Monday, November 19, 2012

Bantulah Aku !!!

Sampai sahaja aku dari Sibu. Aku mula hilang fokus akibat keletihan yang teramat sangat. Keesokannya pula sakit mula menyerang aku sedikit demi sedikit. Hari seterusnya, Migrain tidak dapat tertahan-tahan... aku tuang sesuku minyak kapak atas kepala sebelah kiri aku. syukur Alhamdulillah. sangat-sangat melegakan.  Yang pasti memang aku tak dapat sentuh langsung buku dan tafsir al-quran. Aku perlukan rehat yang secukupnya. Keesokan hari seterusnya... Baru nak celikkan mata. aku dikejutkan dengan berita pemergian Ngah Long aku. Fahamlah aku ... kenapa Allah hantar sakit kepada aku. Kedengarannya sangat pelik. tapi itulah hakikatnya... bila aku rasa sakit teramat sangat dan rasa tahap nazak...sampai aku sanggup berbuat sesuatu untuk pulihkan kesihatan aku balik...maksudnya adalah insan yang terdekat dengan aku nak pergi. Aku Tak habis lagi ulangkaji. Pada masa yang sama, aku turut serta dalam memberi penghormatan terakhir buat ngah long.  Dugaan datang Tak henti - henti !!!! Siapalah aku untuk menghentikan apa yang telah tersurat dan tersirat. Aku cuma mampu berdoa supaya bekalan kesabaran untuk aku tidak pernah surut daripada Allah. InsyaAllah.... 





Tahun Sebelum ni aku nak ujian...tak adalah macam ni sangat rupanya... Tapi tahun ni memang banyak betul dugaannya. dengan sakit yang tak henti-henti. Cuma tinggal beberapa jam saja lagi yang tinggal ni nak ulangkaji ... 

Allahumma ...


Pesan pada hati: 
kuatkan semangat... bersabar...Allah selalu bersama dengan orang yang sabar. 

0 comments: