30hb pejam celik pejam celik dah dekat dah. risau pun ada. gerun pun ada. seram pun ada. pendek kata macam-macam lagilah. abang aku kata... banyak-banyak solat hajat. sabar...
insyaAllah...itu sudah pasti...
dekat-dekat dengan masa penentuan tu jugak le tak sihat. dengan gastrik, dengan migrain. innalillahi wainnailaihiroji'un.
SEMANGAT!!!
NEVER GIVING UP NOW!!!
semoga aku berjaya menghadapi saat saat genting ini dengan penuh kesabaran...
nampaknya sha perlu buat peta baru untuk 2011 akan datang...
SELAMAT TINGGAL 2010 !!!!
SELAMAT DATANG 2011 !!!!!
Nota: semoga Allah memberikan keberkatan dan rahmatNYA buat kita semua... untuk semalam, hari ini, esok, dan di hari-hari yang akan datang...amin...
Saturday, November 27, 2010
Dup Dup JantungKu Berdegup (Oh...30hb Nov !!!)
Wednesday, November 3, 2010
Oh Amy Fazilla !!!
Instructions:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 25 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun..!
IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
>>> Entah
WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
>>> puteri di rimba sakinah
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
>>> one in a million
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
>>> senyum seindah suria (muehhehe)
HOW DO YOU FEEL TODAY?
>>> broken heart
WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
>>> i was born to love you
WHAT'S YOUR MOTTO?
>>> Born To make you happy
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
>>> silly lily
WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
>>> Oh Juwita
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
>>> never forget to say La ilaa haillallah
WHAT IS 2 + 2?
>>> 1234
WHAT DO YOU THINK OF YOUR EX BOY/GIRL/BEST FRIEND?
>>> astaghfirullah (tak elok ngumpat tau muahahhaaa )
WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
>>> kurnia (errr....)
WHAT IS YOUR LIFE STORY?
>>> sebuah Pertemuan
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
>>> Mutiara Hati
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
>>> suka atau tidak
WHAT WILL YOU DO AT YOUR WEDDING?
>>> the show (errr show tertutup je huk..huk)
WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
>>> boo hoo claapping ( errr bagi yang tak suke aku)
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
>>> membaca amalan mulia (errr hahhaha)
WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
>>> fall For you
WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
>>> biarlah rahsia ( ishkkk dah nama rahsia gago jak nak tauk :ambik ko)
WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
>>> Tuhan Beri Aku cinta (hak hak hak dah tinggal kita duak jak amy)
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
>>>>superhero (errrr superheroin takde ke?) :golek
WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
>>>> Menanti Di Barzakh (belom cukup amal gik tok eh)
WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
>>> 10,000 promises
WHAT MAKES YOU LAUGH?
>>> Sahabat aku cinta
WHAT MAKES YOU CRY?
>>>>tanpaMU
WILL YOU EVER GET MARRIED?
>>> cari jodoh miahhaha ...
WHAT SCARES YOU THE MOST?
>>> this I promise you
DOES ANYONE LIKE YOU?
>>> sahabat
IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
>>> Jangan pernah Berubah
WHAT HURTS RIGHT NOW?
>>> mainan Jiwa
WHAT WOULD YOU WANT TO SAY TO THE PERSON WHO TAGGED YOU?
>>>kamek sayang kitak
WHAT WILL YOU NAME THIS NOTE?
>>> cerita hati
Amy Notes: kinda cool, u shud try....c larat ku nak tagging org....mana2 just for u...hahaha....
Aku: memandangkan ko yang tagged aku .. o.k fine aku jawab ... sambil carik nama lagu ... tok jak lagu dlm henset aku amy... layannnnn ....
Sunday, October 31, 2010
Slot Akasia Di Muaturun.blogspot.com
sejenak tadi aku baru perasan rupa-rupanya blog kidbrush masih lagi berupdate. diharap assistant kid akan terus menulis untuk blog kid. untuk masa depan tu. berbalik kepada entri di atas nieh...
dari mana datang slot akasia? mestilah dari lagu berkemundang dalam TV sebelah ni tadi. heheee...muaturun tu? woh ...tu pulak sebab di mana ku kenal kid. lepak bertahun-tahun dalam blog kerepek tu (muaturun.blogspot.com-masa mula-mula aku join situ) dah rasa macam rumah sendiri.
di situlah aku kenal kidbrush yang glamer dengan avatar kucing jilat skrin.
mula-mula tak kamceng gak ngan dia ni. sebab dia kaki sakat. lama-lama macam ngam pulak doh. sebelum aku tau dia dah ada blog. satu hari tu...dia sengaja mempertanyakan perihal blog ni. aku bagilah link. lepas tu dia masuk dan tinggalkan jejak dia kat situ di cbox aku. lepas tu le dia suke menyemak kat cbox tu. sehinggalah satu hari entah macam mana aku terjumpa link dia terpacak kat satu blog orang lain ...
makanya ku tegur tinggalkan jejak di blog di cbox yang sama. nak komen entri dia payah giler aku rasa. sebab semua lambat loading. sampaikan aku tak nampak mana-mana entri yang dia post pun ... (harap-harap faham le tu)... pernah gak aku sound ke dia awat susah nak loading page dia tu...
tak lama lepas tu dia masuk blog aku dan menyemak dengan membawa linknya sekali. akhirnya dari situlah permulaan aku memacak linknya di blog ni. masa tu tak wujud lagi blog gadis melanau tu. serasa aku lah.
start dari situ ...
sehinggalah ke satu hari lama dah blog dia tak berupdate dan aku pun tak berkesempatan nak jenguk blog dia. entah kenapa satu hari tu... aku terkejut bila dia komen entri aku. aku pun masuk blog dia.
