Thursday, July 26, 2007

assalamualaikum w.b.t...geng!!!

syukur alhamdulillah sha hari ini tadi telah terselamat dari sesuatu yang buruk. sha tidak merasakan ia sesuatu yang penting untuk dikongsikan buat semua. yang pentingnya sha selamat daripada bahaya yang tidak sha ketahui dari mana munculnya. yang ingin sekali sha kongsikan ialah berkaitan dengan kekuasaan Allah...

hati kita manusia umpama terletak di antara dua jari Allah. sesungguhnya apa yang kita rasa itu hanya bersifat sementara. tidak mengira samada, gembira, sedih, suka duka, sayang dan benci. itu adalah perkara yang berkaitan dengan perasaan...

sekiranya Allah berkehendakkan kita untuk memperolehi kebaikan, Dialah yang akan memimpin kita ke jalan yang tersebut...INsyaAllah! begitu juga dgn kejayaan kita selama hayat kita berada di dunia ini. dan begitu juga dengan ujian dan cabaran yang kita lalui sepanjang perjalanan kita di dunia ini. semua itu sebagai ujian tahap keimanan kita. mungkin juga kita terlalai dari mengingatiNYA, maka Dia turunkan bermacam-macam musibah buat kita.

biar seberat manapun musibah yang telah melanda kita sebagai hambaNya sepatutnya sentiasa bersyukur kepadaNya. kerana musibah itu jugalah yang menyelamatkan kita dari terus hanyut leka di dunia yang yang penuh dengan gelora. dan musibah itu telah membawa kita kembali kepada Maha Pencipta kita sebenarnya.

percayalah tiada apa-apa pun perkara di dunia ini terjadi berlaku tanpa kehendak daripada Allah. untuk apa merintih pada semua yang telah hilang dari kita selagi nyawa di badan? sepatutnya kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup seperti orang lain. cuma mungkin dalam ketidaksempurnaan. dengan kekurangan itulah boleh memotivasikan diri kita untuk menjadi seorang yang cekal, tabah dan amanah dalam kehidupan kita. jiwa yang kuat kepada Allah itulah ayng sepatutnya telah tersemai sejak sekian lama dalam diri kita. apatah lagi kita yang sememangnya pengikut agama daripada Allah sejak azali lagi. bersyukurlah kerana anda dilahirkan sbg seorang muslimin dan muslimah yang sejati sejak dari azali lagi.

jangan sia2kan peluang yang Allah telah beri kepada kita. cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya pintu peluang itu Allah tutup sekarang...dimanakah tempat kita kelak? bagaimanakah keadaan kita kelak? mampukah kita untuk meneruskan kehidupan kita seperti biasa?

fikirkan!!! ( sha pun tengah berfikir jugak sekarang...pengalaman pagi tadi benar2 mengingatkan sha betapa Berkuasanya Allah itu terhadap apa yang ada di seluruh semesta ini, termasuk ke atas kita dan makhluk lain di atas muka bumi ini...)

0 comments: