Yang mula -mula ni gambar lepas saya cuci tempat luka tu dan letak minyak gamat supaya pendarahan tak berlarutan.
Ini pula gambar kedua ... pendarahan dah mula berhenti sedikit demi sedikit !!!!
semasa menjalani rawatan semalam di hospital memang ada ambil gambar . tapi tak boleh publishlah ... P&C kata kakitangan hospital ... kejadian ni berlaku sekitar hampir jam 4.
Masa tu aku nak simpan dah habis simpan air untuk tong dalam tandas. takut tong dah penuh. aku pun keluar dari rumah nak tutup air paip dan tarik hos. masa tu hujan renyai renyai lagi ...ala ala macam klipvideo memori daun pisang. nak elak dari kebasahan penangan hujan tu aku lari-lari anak menuju ke ruang jalan masuk flat.
entah macam mana tiba-tiba aku dah serupa superman atas lantai ..tepat-tepat di depan pintu bilik stor !!! astaghfirullah.... nasib baik aku sempat elak bibir aku yang cium lantai. yang pasti aku tetap tak dapat elak kawasan yang ada dalam gambar di atas. mula-mula aku ingat tak ada apa-apa ... jadi aku rileks je. bila dagu dah cium simen. nak tak nak aku kena lap jugak ...tiba- tiba aku terkejut tengok ada darah ...
aku pun pergi depan cermin ... bila tengok je berdarah terus aku cari tisu dan minyak gamat. kemudian aku bersihkan darah yang mengalir dan kemudian letak minyak gamat untuk kurangkan pendarahan. Alhamdulillah darahnya cepat berhenti. tunggu punya tunggu ... sambil cas henset malam tu abie pun datang.
mula-mula berkira-kira juga nak pergi hospital. abie kata takut nanti ada infeksi. kena bawak jugak. jadi aku pun ambil kad sakit. sesampai di hospital seorang pakcik tanya.
- eh kenapa dengan dia ni?!!!
- dia terjatuh depan rumah tadi. jadi dagu dia ada sikit luka.
-tengok dagu tu dek .... (sambil memerhati dengan teliti) . akhirnya pakcik tu bersuara... sikit je ni. tak dalam sangat. tak perlu jahit.
kemudian pakcik tu periksa darah aku. atasnya 103 bawahnya 58 .... aishhhh ...
-aih....kurang darah adek ni...
-macam mana tak kurang ... dah tengok darah sendiri !!! (jawab dengan selamba)
-ye tak ye jugak ..
dia tulis dalam borang tu.
dalam hati aku berkata:
-patutlah aku ada rasa kepala berat semacam je. badan pun rasa tak syok. dah lembik semacam.
datang seorang pembantu perubatan tanya macam mana boleh jadi macam tu. aku pun jawab.
- tergelincir dan tak dapat nak elak. dagu terus terhantuk ke simen.
dia belek belek.... eh dalam sikit ni kena jahit jugak .
-EEee tak nak lah kena jahit ....
-apa pula tak nak memang dah mesti kena jahit jugak ni...
-lorrrr... saya tak nak ....
-kenapa tak nak kena jahit?
- sebab saya tak nak kena jahit nanti susah nak jaga ... (ikut pengalaman masa tu jari aku yang tercedera)
-betul ke tak nak kena jahit ni?
- eh betullah ... saya tak nak kene jahit....
-betul .... tak nak ni?!!
-ye... ye... saya memang tak nak?
-o.k ikut saya ke ruang rawatan.
mula-mula dia suruh baring je atas katil .. rileks-rileks.. sambil-sambil tu dia keluar masuk bilik sediakan peralatan. kemudian dia datang ... mak aiiiii kenapa bawak injeksen sekali ?!!!
- saya bagi antibiotik supaya tak ada infeksi. takut nanti ada infeksi sebab luka tu.
dalam masa injek tu aku dah tutup mata sebelum jarum cecah lengan aku. tengah-tengah injek boleh pula MA tu cakap ... tipulah kalau kita kata tak sakit. dah nama kena injek memanglah sakit!!! Perghhh ayat keramat tu weiiii !!!!
kemudian baru dia cuci tempat luka. diikuti letak ubat kuning . beberapa minit kemudian dicapainya satu botol spray ...
dia ambil kapas... tutup hidung dan mulut aku kemudian dia spray ... sambil-sambil tu dia keluarkan satu ayat power lagi ....
- tadi awak tak nak kena jahitkan?!! kena lah tahan rasa sakit sikit. sambil tu tangan dia tahan tempat luka tu dalam masa beberapa minit.
bila aku jatuhkan penutup botol tanpa sengaja semua orang kat situ hampir terkejut. ingat aku yang jatuh .. kemudian pakcik tu datang tolong bantu. dan keluarkan kata-kata nasihat :
- tak payahlah gopoh sangat. pelan - pelan sikit. nanti jatuh lagi lain pula cerita.
segan pun ado gak eh ...aishhh !!!!
NOTA Kejadian : petang 24hb januari 2012 hari rabu jam 3:35 petang
semalam aku tak rasa sakit-sakit badan .. hari ni barulah terasa sakitnya alahai ... masalahnya saya tak nak berurut ... gelilah ~~~