"whoaaa.. dah berupdate rupanya... seperti biasa aku tinggalkan jejak di cboxnya." start dari situlah berhubung melalui berblogging."
rasanya memang agak lama jugak dia berhenti berkias diblognya...
tahu tahu je aku masuk sudah ada mrs right rupanya!!! satu perkembangan yang baik.
start dari situ lebih banyak berkontek melalui blog sebab susah nak tengok dia tu lepak kat muaturun dah. aku pula semakin sibuk dan tak berkesempatan nak jenguk muaturun =P (propa jer tu) ...
rajin gak dia komen entri entri merapu aku. sesudah itu. sehinggalah satu hari aku pelik dia langsung tak komen apa-apa. filing aaku tak berapa nak ngam. jadi aku masuk blog dia... innalillahi... sahabat blogger aku sedang bertarung melawan sakitnya.
bila aku cek tarikh ...
aku terkejut terasa sangat-sangat...
http://sha83kaizer.blogspot.com/
KIDbrush® said...
hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran)
October 9, 2010 12:24 AM
KIDbrush® said...
dh mandi ke belom neh?
October 12, 2010 7:49 PM
http://gadismelanau83kaizer.blogspot.com/
KIDbrush® said...
haaa.... hajat kawen cpt! supaya ko x buta warna kui kui kui
August 25, 2010 4:33 AM
KIDbrush® said...
hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran) lama jugak haku perati, sampai tercium monitor.
kalu org sberang cakap penampakkan ajaib. kira hang untung la dpt lihat dgn jelas!
October 9, 2010 12:28 AM
***(erkkk... korang cek sendiri entri yang mana satu ye)...
korang bandingkan dengan yg ada kat blog dia...
Fakta kejadian sebelum arwah meninggal:
*9/10/10-KiD mengadu panas badan selepas balik dari Banting Selangor ( kes Dt' Sosilawati)
*13/10/10-KiD Mc selepas balik dari medical checking. Menurut orang gajinya, KiD makan nasi lemak yang dijual seorang penjaja.
*13/10/10 @ 6 pm- KiD dikejarkan ke hospital setelah didapati kejang otot dan tidak sedarkan diri dan dirawat di ICU.
*13/10/10 @ 9 pm- doktor mengesahkan KiD koma.
*17/10/10 @ 10 pm-KiD sedar dari koma dan sempat meminta maaf kepada orang tuanya dan isterinya
*17/10/10@ 1130pm-KiD diserang kejang otot dan menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam.
aku tak tahu tapi memang aku post untuk aku share stori ramadhan yang aku lalui tu untuk beberapa orang teman-teman yang aku rasa paling dekat di hati aku termasuk kidbrush. bila aku post aku terus masuk blog dia ajak dia tengok entri aku. dan ... selanjutnya aku rasa korang dapat imejin apa yang terjadi...mula-mula memang aku nak simpan untuk diri aku sendiri. tapi hati aku tiba-tiba tergerak nak post cerita tu jadi aku post le...
p/s: Al-fatihah.
setiap yang hidup pasti akan mati.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
hargailah siapa-siapa yang ada di sekelilingmu.
kerana semua itu adalah pinjaman semata-mata.
satu hari nanti Allah pasti akan ambil balik bila sudah tiba masanya.
Nota: aku tak ada kenangan-kenangan lain melainkan komen-komen terakhir daripada seorang yang pernah bergelar kidbrush. makanya aku abadikan di slot akasia ini.
Masa Itu Bukan Milik Aku
Terasa kejap je masa berlalu. baru je semusim yang lalu skuad negeri sembilan menjulang piala dan sekarang piala beralih ke tangan kelantan. senyum lebar orang-orang kelantan tak sia-sia bagi sokongan sampai ke bukit jalil ye. kalau tak ada cuti umum pun rasanya mungkin lebih semangat jugak nak turun keje. erk?!!!
betul-betul tak ada kene mengena dengan hidup aku ni. antara kelantan dengan Negeri Sembilan.
jika anda sudah baca entri I wish di blog gadis melanau story. ini adalah kesinambungannya. aiseh ... ayat...
masa itu bukan milik aku. hidup kita umpama sesingkat antara azan dengan iqamat je. bayangkan ... berapa perkara yang boleh dibuat andai kita disuruh buat senarai pendek tugas-tugas.
masa itu juga bukan milik aku. jadi kadang-kadang tu aku boleh tersilap pandang akan sesuatu hal. tapi itu bukanlah satu jaminan untuk aku berbuat salah untuk setiap kalinya.
setiap hari berusaha untuk bangun bangun dan bangun.
dan akhirnya...
aku faham satu demi satu disebalik rahsia masa itu sendiri...
aku sudah faham. bagaimana dengan anda?!!! fikir-fikirkanlah ....
it's time to ...
mengatur langkah baru ke arah hidup yang lebih berkualiti. =)
p/s : i wish tu idea yang timbul time aku dengan ummie balik dari klinik jumaat yang lalu...miahahahaaa
Thursday, October 28, 2010
Alternative Treatment ( Tips )
sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif,
beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
"Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda."
pengakuan wanita tersebut....
aku copy mana yang penting je dari emel.
Wednesday, October 27, 2010
I'Ve GoT Warning ...But I Don't Know Why I'm Happy...
Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Assalamu'alaikum wr wb ..
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a.. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Sesi Penghayatan .....
SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.


