuk dgn rasa kasih sayang dan cinta antara sahabat. mana mampu persahabatan dgn percintaan boleh berkumpul dalam satu tpt yg sama. sekiranya kita mempunyai perasaan terhadap seseorg...fikirlah satu hal. sekiranya kita rasa tak tertahan menanggung rasa beratnya rindu, cinta & kasih syg kita terhadapnya. kita mesti berfikir satu hal. adakaha apa yang bakal kita jelaskan itu nanti bisa merosakkan persahabatan yang sudah terjalin? adakah kita mampu bertahan sbg sahabatnya di sisi dia sekiranya cinta kita ditolak? adakah si dia pula yang akan menjauhkan diri daripada kita bagi mengelak supaya apa yang kita rasa akan pergi lebih terlalu jauh. sekiranya jawapan kesemuanya bisa merosakkan persahabatan anda. jauhkanlah. biar kita memendam rasa daripada kita kehilangan seseorang ynag kita telah terlalu syg.malah kita hampir2 memilih dia untuk menjadi sebahagian daripada hidup kita. berkaitan dengan percintaan pula, ikatlah percintaan itu dgn sebuah ikatan yang sah. ikatan yang suci. untuk apa kita cemari percintaan itu dgn satu ikatan yang tidak sah di sisi Allah sekiranya dia adalah cinta mati (cinta sejati) kita. ikatan yang suci itulah jaminan kebahagiaan yang hakiki. tiada cinta yang tidak terselit dari nafsu biarpun hanya sebesar zarah. dan sesungguhnya nafsu itulah yang bisa membawa kita lebih jauh daripada Allah sedikit demi sedikit. tidak adil bagi Allah sekiranya kurniaannya yang satu ini untuk setiap hambanya mereka cemari dengan satu ikatan yang tidak sahih.
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment